Wednesday, May 25, 2011

Cerpen - YANG BERNAMA GURU

1
“…Jika hari ini sesiapa pun menjadi dewasa
Ia bermula daripada seorang guru yang biasa
Yang dengan lembut mengajar tulis-baca”

BAIT puisi indah tulisan Sasterawan negara, Usman Awang itu kubaca sekilas, entah buat kali yang ke berapa pada jeda ini dengan perasaan sebak yang bermaharajalela. Tulisan tangan cakar ayam Yap Siew Hwa pada sehelai kertas berwarna biru muda itu masih dapat kubaca, meski herot dengan runsingan aksara yang cacamarba.

“Sebagai guru, kita merupakan idola dan arkitek yang bertanggungjawab melukiskan sahsiah generasi pada hari ini untuk kegemilangan bangsa masa hadapan, Kamarul.” Kata-kata Puan Halijah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang mempunyai lima anak tidak sedikit pun menjentik tangkai hatiku yang masih terluka seperti dicaras. Curi-curi, kucuba merenung siling yang seakan terbelah pantas dek bilah-bilah kipas dalam kamar yang kurasakan semakin panas.

“Kalaulah guru itu seorang arkitek yang mampu membina sahsiah anak-anak ini, puan. Saya perluka pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi. Saya perlukan pelajar yang mampu mengerti betapa pelajaran itulah yang akan menjadi bekalan diri meskipun berbondong rintangan yang melintangi....”

“Kerana itu, guru itu perlu berperanan sebagai motivator dan kurator kepada pelajar dengan kebijaksanaan menggabungkan psikomotor. Bukan menjadi seorang diktator. Anak-anak pada hari ini perlu dididik denagn acuan kasih dan sayang. Mereka generasiyang cepat matang, namun cepat juga memendam rasa di lubuk hati yang tidak berkalang.” Belum pun sempat aku menghabiskan jela bicara, Puan Halijah pantas mencantas kata dengan fakta pedas berlada.

Aku menghela nafas panjang yang tersekat di trakea yang kontang.
“Saya mahu berpindah sekolah kerana selagi saya mengajar di sini saya mendidik mereka dengan jiwa yang lara. Naluri saya merana. Sekolah ini barangkali tidak sesuai dengan cara dan falsafah pengajaran saya. Saya perlukan persekitaran baru yang lebih baik dan pelajar yang lebih baik.” Tukasku sebelum memilih mengheret kerusi selepas menyatakan ada temujanji dengan ibu bapa pelajar sebagai dalih dan berlalu dengan pandangan yang sengaja kualih.

Bilik makan khas untuk para guru di kantin terasa lengang, meski ada beberapa orang guru baru asyik menikmati sarapan pagi yang sedia terhidang. Cangkir kopi O yang dipesan oleh ku masih penuh, tanpa sekalipun ku hirup lantaran emosi ligat berputar dihambat jenuh. Di hadapan, Latifah memandangku dengan kerut wajahseribu pertanyaan, tanda perhatian seratus peratus terhadap permasalahan yang menuntut penjelasan jawapan.

“Perkatan apa lagi yang dia tulis?” soal Latifah sambil menggaul bubur ayam yang masih meruap panas. Keenakan aroma menusuk ke hidung, namun untuk memesan menu yang sama, aku perlu kembali menghitung. Seleraku sejak semalaman ini diracuni pelbagai mainan emosi.

2
“I LOVE U CIKGU KAMARUL. Sebesar-besarnya di bahagian pintu depan.”
Latifah menggeleng, sedang hatinya cukup kupasti terbangking dengan rasa kesal dan kecewa menyelinap seriring.

“Kau sudah laporkan kepada En Kumar? Perkara ini bukan perkara kecil, Arul. Ini sudah termasuk dalam kes vandalisme, lebih-lebih lagi pula kereta guru yang menjadi sasaran. Kau bayangkanlah, kalau perkara ini dibiarkan mesti masalah disiplin di sekolah kita akan semakin menjadi-jadi. Kalau hari ini mereka berani mencalarkan kereta guru, esok lusa mungkin mereka akan apa-apakan pula guru.“ Tukas latifah tegas dengan tunak matanya yang membulat, berkongsi rasa kemarahan yang tersemat.
“Sudah aku laporkan tadi. Tapi biasalah, kita tak ada bukti. Tanpa saksi. Yang kita boleh buat hanyalah melilau menunding jari, menuduh tanpa premis. Ah, aku tak mahu fikirkan sangat hal ni. Aku dah lengkapkan borang permohonan pertukaran sekolah. Kalau diluluskan, aku mahu pergi dari sekolah ini. Mengharap agar aku ditempatkan di sekolah yang lebih baik untuk aku mencurah bakti. Sakit jiwa aku kalau aku terus mengajar di sini.“ Balasku mengakhiri perbualan, kebetulan pada detik yang sama loceng berbunyi menandakan aku perlu bersiap untuk memulakan pengajaran.

“Saya tidak ada masalah untuk meluluskan permohonan ini, cikgu. Sememangnya sudah menjadi hak cikgu untuk mengemukakan permohonan pertukaran jika cikgu rasa cikgu tak gembira di sini. Tugas saya hanya menyokong tanpa cuba mengongkong. Dan proses pertukaran ini juga terserah kepada pegawai berkenaan di kementerian untuk mempertimbangkan permohonan cikgu. Setiap sesi, pihak kementerian menerima beribu-ribu permohonan pertukaran. Dan kelulusan hanya diberi atas sebab-sebab tertentu seperti berkahwin, mengikut suami atau isteri, cukup tempoh perkhidmatan dan ada beberapa kes khas seperti ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik atau sakit kronik.“

Jela penerangan Hajah Norhayati kutangkap butirannya sekilas. Apa yang diperkatakan olehnya itu ternyata sudah awal-awal lagi aku fahami. Namun, kerana menghormatinya sebagai pengetua sekolah merangkap majikanku, aku cuba berlagak seperti memberikan perhatian dan minat yang penuh.

“Cikgu tidak gembira mengajar di sekolah ini?“ soalnya setelah melihat aku terhenyak kaku dan membisu di kerusi empuk berwarna biru.

“Saya perlukan persekitaran baru. Setelah mengajar selama setahun di sini, saya rasa saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan perssekitaran di sini. Budayanya terlalu berbeza dengan sekolah saya dulu. Mereka lemah dalam serba serbi yang berkaitan dengan pelajaran. Ketika saya mengajar KOMSAS di dalam kelas, mereka bersikap acuh tidak acuh. Mereka seolah-olah tidak sukakan saya. Mereka bersikap kurang ajar, tidak mendengar arahan dan tidak mempedulikan saya ketika saya mengajar di kelas. Saya sedih, kerana sikap saya ketika zaman persekolahan saya dulu berbeza dengan sikap pelajar pada zaman sekarang.” Habis, segala perasaan yang terbuku di dada kuluahkan semahunya. Antara sedar dengan tidak Hajah Norhayati rupa-rupanya mendengar luahanku dengan minta yang berdetak.

