Thursday, March 31, 2011

Puisi - Ada Aku Kesah

Ada aku kesah jika laki aku tak makan

Ada aku kesah jika laki aku tak minum

Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor

Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya

Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya



Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku

Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang

Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian

Ada aku kesah jika laki aku nak kemana



Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku

Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku

Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku

Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi

Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku



Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....

Ketika telefon laki aku berdering di dinihari

Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa

Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya

Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang

Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku

Ketika tidurnya membelakangi aku

Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa



Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.

P/s: Kredit untuk aCiK BuCuK .

Wednesday, March 16, 2011

Lawak - Atong dan Pak Mat Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong.

Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?",

"Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!"

Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku.

Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?"

"Pasir" kata Atong.

Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.

P/s: Kredit kepada penulis..