WANITA ITU SIAPA NAMANYA
Wanita itu masih memungkinkan terusik
bulan yang tersalin atas permukaan tasik.
Kini iktibarnya tetap inti kejujuran,
hajatnya tidaklah lain dari perubahan.
Wanita lembut itu siapa namanya?
Pentas seni amat luas, tinggi dan mengancam,
khalayak sekelompok tidak risaukan hujan.
Penyajak siasah bersyarah,
juga bersyair,mengiringi dirinya membantah fitnah terakhir.
Wanita yang tulus itu siapa namanya?
Datangnya dengan azam dan sejarah suami
elegi pedih disimbahi lara berduri,
benih keadilan enggan diragut di sini,
penyair dan calon di pentas Reformasi,
wanita berazam itu siapa namanya?
Dekad-dekad yang terluka menyalin sejarah
tidak pernah lunak dan siapa kata kalah?
Penyair segelintir semangatnya mengalir
dan wanita itu tidak sedia diusir.
Wanita berpuisi itu siapa namanya?
Kini tofan amat sebati dengan dirinya
berlawan tidak lagi sendirian makanya.
Penyair dan calon semakin padu bertekad,
cemar sejarah kini memang wajar disekat.
Wanita siasah itu siapa namanya?
Puisi "Ibu Segala Tipu" dijeritnya,
wanita pelawan itu siapa namanya?
A. SAMAD SAID
Sanggar Maya & Nyata, Abadi & Fana
Tuesday, March 18, 2014
Tuesday, October 22, 2013
Sg Limau : Ust Azam - dari kacamata seorang sahabat..!!

Saya mula merasai auranya ketika dia mengimamkan solat subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.
Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...
"Assalamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?" "Ya mak cik, Azam ada mak cik" " Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik" "Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda" " Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon" "Ok mak cik, Assaamualaikum!" "Waalaikumussalammmm!"
Sebeum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik.
Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan. Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka, sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan guru dan pengelola PASTI seluruh Kedah. Sekolah-sekolah PASTI berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya. Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah dana membantu guru-guru PASTI yang bergaji rendah. Majlis Guru PASTI (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga semakin hebat.
Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran. Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang PASTI, dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz Azam dan warga PASTI. Sukar mencari orang yang memiliki kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!
Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan MTD. Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil tugasan yang paling baik....Ustaz Azizan tidak pernah meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau belakangnya.
"Azam tu budak baik tuuu..."
" Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."
Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya kepada Ustaz Azam....
"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam dia...orangnya baik sangat-sangat."
Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari buminya, menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada watannya. Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.
Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya, sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal dipimpin oleh Ustaz Azam.... Calon PAS DUN Sg Limau. Semoga dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk ummah. Siiru 'ala barakatillah.
* ulasan oleh Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Ketua Penerangan PAS Kedah)
P/s: Kredit kepada http://www.kedahlanie.info/2013/10/sg-limau-ust-azam-dari-kacamata-seorang.html
Thursday, February 16, 2012
Tips Untuk Tampil Menggoda Di Mata Suami
Bukan sedikit para isteri yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, oleh kerana itulah, mereka sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.
Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami. Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja.
Berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan...
❀ Rambut terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang seperti 'Kak Limah', sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.
❀ Bibir merah menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.
❀ Pamerkan kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.
❀ Bayangan menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.
❀ Tukar gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.
❀ Pelihara organ intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.
Sumber : MW#1428
P/s: Kredit untuk Saudari Bawang Goreng.

Subscribe to:
Posts (Atom)