”Cikgu, personaliti anak-anak zaman paska moden ini memang berbeza dengan personaliti pelajar-pelajar terdahulu. Jauh bezanya dengan zaman kita dahulu. Mereka perlu dididik dengan cara yang mereka rasakan mereka selesa menerimanya. Guru pula perlu memahami ungkal jiwa muda remaja mereka. Kita perlu mengurangkan protokol ketika berhadapan dengan anak-anak ini. Cuba dekati mereka dengan cara yang lebih mesra dan mengamalkan sikap bertolak ansur. Anak-anak generasi Y ini sememangnya sukakan perhatian.” Lembut saja sulaman nasihat Hajah Norhayati, tanpa sedar menjentik dan menyusup ke dalam hati. Namun, aku cuba menegak pendirian diri. Apa pun berlaku, aku tekad mengangkat kaki meninggalkan sekolah ini.

3
JEDA hening yang membabakkan situasi genting diakhiri dengan satu noktah di meja runding.

”Sebagai seorang majikan yang profesional, saya menyokong permohonan cikgu untuk berpindah. Saya tidak berhak untuk memaksa cikgu untuk terus berkhidmat di sini, kerana saya fikir jika cikgu memberikan perkhidmatan tanpa jiwa dan raga, kelak sangat buruk akibatnya. Jika ini jalan yang cikgu percaya, saya juga percaya cikgu tidak akan rasa kecewa. Baiklah, serahkan borang permohonan ini kepada kerani sekolah supaya dapat dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran negeri dan kementerian. Saya doakan cikgu akan menemui apa yang cikgu cari.”

Tutur nada Hajah Norhayati, mesti segar dalam ranting-ranting bicara, namun tetap berbaur antara keluh jiwa dan sindir nuansa yang masih berbisa. Aku mencapai dokumen yang kemas berkokot, menyeret perlahan kerusi empukyang menggetarkan keriut, bingkas memberi tunduk hormat sebelum memulas tombol pintu dengan cermat.

Seisi kelas 3 Cekal dicekik kesepian, jauh daripada kelaziman mereka yang sememangnya telah dicap sebagai kelas yang terkenal dengan kebisingan. Aku masih terpancang di hadapan kelas di sisi meja, memerhati setiap rona wajah para pelajar yang kebanyakannya berbangsa Cina yang sukar kumengertikan maksudnya.
“Cikgu tak sukakan kami?” soal Jeevan Rajandran, anak seorang pesara polis yang bertubuh kecil. Serta-merta, pangkal ingatku diterpa peristiwa ketika dia lekatkan gula getah di laci meja.

“Kenapa cikgu mahu berpindah? Kami teruk sangatkah cikgu?” soalan Raja Reen Mahsuri pula menyusul lantas menambah bilangan wajah teman-temannya yang sugul.
“Kami tahu kami nakal kan cikgu. Kami selalu buat bising. Tak dengar arahan cikgu, selalu tak bawa buku, tak siapkan kerja rumah cikgu, bila cikgu mengajar kami selalu tak beri perhatian kepada cikgu. Tapi tolonglah cikgu. Janganlah berpindah. Kami sukakan cikgu. Cuma kadangkala kami kurang gemar dengan cara cikgu yang selalu marah-marahkan kami.” Sesuai dengan statusnya sebagai ketua kelas, Lieow Xuan Ning dengan berani bingkas meluah apa yang terpendam dalam diri. Aku percaya, perkara itu jugalah yang terbenam di benak teman-temannya yang lain.

“Cikgu, saya mewakili pelajar-pelajar Kelas 3 Cekal yang lain ingin memohon maaf kepada cikgu sekiranya kami selalu menyakitkan hati cikgu. Kami berjanji, kami akan mengubah sikap kami selepas ini, kerana barulah kami sedar bahawa selama kami jarang menghargai cikgu di kelas kami.” Kata-kata Yap Siew Hwa, seorang pengawas sekolah seolah mematahkan ranting pertimbanganku.

“Tetapi, kalau cikgu sudah nekad untuk berpindah, kami ingin memohon maaf dan kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepada cikgu. Nampaknya selepas ini, takkan ada lagi seorang guru yang akan mengajar kami dengan sabar dan lembut seperti cikgu. Kehadiran cikgu umpama air yang mengalir. Sentiasa dingin dan mendamaikan walau apa juga rintangan yang menanti di hadapan.”

Kata-kata Lim Sook Fong sepantasnya menambahkan hiba di benakku. Tuhan, betapa sukar pertimbanganku saat ini! Aku dibauri bancuhan rasa yang marba. Perlu meilih sama ada terus mengejar sesuatu yang belum pasti, tetapi masih tetap mahu dicari atau mendakap apa saja yang sudah ada di hadapan mata sendiri. Aku mencapai dokumen permohonan pertukaran yang akan aku serahkan kepada Puan Ruhana sebelum waktu balik nanti, sambil fikiranku ligat mentafsir dan memuhasabah diri dengan sebenar-benar takwa dan istiqamah di hati dan sanubari.

4
“CIKGU sudah bersedia? Sebentar lagi giliran kita untuk membuat persembahan.”
Sapaan Lee Kah Wai menghentikan lamunanku. Ya, sebentar lagi aku dan beberapa orang pelajar yang dahulunya menjadi musabab untuk aku bertukar sekolah akan membuat persembahan bersama-sama sempena majlis sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei. Kami akan mempersembahkan puisidra dengan sajak, Guru O Guru, nukilan Saterawan Negara, Datuk Usman Awang akan menjadi tunjang pementasan di samping beberapa puisi tentang guru ciptaanku sendiri.

Yang bernama guru, kitalah sebenarnya arkitek pembina generasi berilmu. Yang perlu dengan lembut, tabah dan sabar mendidik tanpa jemu. Kerana sebagai insan yang telah diamanahkan untuk menyebarkan ilmu kepada anak bangsa, kitalah sang nakhoda yang akan melayarkan bahtera peradaban nusa di segara tepu cabarannya meski bergulung ombak rintangan yang mendesir di dermaga pertimbangan kita.

Zulfazlan Jumrah
Berita Minggu
Ahad
22/5/2011

Ditaip semula oleh Puan Norli Ahmad

P/s: Kredit kepada penulis dan Puan Norli Ahmad.

Cerpen - BIHUN GORENG BERKUAH LAKSA

RAZALI tidak menyangka sama sekali. Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya. Sudah beberapa kali dia berjaya mempertahankannya. Tapi, tidak pada petang itu,. Petang itu, dia tewas jua. Itulah hakikat yang harus diterima. Dia sendiri tidak menyangka, betapa air matanya mudah gugur tanpa disedari pada petang itu. Walaupun sedaya upaya dia cuba mengelaknya. Malah, dia sudah berjanji pada dirinya. Dia tidak mahu air jernihnya itu gugur. Lebih-lebih lagi dihadapan anak tunggalnya, Nordiana Humairah. Dia pasti, anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu terkejut apabila melihat air mata seorang lelaki yang amat dikaguminya, tiba-tiba gugur. Gugur hanya dengan sepinggan bihun goreng berkuah laksa.

