Monday, February 14, 2011

ARTIKEL : Tokoh Muslimah - Sumaiyyah binti Khaiyyat

Sumaiyyah : Hidup dan Mati Kerana Allah

DUNIA dilimpahi hujan tangisan menyaksikan peristiwa penyiksaan yang amat kejam terhadap sepasang suami dan isteri serta seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Mereka diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan pula diikat dengan rantai. Seksaan semakin kejam apabila mereka tidak menurut kehendak orang yang menyeksa.

Si isteri diikat di antara dua ekor unta. Paksaan demi paksaan dilakukan agar mereka meninggalkan pegangan mereka. Namun keutuhan dan kekuatan yang didatangkan oleh pegangan itu membuatkan mereka tidak gentar dan sanggup menahan seksaan yang amat dahsyat. Akhirnya, padang pasir yang gersang dan matahari yang terik memancar menjadi saksi pembubuhan kejam sepasang suami isteri itu. Sebilah lembing dihunus dan ditusuk tanpa belas ke dada si isteri dan suami.

Dia hanyalah seorang wanita dan anak yatim piatu. Kebaikan hati dan ketaatan kepada tuannya menjadikan dia cukup disegani walaupun dia hanya seorang hamba yang berkulit hitam. Perkahwinannya dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya menjadikan hidupnya lebih bermakna. Lebih membahagiakan apabila mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel.

Namun kebahagiaan itu tidak bererti dan mengundang bencana apabila mereka memeluk Islam. Mereka adalah antara individu yang terawal memeluk Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mekah.

Dia adalah wanita yang tabah dan menjadi contoh kepada wanita Islam lain bukan sahaja pada zaman nabi, malahan sehingga kini namanya disebut sebagai wanita pertama yang mati syahid di bumi Mekah. Dia mati demi menegakkan iman dan akidahnya terhadap Islam. Dia adalah Sumaiyyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Ammar bin Yasir.

Sumaiyyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah, seorang pembesar Quraisy. Manakala suaminya pula bernama Yasir bin Amin Al-Ansi, seorang pendatang dari Yaman. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.

Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah di bawah naungan Bani Makhzum.

Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Mekah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyeksaan daripada golongan musyrikin Mekah.

Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.

Sumaiyyah, Yasir dan Ammar telah diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w lalu di tempat keluarga Yasir diseksa. Rasulullah s.a.w berkata, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah syurga.” Kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh musyrikin daripada Bani Makhzum.

Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca Sumaiyyah dan turut sama menyeksa Sumaiyyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.

Abu Jahal sangat marah dengan sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Mekah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugur sebagai syahid pertama di bumi Mekah. Suaminya Yasir juga turut syahid kemudiannya.

Nama Sumaiyyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan akidah dan keimanannya kepada Allah s.w.t.
Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada, anaknya, Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut di lidah semata-mata tetapi di hatinya terus memuji Allah s.w.t.
Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara ‘rukshah’ dan ‘azimah’. Musyrikin Mekah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.

Selepas dilepaskan daripada seksaan Ammar pun menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perbuatannya itu. Rasulullah s.a.w bertanya, “Bagaimana dengan hatimu?” Jawab Ammar, “Saya tetap beriman dengan Allah.” Rasulullah s.a.w membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih ‘rukshah’.

Jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni syurga Jannatun Naim menjadi perangsang kepada wanita Islam yang lainnya. Keteguhan dan ketabahannya meneguhkan iman di dada tanpa mengjiraukan nyawa harus dijadikan contoh wanita masa kini.

Sumbangan Sumaiyyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Islam. Antaranya, berani menyatakan yang hak, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah serta memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.

Selain itu, Sumaiyyah merupakan lambang ketaatan yang tiada belah bagi kerana berjaya memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Nama Sumaiyyah terus disebut sehingga kini sebagai seorang wanita yang terbaik sebaik manusia yang dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penyeksaan yang turut diceritakan semula menjadi kekuatan bagi wanita solehah untuk turut berazam memiliki jiwa dan hati setabah Sumaiyyah.

Darahnya menjadi sumbu pelita keimanan. Tangan yang lembut menghayun buaian akhirnya membuktikan bahawa wanita sepertinya mampu menggoncang dunia dengan hanya memperteguh keimanan kepada Allah s.w.t.

Kisah ini memberi gambaran kepada wanita Islam di seluruh dunia masa kini bahawa kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar bagi seorang wanita adalah dapat mempertahankan Islam sepenuh hati. Betapa Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawa demi meneguhkan iman dan ketakwaannya kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan wanita masa kini yang tidak berhadapan langsung dengan ancaman bunuh atau seksaaan seperti Sumaiyyah?

Jika digabung kesemua wanita yang memiliki sikap dan sifat cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk kemuliaan dan pengiktirafan buat mereka, pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan seorang wanita yang beriman seperti Sumaiyyah dan wanita-wanita lain pada zaman Nabi yang mempertaruh nyawa dan diri demi Islam.