“Papa menangis?”

Razali diam. Matanya yang kemerah-merahan itu disapunya lembut. Beberapa titk air jernih kelihatan jatuh membasahi jari-jemari tangan kanannya. Perlahan-lahan dia menggeleng, namun akhirnya dia mengangguk lemah.

“Kenapa....”

Razali menggeleng lagi beberapa kali.
Nordiana Humairah memerhati papanya dengan penuh kasih sayang. Bihun goreng berkuah laksa yang sedang dinikmatinya itu ditolak ke tepi dengan cermat. Matanya tetap dihalakan ke wajah Razali yang duduk di hadapannya itu. Sememang begitu sikapnya. Nordiana Humairah amat menghormati papanya. Setiap tutur kata papanya akan didengari penuh teliti. Tidak pernah sama sekali dia membelakangi papanya atau menoleh ke arah laintatkala bercakap dengan papanya. Itulah pesanan mamanya yang tidak mungkin dilupainya. Dia masih ingat sangat pesanan itu, walaupun mamanya sudah hampir tiga tahun pulang ke rahmatullah. Dan pesanan arwah mamanya terus utuh dalam fikirannya seperti teguhnya ingatan Nordiana Humairah kepada mamanya itu. Pemergian mama bukan bermakna putusnya segala hubungan yang terjalin tatkala hidupnya. Begitu kata-kata papa yang sentiasa segar dalam ingatannya.

“Kenapa papa...kenapa....”

Razali cuba tersenyum.
Namun, air mata yang masih membasah itu gagal menyerlahkan senyumannya.
Kali ini Nordiana Humairah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada akhir tahun nanti hanya mendiamkan diri. Dia rasa serba salah dengan pertanyaannya tadi. Matanya merenung sayu ke muka Razali yang berusia awal lima puluhan itu. Sekali-sekala matanya menjeling ke arah pinggan kaca putih jernih yang berisi bihun goreng berkuah laksa itu. Tinggal separuh lagi makanan kegemarannya dalam pinggan itu. Seleranya pada makanan itu tidak pernah pudar. Itulah makanan kegemarannya sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dia sendiri tidak menyangka betapa bihun goreng berkuah laksa yang menjadi makanan kegemaran arwah mamanya, kini dia pula yang mewarisinya.

“Mama masak kuah laksa?”
Puan Hamizah tersenyum. Dia memandang ke muka Nordiana Humairah. “Kenapa tak suka?”
“Eh, eh mama ni. Suka la, Umai boleh makan laksa.”
“Tapi, mama hanya masak kuahnya saja. Laksanya tak ada.”
“ Nanti, Umai suruh papa belikan laksanya.”

Puan Hamizah hanya tersenyum.
Nordiana Humairah diam. Dia memerhati mamanya yang sedang sibuk menyiapkan kuah laksa itu. Baunya amat menyelerakan sebaik sahaja Puan Hamizah mengacaunya tatkala kuah itu mulai mendidih.

“Sedap betul baunya...” Nordiana Humairah tidak dapat menyembunyikan seleranya yang tiba-tiba terbuka itu.
“Mama gunakan ikan kembung segar. Kuahnya rasa manis dan berlemak. Ditambah dengan asam keping dan sedikit belacan. Cili kering yang dihancurkan mama masukkan secukupnya agar rasa pedas terkawal. Bunga kantan pula untuk menambah rasa dan baunya.” Puan Hamizah membocorkan resepinya.
“Kalau ikan lain boleh tak kita gunakan, mama?”
“Boleh...kita boleh gunakan ikan selayang, malah ada orang yang gunakan belut sebagai bahan untuk membuat kuah laksa.”
“Heeee...Umai tak nak lah. Geli Umai tengok rupa belut tu.”
“Ala kalau dah masak, mana nak rasa gelinya lagi. Ditambah pula dengan asam garam dan perencahnya.”
“Mama ni pandailah masak kuah laksa.” Nordiana Humairah memuji.
“Puji-puji mama tu, mama tau la...Kejap lagi bolehlah kita makan.”
Nordiana Humairah tersenyum manja.
“Tentu arwah nenek pun pandai masak kuah laksa?” Nordiana Humairah cuba menyiasat.
Puan Hamizah tidak terus menjawab. Dia merenung ke muka anak kesayangan itu.
“Agak-agak Umai...arwah nenek pandai tak?”
“Yalah...kalau kuah tak tumpah ke nasi, ke mana lagi?”
“Tapi, ini kuah laksa...” Gurau Puan Hamizah dituruti deraian ketawa kedua-dua beranak itu.
“Papa pun nak bihun goreng berkuah laksa,” Razali memecah kesunyian.
“Papa...nak?” Nordiana Humairah menyoal kembali dengan teragak-agak.
Razali mengangguk sambil tersenyum yang dibuat-buat.
“Tapi papa kan tak suka makan bihun goreng dengan kuah laksa?”
Razali hanya membisu mendengar kata-kata anaknya itu.
“Kalau papa nak bihun goreng pun ada, pa. Dah Umai sediakan untuk papa.”
“Tapi hari ini papa nak makan macam anak papa makan. Papa nak makan, makanan kegemaran arwah mama. Papa dah berjanji pada diri papa. Papa nak makan makanan kedua-dua orang yang amat papa sayangi.”

Nordiana Humairah diam mendengar kata-kata papanya itu. Dia berasakan sesuatu kelainan pada diri papanya, petang itu. Selama ini, papanya memang tidak suka makan bihun goreng berkuah laksa. Biasanya, kalau dia atau arwah mamanya makan bihun goreng berkuah laksa, papa akan makan bihun goreng sahaja. Ataupun, papanya akan makan laksa. Malah, Nordiana Humairah dan arwah mamanya pasti menjadi bahan sindiran Razali kerana makanan itu. Tetapi, papanya tiba-tiba berubah pada petang itu.

“Papa nak makan bihun goreng berkuah laksa?” Nordiana Humairah menyoal lagi.
“Kalau begitu, nanti Umai panaskan kuahnya dulu.” Nordiana Humairah bingkas bangun untuk memanaskan kuah laksa yang sudah tersedia di dalam periuk di atas dapur.
“Yalah anak papa.” Nordiana Humairah tersenyum manja.

Razali hanya memerhati anak kesayangannya itu bergegas ke dapur. Dia amat mengagumi sikap anaknya itu. Tidak ubah seperti arwah Hamizah. Tidak ada perkataan yang boleh menyinggung perasaannya dalam kamus hidup kedua-dua insan kesayangannya itu. Namun, ternyata Allah lebih menyayangi isterinya. Dalam sekelip mata saja, orang yang amat disayangi itu diambil-Nya. Razali tetap reda dengan pemergian Hamizah, walaupun hatinya begitu sedih dan kecewa. Malah, pada hari pengkebumian jenazah arwah Hamizah, Razali terasa amat sukar untuk meninggalkan tanah perkuburan isterinya itu. Dia ingin saja tanggal di situ. Di sisi kubur orang yang amat disayanginya. Hanya pujukan anaknya Nordiana Humairah yang mampu melembutkan hati Razali. Dia akhirnya menyedari kesilapan dan menerima hakikat betapa hidup di dunia hanyalah sementara. Tiba masanya kita akan kembali kepada-Nya. Itulah yang berlaku kepada Hamizah setelah diserang angin ahmar secara tiba-tiba. Namun, Razali pulang ke rumahnya dengan segumpal tanah kubur arwah Hamizah!

“Nampaknya menu kita hari ini, laksa sajalah,” usik Razali.
Puan Hamizah tersenyum. Perlahan-lahan dia mengangguk sambil mencedok kuah laksa dan menuangkan ke dalam mangkuk.
“Jimat...kan?”
“Yalah, jimat. Tapi perut abang ni, kalau tak makan nasi rasa macam kosong saja.”
“Kalau gitu, nanti Mizah masakkan nasi.”
“Lauknya?”
“Ikan goreng semalam kan ada lagi dalam peti sejuk tu.”
“Kuahnya?”
“Kuah laksa inilah,” sahut Puan Hamizah sambil tersenyum.
“Yalah tu. Janji ada nasi. Perut abang ni, tak macam perut Mizah. Perut abang, perut nasi. Perut Mizah...perut laksa.”
Tiba-tiba satu cubitan berbekas di lengan kiri Razali. Dia menjerit kesakitan.
“Hah...ambil. Lain kali perli orang lagi.”
“Taklah. Kan itu kenyataan. Berkata benarlah, walaupun pahit.”
Secepat kilat, satu lagicubitan hinggap pada sasarannya.
“Aduhhh...”
“Nak lagi?”
“Nak...tapi nak laksa.”
“Nak betul ke laksa tu atau nak main-mainkan kita. Nampak ni?” Puan Hamizah menunjukkan senduk yang sedang dipegangnya.
“Nak betullah. Nak makan macam orang yang kita sayang makan juga.”
“Yalah, tapi jangan mengadu perut kososng...perut tak penuhlah. Laksa ni makanan tradisi Mizah. Tak ada laksa tak sempurna hidup.” Gurau Puan Hamizah lagi.
“Hah, ini bihun goreng dengan kuah laksanya, papa.” Suara Nordiana Humairah mengejutkan Razali. Dia meletakkan sepinggan bihun goreng yang sudah tersedia dengan kuah laksa yang masih berasap.
“Sedap betul baunya. Pandai anak papa masak,” puji Razali.
“Makan dulu pa, baru puji. Jangan-jangan baunya saja yang sedap,” sahut Nordiana Humairah sambil tersenyum. Dia duduk di hadapan papanya.
“Papa tau. Anak papa kan pandai masak kuah laksa. Macam arwah mama juga.”
Nordiana Humairah diam mendengar pujian Razali. Dia segera duduk kembali di hadapan papanya. Wajah papanya itu direnung.
“Kenapa selera papa tiba-tiba berubah?”
Razali tidak terus menjawab. Dia hanya tersenyum. Tangannya yang sedang memegang sudu itu, digerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan untuk mengacau bihun goreng berkuah laksa di hadapannya.
“Papa teringatkan mama?” Nordiana Humairah cuba menduga hati papanya.
Wajah Razali tiba-tiba berubah. Bihun goreng berkuah laksa yang dihidangkan buat kali pertama untuknya ketika dia berkunjung ke rumah arwah Hamizah pada awal perkenalan mereka terbayang kembali. Dia masih ingat, dia tidak dapat menjamah sedikit pun makanan yang begitu asing dengannya itu. Tindakannya itu amat mengecewakan arwah hamizah. Hampir tiga bulan, arwah Hamizah merajuk kerana peristiwa itu.
“Papa!”
Razali merenung sayu ke muka anaknya yang seiras dengan wajah arwah Hamizah itu. Malah, dia akui Nordiana Humairah turut mewarisi kecantikan arwah Hamizah pada zaman mudanya. Perlahan-lahan Razali mencapai tisu yang tersedia di situ. Dia mengelap lembut matanya yang terus berair itu.

Nordin Saad
Berita Minggu
Ahad
15/5/2011

Ditaip semula oleh Puan Norli Ahmad

P/s: Kredit kepada penulis dan Puan Norli Ahmad.

Friday, May 20, 2011

Liverpool F.C


Liverpool F.C.






Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama penuh Liverpool Football Club
Gelaran The Reds
Ditubuhkan 15 Mac 1892
Lokasi Anfield
Liverpool, England
(Kapasiti 45,362)
Liga Premier League

Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England.

Liverpool beraksi secara berterusan di dalam Liga Perdana Inggeris sejak Liga tersebut bermula dalam tahun 1992. Walaupun demikian, Liverpool belum pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris, dan hanya mendapat tempat sebagai naib juara semasa di bawah pimpinan Gerard Houllier dan Rafael Benitez dalam tahun 2003 dan 2009.

Walaupun belum menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liverpool masih mengekalkan kedudukan sebagai pasukan paling berjaya beraksi di peringkat teratas Liga Inggeris, dengan 18 kali menjadi juara Liga Divisyen Satu Inggeris (Liga ini kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris), 7 kali menjuarai Piala F.A. England, dan 5 kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan 3 kali menjadi pemenang Piala UEFA. Liverpool juga menjadi ahli Kumpulan G-14 terdiri daripada kelab-kelab bola sepak paling unggul di Eropah.

Isi kandungan

1 Sejarah
1.1 Penubuhan Liverpool F.C.
1.2 Kemasukan ke Liga Inggeris
1.3 Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly
1.4 Tradisi Boot Room
1.5 Bob Paisley Menyambung Tradisi
1.6 Joe Fagan dan Tragedi Heysel
1.7 Kenny Dalglish
1.7.1 Tragedi Hillsborough
1.8 Graeme Souness - Bermulanya Kemelesetan Liverpool
1.9 Roy Evans
1.10 Gerard Houllier
1.11 Rafael Benítez


Rencana Utama: Sejarah Liverpool F.C.

Penubuhan Liverpool F.C.

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik Anfield. John Houlding menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah dengan Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park.

Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Kemasukan ke Liga Inggeris

Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaah dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.

Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.

Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly




Bill Shankly seorang Legenda di Liverpool FC





Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun, Bill Shankly menjadikan Liverpool antara pasukan paling ternama di Eropah.

Tindakan pertama Bill Shankly selepas mengambil alih jawatan pengurus adalah untuk membuang 24 orang pemain. Bill Shankly membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland dan mendapatkan Roger Hunt, Ian Callaghan dan Gerry Byrne. Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dan dinaikkan ke Divisyen Satu Liga Inggeris.

Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Bill Shankly menukar jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah seluruhnya, dan warna ini kekal digunakan hingga ke hari ini. Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. mengalahkan Leeds United 2-1. Liverpool juga pertama kali beraksi di benua Eropah, tetapi dikalahkan Inter Milan di peringkat separuh akhir.