Sumaiyyah
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd.
Lirik : Fahrul Mohd. Joui
Hijjaz Record Sdn.Bhd

P/s: Kredit kepada penulis asal dan zu_im@yahoo.com..

Thursday, February 10, 2011

Lawak - Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

P/s: Kredit untuk penulis..

Sunday, February 6, 2011

A brief history of Liverpool

By Rob Smyth

Formed: 1892
Admitted to Football League: 1893
European Cup/Champions League: 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84, 2004-05
UEFA Cup: 1972-73, 1975-76, 2000-01
UEFA Super Cup: 1977, 2001, 2005
First Division: 18
Second Division: 4
FA Cup: 7
League Cup: 7



The story of Liverpool is a unique fusion of triumph and tragedy. They are English football's most successful club with 40 trophies, yet towards the end of their rule of English football came two of the game's biggest disasters at Heysel and Hillsborough. Both the good and bad have shaped the identity of a fiercely proud club.

Liverpool were formed in 1892 because of a dispute between Everton FC and John Houlding, who owned the Anfield ground on which Everton played. Houlding founded a new club, Everton Athletic, whose name soon changed to Liverpool.

The club were admitted to the Football League in 1893 and started as they meant to go on: Liverpool won Division Two and remained unbeaten throughout the leagie season. They won the Division One title for the first time in 1901 and were also champions in 1906, 1922, 1923 and 1947, yet it was not until the Sixties that they began to establish themselves as a world power.

The catalyst was the appointment of Bill Shankly in 1959. At the time Liverpool were in Division Two, and had just lost to non-league Worcester City in the FA Cup. Shankly ripped the club up and started again: he released 24 players, and introduced the legendary "Boot Room", where coaches would sit and talk tactics.

Liverpool were promoted as champions in 1962, and won Division One two years later. It was the beginning of a relentless stream of trophies over the next 30 years. Shankly's side won their first FA Cup in 1965, and added league titles in 1966 and 1973 - when they also won their first European trophy, the UEFA Cup.

After another FA Cup win in 1974, Shankly was replaced by his assistant Bob Paisley; he was even more prolific. In 10 seasons under Paisley, Liverpool won three European Cups, six league championships, a Uefa Cup and three League Cups. This was success on a mind-blowing scale. Notable highlights included their first European Cup, achieved with a 3-1 win over Borussia Monchengladbach in Rome in 1977; a remarkable 1978-79 league campaign, in which Liverpool won 30 of their 42 games and conceded only 16 goals; and victory over Real Madrid in the 1981 European Cup final, a decent consolation for the only season between 1972 and 1992 in which Liverpool finished outside the top two.

Paisley retired in 1983 after three consecutive league championships - the first of which came when they were 12th at Christmas - and his successor Joe Fagan made it three in a row in his first season, when he also won the League Cup (Liverpool's fourth in a row) and the European Cup after a famous penalty shoot-out against Roma in Rome.

The 1984-85 season was Liverpool's first trophyless campaign for a deacde, but it was not remembered for that. Before the European Cup final against Juventus in Heysel, 39 fans, mostly Italian, were killed after crowd disorder. As a result, English clubs were banned for Europe for five years. Fagan was replaced by Kenny Dalglish as player-manager in that summer, and he won the club's first Double in his first season. Liverpool might have won three more consecutive Doubles from 1988 to 1990, when instead they had to settle for two titles and an FA Cup. The most famous example came in 1989 when, having already won the FA Cup, they lost the title to Arsenal when Michael Thomas scored a last-minute goal at Anfield in the final match of the season.

Yet that period was overshadowed by another tragedy, this time at Hillsborough in 1989, when 96 Liverpool fans died during the FA Cup semi-final against Nottingham Forest. It took a huge toll on Dalglish, who eventually resigned unexpectedly almost two years later. Liverpool were reigning champions at the time but have not won a title since, challenging only occasionally.

The Nineties were largely barren, with only an FA Cup in 1992 and a League Cup in 1995. The appointment of Gerard Houllier in 1998 brought sobriety and order, and in his third season he achieved a treble of the UEFA Cup, FA Cup and League Cup. But Houllier struggled to build on that, even though he did win another League Cup in 2003, and eventually left the club in the summer of 2004.

His successor, Rafael Benitez, was an instant hit: despite finishing fifth in the league in his first season, Liverpool won the Champions League in astonishing circumstances. They were 3-0 down to Milan at half-time in the final, but scored three goals in six minutes before winning on penalties. It was quickly christened "The Miracle of Istanbul".

Benitez won the FA Cup in 2006, and Liverpool lost another Champions League final against Milan a year later, but, despite going closest in 2008-9, he largely struggled in the league and left the club in 2010 after a disastrous campaign. By then, Liverpool's biggest problems were off the field: the club had been taken over by two Americans, George Gillett and Tom Hicks, in 2007, whose reign the majority of fans were extremely unhappy with. When they were finally forced out in the winter of 2010, Liverpool could look to the future with a greater degree of confidence.

P/s: Credit to http://soccernet.espn.go.com/