Dalam tahun 1966 Liverpool tewas pertandingan Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, (kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuadnya. Beliau membeli Emlyn Hughes, Ray Clemence dan Kevin Keegan dalam tahun 1971. Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach. Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A.. Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengurus Liverpool selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Bill Shankly mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.

Tradisi Boot Room





Kumpulan bootroom Liverpool semasa Bill Shankly





Masa Bill Shankly menerajui Liverpool beliau menggunakan kumpulan dipanggil Kumpulan “Boot Room”. Kumpulan ini berbincang di dalam bilik menyimpan but dan pakaian pemain. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan pasukan lawan. Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut. [1].

Bill Shankly dan pasukan Boot Room menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield. Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain. Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool – Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room.


Bob Paisley Menyambung Tradisi




Bob Paisley Anggota Kumpulan Boot Room Seterusnya Menjadi Pengurus Paling Berjaya Liverpool




Setelah Bill Shankly bersara, jawatan Pengurus Liverpool diamanahkan kepada Bob Paisley. Selama sembilan musim di mana beliau menjadi Pengurus, Liverpool memenangi 21 buah Piala termasuk 3 kejuaraan Piala Eropah (kini Piala Juara-Juara), 1 Piala UEFA, 6 kejuaraan Liga Inggeris dan tiga kejuaraan Piala Liga (kini dipanggil Piala Worthington). Bob Paisley juga membawa masuk pemain-pemain lagenda Liverpool seperti Graeme Souness, Ian Rush, Alan Hansen dan Kenny Dalglish.

Dalam tahun 1977, Liverpool buat pertama kali memenangi Piala Eropah mengalahkan Borussia Moenchengladbach 3-1 dalam masa tambahan. Permainan tersebut adalah kali terakhir Kevin Keegan beraksi untuk Liverpool sebelum perpindahannya ke SV Hamburg. Liverpool berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Eropah dalam tahun 1978 apabila mengalahkan FC Bruges1-0.

Tahun 1979 merupakan kemuncak kerjaya Bob Paisley sebagai pengurus Liverpool. Bukan sahaja Liverpool menjuarai Liga Divisyen Satu Inggeris, tetapi pasukan itu menang dengan mengumpul 68 mata dan dengan hanya 16 gol dibolos pihak lawan dalam 42 perlawanan. Untuk musim 1980, Liverpool muncul sekali lagi sebagai juara Liga. Pada tahun 1981, Bob Paisley berjaya membawa pulang Piala Eropah buat kali ketiga baginya dengan kemenangan 1-0 mengatasi Real Madrid C.F. Tetapi disebalik kejayaannya, Paisley tidak pernah memenangi Piala F.A. dan Piala Liga. Liverpool menang Piala Liga pada tahun tersebut, hasil jaringan gol oleh Alan Hansen.


Joe Fagan dan Tragedi Heysel

Joe Fagan, jurulatih veteran Liverpool dan ahli Kumpulan boot room menggantikan Bob Paisley sebagai pengurus dalam tahun 1983. Musim pertama beliau sebagai Pengurus menyaksikan Liverpool memenangi 3 kejuaraan utama – kejuaraan Liga Divisyen Satu Inggeris, Piala Liga dan Piala Eropah. Di musim kedua, Liverpool sekali lagi berjaya ke pertandingan Akhir Piala Eropah. Perlawanan di Stadium Heysel menyaksikan tragedi dimana 39 orang penyokong Juventus terbunuh akibat runtuhan tembok penahan yang tumbang disebabkan rempuhan penonton, dan dikatakan berpunca daripada rusuhan oleh penyokong Liverpool. Pasukan Liverpool dengan berat hati meneruskan perlawanan yang ditunda akibat kemelut rusuhan, tetapi tewas 1-0 di tangan Juventus. Liverpool seterusnya digantung daripada menyertai pertandingan di anjuran UEFA selama 6 musim. Joe Fagan meletak jawatan selepas insiden ini.

Kenny Dalglish

Dalam tahun 1985, Kenny Dalglish dilantik menjadi Pengurus Liverpool. Ketika itu beliau masih aktif sebagai pemain kesebelasan utama. Dalam musim pertama beliau, Liverpool mengalahkan musuh ketat Everton 3 -1 dalam perlawanan akhir Piala F.A. dan muncul juara Liga.

Musim berikutnya, Kenny Dalglish hampir berjaya mengulangi kejayaan musim pertamanya apabila sekali lagi mengalahkan Everton dalam perlawanan akhir Piala F.A. Tetapi kejayaan Piala F.A. dihantui oleh Tragedi Hillsborough. Liverpool juga akan muncul juara Liga sekiranya seri dengan Arsenal dalam perlawanan akhir Liga di Anfield. Harapan penyokong Liverpool hancur apabila Michael Thomas menjaringkan gol Arsenal dalam minit-minit terakhir perlawanan. Liverpool dan Arsenal mempunyai bilangan mata dan perbezaan gol sama banyak, tetapi Arsenal ditabalkan menjadi juara kerana menjaringkan lebih banyak gol. Michael Thomas kemudiannya berpindah ke Liverpool.

Pada 22 Februari 1991, selepas separuh musim dijalankan, Kenny Dalglish mengumumkan hendak meletakkan jawatan pengurus Liverpool dengan alasan tidak lagi berupaya menanggung tekanan sebagai pengurus. Beliau digantikan sementara oleh Ronnie Moran dan beberapa minggu kemudian, Graeme Souness dipilih sebagai pengurus.

Tragedi Hillsborough






Memorial Memperingati 96 Penyokong Liverpool Yang Terkorban Di Hillsborough.





Tragedi Hillsborough merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1989. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi.

Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. [2] [3] Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.

Graeme Souness - Bermulanya Kemelesetan Liverpool

Kajian akan menunjukkan bahawa kemelesetan Liverpool bermula apabila Graeme Souness dilantik menjadi Pengurus. Walaupun beliau berjaya memenangi satu kejuaraan Piala F.A., pengurusan beliau dianggap sebagai zaman meleset dan mulanya kejatuhan Liverpool sebagai pasukan yang menguasai bola sepak Inggeris, dan digantikan oleh Manchester United di bawah pimpinan Alex Ferguson. musim 1991/92 dan 92/93, Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 sebanyak 2 kali dalam Liga Perdana dan tidak memberikan cabaran langsung kepada pasukan-pesukan yang mencabar untuk kejauraan tersebut.Musim 1993/94 menyaksikan Liverpool terus merosot dengan kemuncaknya Graeme Souness terpaksa meletakkan jawatan apabila Liverpool ditewaskan oleh Bristol City dalam pusingan awal Piala FA.Pada musim 1991/92 LIverpool menjuarai piala F.A. setelah mengalahkan pasukan Sunderland 2-0 hasil jaringan Thomass dan Rush.itulah sahaja sumbangan bermakna Souness untuk Liverpool.

penganalisis mengatakan bahawa Graeme Souness telah mengenepikan ataupun melepaskan pemain-pemain utama dan membawa masuk pemain-pemain yang kurang menyerlah. Antara pemain yang dilepaskan oleh Graeme Souness adalah Steve McMahon yang dijual kepada Manchester City apda usia 30 tahun, walaupun beliau boleh terus menyumbang untuk 2 atau 3 tahun lagi. Malangnya, Graeme Souness tidak mencari pemain ganti yang sama kaliber dengan Steve McMahon, dan kesannya, keupayaan pasukan secara keseluruhannya terjejas.

Penggunaan taktik yang tidak mantap, kesilapan mengendalikan perpindahan masuk pemain dan pengurusan manusia yang kurang baik membawa kesan negatif kepada Liverpool dan meluncurkan kemelesetan pasukan yang pernah menjadi pasukan agung di Eropah. Desas-desus mengenai pertelegahan di dalam bilik persalinan begitu banyak sekali, sehingga Ian Rush menyatakan kepada penemuramah Sky Sports bahawa "cawan teh berterbangan" tidak menjadi perkara baru. Greame Souness menuduh pemain-pemain senior tidak bersemangat dan memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Steve McManaman.

Roy Evans

Roy Evans dilantik menggantikan Greame Souness pada pertengahan musim 1993/94 dan sekadar mampu meletakkan Liverpool di tempat ke-8. Tetapi Roy Evans tidak dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Walaupun kedudukan liga diperbaiki, Liverpool hanya mendapat tidak dapat mencapai kedudukan lebih tinggi daripada tempat ketiga dalam tempoh 5 tahun di bawah pengurusannya.apa yang pasti Liverpool tetap di belakang Manchester United. Roy Evans menggunakan sisten 5-3-2 yang agak defensif. Kejayaan tunggal Roy Evans adalah dengan memenangi Piala Liga dalam tahun 1995 mengalahkan Bolton Wanderers. Semasa beliau menjadi pengurus, Liverpool tewas 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala F.A. pada musim 1995/96.walaupun mempunyai penyerang hebat seperti Ian Rush,Robbie Fowler,Stan Collymore mahupun Michael Owen serta dibantu oleh midfield yang berbakat seperti Steve McManaman,Jamie Redknapp ataupun John Barnes namun sistem pertahanan Evans adalah goyah dan tidak konsisten.seringlali keputusan perlawanan berakhir mengecewakan.

Gerard Houllier

Gerard Houllier dilantik menjadi pengurus bersama dalam tahun 1998-1999, tetapi perkongsian tersebut gagal. Roy Evans akhirnya melepaskan jawatan Pengurus Liverpool separuh jalan musim tersebut.

Tahun 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool sejak peninggalan Kenny Dalglish. Pemain-pemain muda seperti Michael Owen, Robbie Fowler dan Steven Gerrard digandingkan dengan pemain berpengalaman seperti Sami Hyypia dan Liverpool mengakhiri musim tersebut di tempat kedua, dan melaykkan diri untuk pertandingan Liga Juara-Juara. Liverpool juga berjaya memenangi tiga kejuaraan tahun tersebut, iaitu kejuaraan Piala Liga, Piala F.A. dan Piala UEFA. Liverpool juga menang Community Shield and European Super Cup. Liverpool menag lagi Piala Liga dalam tahun 2003, tetapi Liverpool tidak dapat bersaing dengan juara Liga. Pada tahun itu, Liverpool ketinggalan 30 mata berbanding Arsenal, juara Liga tahun tersebut. Desakan penonton yang semakin resah memaksa Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus.

Gerard Houllier disalahkan kerana membelanjakan wang yang banyak membeli pemain-pemain yang tidak dapat beraksi dengan baik di Liga Perdana. Antaranya adalah pembelian Salif Diao dan El-Hadji Diouf, Bruno Cheyrou. Gerard Houllier berjaya membeli Djibril Cisse dari Auxerre tetapi tidak dapat bekerjas bersama Djibril Cisse kerana beliau meletak jawatan sebelum Djibril Cisse melaporkan diri di Liverpool. Liverpool sebenarnya masih gagal mencapai matlamat asal iaitu merajai Liga Inggeris.

Rafael Benítez

Rafael Benítez mengambil alih jawatan pengurus Liverpool, tetapi dalam tahun pertama beliau menjadi pengurus, Liverpool hanya berupaya menduduki tempat kelima. Liverpool tewas dalam pertandingan akhir Piala Liga apabila ditewaskan oleh Chelsea F.C..jika tidak kerana gol sendiri Steven Gerrard Liverpool sepatutnya telah menjuarai Piala Liga kali ke 8 yang mana sebelumnya mendahului 1-0 sehinggaminit ke-80.liverpool juga terkeluar daripada pertandingan Piala F.A. apabila tewas kepada Burnley hasil jaringan gol sendiri oleh Djimi Traore. Hanya kemaraan dalam Liga Juara Eropah memberikan semangat kepada penyokong Liverpool.

Tetapi musim berakhir dengan gemilang untuk Liverpool apabila memenangi pertandingan akhir Piala Eropah walaupun Liverpool ketinggalan 3-0 dalam perlawanan menentang A.C. Milan. Liverpool menunjukkan permainan yang hambar semasa sepruh masa pertama dan Kaka bermain baik untuk A.C. Milan. Rafael Benítez melakukan pertukaran dengan memasukkan Dietmar Hamann dalam separuh masa kedua, dan kejayaan Dietmar Hamann mengekang pergerakan Kaka membolehkan Liverpool melawan balik dan menjaringkan 3 gol, menjadikan kedudukan 3-3. perlawan berakhir dengan sepakan penalti, dan Jerzy Dudek menjadi wira apabila berjaya menahan sepak penalti Andriy Shevchenko A.C. Milan. Rafael Benítez mengenalpasti ketiadaan konsistensi sebagai punca Liverpool tidak dapat menyaingi Chelsea F.C., Manchester United dan Arsenal. Tambahan pula liverpool mengakhiri musim satu tangga di bawah Everton F.C. yang menduduki tempat keempat.

Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82 mata, jumlah mata paling tinggi dikumpul oleh Liverpool sejak permulaan Liga Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti.

Tahun 2006-07 menyaksikan Liverpool kembali berjaya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah dan sekali lagi menentang AC Milan yang berjaya ke pusingan akhir setelah membenam Manchester United dengan argregat 5-3. AC Milan dijangka akan cuba untuk membalas dendam kekalahan mereka 2 tahun lalu, yang menyaksi Liverpool memenangi Piala Eropah di malam perlawanan paling hebat di dalam sejarah Piala Eropah. Final Piala Juara Juara Eropah yang berlangsung di Athen itu dimenangi oleh pasukan A.C milan dengan jaringan 2-1. Kedua dua gol Ac Milan dijaringkan oleh Fillipo Inzaghi dan Dirk Kuyt menjaringkan satu gol untuk Liverpool.

Pada 19 Mac 2009,Rafa telah menandatangani penjanjian kontrak bernilai £25j.

Tuesday, May 17, 2011

CATATAN : Kenapa Saya Menyokong Poligami.

Wed, May 11, 2011 10:59:40 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan warga SIM,

Semoga semuanya berada di rahmat dan redha Allah s.w.t. Malam tadi saya banyak menerima email peribadi yang bertanya kenapa dan bagaimana Dr Fauziah sanggup menyokong poligami?

Kepada mereka yang mengenali saya sejak 2009 mereka mungkin faham kenapa saya menyokong poligami. Dan kepada mereka yang baru menyertai SIM saya sarankan melawati facebook saya dan membaca Notes yang bertajuk, "Keluarga Ustaz A". Tulisan ini pernah disiarkan di SIM dan boleh dibaca di Google. Sampai hari ni saya tak sempat menyempurnakan Blog saya.

Mungkin ramai yang terfikir, Dr fauziah tu nak cari publisiti atau glamour di kalangan ahli-ahli SIM yg lelaki. Saya tak perlu dan tak akan mencari publisiti murahan. Bukan dapat apa pun.Mungkin juga ada yg terfikir, Dr Fauziah ni tak sayang suami dia agaknya atau sebab ada problem dengan suami kut. jadi dia tak kisah dengan poligami.

Semuanya salah, demi ALLAH...satu2nya sebab kenapa saya menyokong poligami ialah kerana saya sayangkan ALLAH dan RASULULLAH. Saya bersabar menghadapi ujian ketika belajar utk dapatkan segulung ijazah bernama Phd juga kerana saya sayangkan Allah dan Rasul. Semua masalah saya hadapi dengan kesabaran kerana cinta dan kasih saya kepada Allah.

Kata Imam al-Ghazali, iman manusia itu ada 3 peringkat. Pertamanya ialah iman seorang hamba (slave). Seorang hamba yg berbuat sesuatu perkara semata-mata takutkan tuannya. Dia tidak berani tidur semasa buat kerja semata-mata takut dipukul oleh tuannya. pendekata semuanya dilakukan oleh faktor takut. takut kena marah, takut tak dapat makan, takut itu dan takut ini. itu iman seorang hamba.
Dalam konteks kita dengan Allah, kita buat baik sebab kita takaut Allah tak masukkan kita ke syurga.KIta tak buat jahat sebab kita takut Allah masukkan kita ke neraka. Kita jaga suami baik-baik sebab kita takut suami kita cari isteri lain atau perempuan lain. Kita berbaik dengan mak mertua kita sebab kita takut kita dikatakan menantu yg tidak baik.

Iman yang kedua ialah iman seorang saudagar (traders/merchants). Setiap yang dilakukan ialah kerana ingin mencari keuntungan. Apa yang diberikan sentiasa diharapkan balasan dan ganjaran. Mesti sentiasa ada give and take. Tidak ada istilah memberi tanpa mengharapkan balasan.
Begitu juga hubungan kita dengan Allah. kebanyakan kita berbuat baik sebab mahu masuk syurga, tidak mahu ke neraka. Kita berbuat baik kerana ingin mendapat pahala. Kita bersedekah kerana inginkan rezeki kita dimurahkan. Kita mengajar anak org dengan baik dengan niat org juga akan mengajar anak kita dengan baik. Kita sayangkan suami sebab suami bagi kita macam-macam. Kita berbuat baik dengan mertua kita supaya kita boleh pinjam duit daripada dia waktu kita susah dan sesak. Kita berbaik dengan orang lain supaya kita boleh jual produk kita. itu iman seorang saudagar.

Iman yang ketiga ialah iman seorang kekasih. Kalau kita ada kekasih, kita amat sayangkan kekasih kita. kita selalu rindukan dia. Apa saja yang dia suruh kita akan cuba buat. Apa saja yang dia larang kita akan cuba turut walaupun hati kita tak suka. Kalau kita ada duit perkara pertama kita nak buat ialah berikan hadiah kepada kekasih kita. Dan kalau kekasih kita tidak berikan apa-apa pun kita tak rasa kecil hati. Sebab dia kekasih kita. Kita tengah sesak pun kita sanggup belanja kekasih kita kerana kita sayangkan dia.

Dalam hubungan kita dengan Allah, bila kita anggap Allah itu kekasih kita, walaupun kita mungkin tidak layak, kita akan buat apa yg Allah suruh kerana kita kasih Allah dan Rasul. Kita akan tinggalkan semua larangannya kerana kita kasihkan Allah sebab kasih Allah ini tidak terhitung banyaknya. Bacalah surah al-rahman dan lihatlah tafsiran suran al-Rahman. Jangan hanya bermegah sebab dapat khatam al-Quran setahun 3 atau 4 kali.

Saya bukan wanita solehah, masih teramat banyak kelemahan saya. Solat pun kadang2 terlewat kerana keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya. Kadang-kadang kelas 3-5 ptg. kadang-kadang 4-6 petang. Saya kadang-kadang pakai stokin kadang2 tak pakai. kalau saya pakai kasut yg tutup kaki memang saya tak pakai stokin.tapi kalau saya pakai sandal, baru saya pakai stokin.

Back to poligami, saya cuma seorang hamba Allah. kenapa saya nak menentang poligami sedangkan kita selalu kata, Allah tahu apa yg baik utk kita. maksudnya poligami itu baik utk kita cuma kelemahannya kerana lelaki hari ni kebanyakannya tidak tahu dan tidak mahu belajar bagaimana cara Nabi Muhammad dan para sahabat berpoligami.

Demi Allah, saya bernikah pada usia 23 tahun dan suami saya 30 tahun. ketika itu masih di tahun 3 di Akademi Islam Universiti Malaya aliran Shariah, minor undang-undang dan Sains politik. Saya mendapat anak selepas tamat pengajian dan mengambil ijazah pertama saya dalam masa pantang 22 hari (berbengkung). ketika anak sulung saya berusia setahun, saya mendapat tawaran program Sarjana Undang-undang (LLM) di University of London, UK. Waktu itu usia saya 24 tahun. Sebulan sebelum berangkat ke UK, meninggalkan suami dan anak di Malaysia, saya meminta suami saya bernikah dengan kawan sepejabat dia, bernama Wan F. Wan F berusia 30an dan ada kawan suami beritahu saya, Wan F amat meminati suami saya. Hubungan saya dan Wan F baik2 saja. Saya memanggilnya kak wan. saya suka dengan budi bahasanya, kelembutannya.

tapi suami menolak dan suami bertanya saya, "awak ni tak sayang suami ke?" Suami saya seorang ustaz, patutnya dia tahu kenapa saya menyuruhnya bernikah lain.Bukan sebab tidak sayang suami, tetapi sebab saya tak mahu dia keseorangan pada malam hari. saya tak mahu saya mendapat dosa membiarkan suami tidur sorang-sorang tidak berteman. Pada waktu itu saya berumur 24 tahun dan suami saya 31 tahun. Saya tak mahu suami saya pagi petang siang malam minum di kedai mamak atau kedai masa macam bujang dulu. Tapi suami tetap menolak.

Selepas tamat sarjana undang-undang saya balik ke Malaysia memulakan tugas sebagai pensyarah di UIA Petaling jaya. Antara pelajar saya waktu itu ialah Dato' Noriah (mantan ketua Traffik Malaysia) dan ramai lagi pegawai2 polis yang jauh lebih tua daripada saya. Waktu itu saya berumur 25 tahun.

Tiba-tiba saya mendapat tahu sahabat baik saya S telah menjadi janda kerana ditipu dengan nikah mut'ah semasa dia di Sdney, Australia. Sayunya hati melihat surat cerai yang dikirmkan oleh bekas suaminya (org pakistan) dari Australia dan skeping nota yang ditulis, "I'm sorry. i married u just because to avoid zina." satu tamparan hebat bagi S, tapi saya terasa juga kesedihan dia sebab dia sahabat saya walaupun kami baru berkawan 3 tahun.

sekali lagi ketika berusia 25 tahun, saya meminta suami saya bernikah dengan S sahabt saya. Saya tidak kisah kalau kami ditakhdirkan tinggal serumah pun. sebab saya kenal hati budi S. Uniknya S ini tidak bertudung, tapi hatinya baik mengalahkan orang yang pakai tudung labuh. Pernah saya tanya dia semasa di UK. "S, aku nak beli tudung nak bawa balik ni, hang nak warna apa?"
dan s menjawab dgn selamaba, "Fauziah, hang tak payah gatal2 nak belikan aku tudung. esok kalau aku nak pakai tudung, aku beli sendirilah. hang beli hadiah utk anak haang dan laki hang cukuplah." Itu cara dia bercakap, tetapi saya tak pernah terasa hati sebab saya tahu hati budi dia. Tergelak saya waktu itu sebab ingatkan dia tak faham kenapa saya nak belikan hadiah tudung. cara saya bersahabat, saya akan baik dengan keluarga sahabat saya. sebab tu saya kenal ayah dan mak dia, saya kenal adik2 dia, saya kenal anak2 saudara dia dan saya kenal abang dan kakak tiri dia (anak bekas isteri pertama ayah dia).

suami saya juga kenal S. tapi dia tetap tak mahu bernikah lain. Anak2 saya semua rapat dengan S...dan memanggilnya makcik/auntie S. Sebab suami tidak mahu berpoligami, akhirnya saya memberitahu S, "kalau aku mati dulu daripada hang, aku minta hang jadi pengganti aku S. Hang yang akan jadi ibu anak-anak aku nanti. Bukan ibu tiri.tapi ibu." sebab anak-anak saya membesar dan mengenali S. S terkejut, tapi saya beritahu dia. "I'm serious." dan sejak itu juga saya terus memujuk suami, nikahlah dengan S. tapi suami tetap menolak. kata anak sulung saya, cuba ibu cari perempuan yang lebih cantik dari ibu. tentulah abah mahu.... dan saya beritahu anak saya, "auntie shila memang tak cantik tak comel, tapi hati budi dia baik, ibu dah kenal semua keluarga dia."
Kalau abah nak yang cantik suruh abah cari sendirilah, jawab saya.

Bila adik2 perempuan saya tahu semuanya cakap, "Kak jah..hang ni memang gilalah." Arwah emak saya pulak kata, "org duk minta dijauhkan, minta simpang malaikat 44, hang pulak suruh laki bernikah lain." Ayah saya cuma tersenyum sebab dia pun memang yang ada hati nak berploigami. Bila pelajar2 saya tahu cerita saya dan S, mereka jadi pelik. ada pelajar kata, "sebab madam nak payung emas ke?"

Saya tersenyum dan menjawab, "kalau Allah tak bagi payung emas pun tak apa, yang penting Allah tahu saya tidak pernah mempertikaikan hukum2 yang Allah berikan dalam Quran dan Sunnah Nabi" Saya cuma nak menjadi hamba yang meredhai dan diredhai (Rhodiyatan mardhiyyah). Tapi rupanya kalau kita redha dengan poligami, Allah tak akan uji dengan poligami. Allah akan uji dgn perkara-perkara lain. Orang yang anti poligami itulah yang akan diuji dengan ujian berpoligami.

itu saja yang dapat saya jelaskan. kenapa saya nak pertikaikan poligami. layakkah saya seorang hamba mempertikaikan apa yang Allah halalkan? Saya selalu sedih bila tengok isteri2 yang terlalu cepat minta cerai kerana suami ingin berpoligami.sedangkan suaminya mampu dari segi ekonomi dan lain2. Paling saya sedih bila melihat isteri2 pertama yng memaksa suami menceraikan isteri kedua walaupun dah ada anak. Paling hancur hati saya bila melihat isteri2 yang hidupnya sudah cukup mewah tapi masih takut suaminya bernikah lain. dan paling malang bila isteri yang tidak dapat melahirkan anak, isteri yang sudah tidak ada nafsu melayan suami di kamar tidur masih melarang suami berpoligami.

Bila tahu suami nak poligami kita marah, kita melenting.kita lari balik rumah mak ayah kita. mak ayah pula masuk campur sampai pukul2 suami pun ada. maki hamun suami jangan ceritalah.sampai lupa semua kebaikan menantu. Tapi bila anak lelaki mereka nak nikah lain, mereka tak maki pula. tak pukul pula anak mereka. Zalimnya kita....mengamalkan double standard utk anak dan menantu.

Bila suami nikah senyap2 dan hanya tahu bila dah ada anak kita marah jugak. patutnya bersyukurlah suami kita tak berzina. banyak kes yang nak jaga hati isteri tapi sanggup berzina. Bukan saya tak pernah jumpa kes-kes macam tu. Sudahnya kita menjadi hamba Allah yang menentang hukumnya tetapi kita setuju dengan syaitan yg suruh suami kita berzina. dosanya bukan hanya suami yg dapat, tapi kita adalah contributing factor kepada masalah perzinaan tu.

Entahlah...kadang2 saya menjadi serba salah. saya ni perempuan tetapi saya terpaksa mengatakan sesuatu yg perempuan tidak suka. Apa nak buat, ini benda yang benar. sebab tu kalau dipanggil ceramah pasal poligami org perempuan akan marah kat saya. lepas tu terus blacklistkan Dr fauziah. jgn bagi datang dah masjid ni sebab dia menyokong poligami. maaf ya, kalau nak jemput saya utk kutuk poligami minta maaflah, biarlah saya tak dijemput. kalau saya dijemput ceramah utk memuji sahaja, tak payahlah jemput.sebab tugas saya ialah mengatakan yg benar itu benar, yg salah itu salah.

Ada org tanya saya, "kalau ditakdirkan Dr fauziah jadi ibu tunggal sanggup tak berpoligami?"
jawapan saya, " sanggup dengan syarat isteri pertama atau pertama dan kedua itu yang meminang saya. isteri pertama/kedua itu sayangkan saya sebagai saudaranya sendiri. anak2 mereka menganggap anak2 saya sebagai kakak atau adik ibu mereka. emak ayah lelaki itu juga bersetuju menerima saya sebagai anak mereka. itu saja."

saya pinjam kata-kata seorang kawan"
"To love is nothing, to be loved is something, to love and to be loved is everything"

tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

wassalam
yang masih mencari cinta Allah dan Rasul

Dr Fauziah

P/s: Kredit kepada Dr. Fauziah dan SIM..