Sunday, January 23, 2011

Kisah Benar - Jika Allah maha pegasih mengapa disediakan Neraka

Assalamualaikum wbr..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba- Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak.

P/s: Kredit untuk penulis..

Lawak - Menantu Pak Kassim

Pak Kassim seorang yang tamak harta, dia menawarkan anak dara suntinya yang
cun melecun kepada keluarga yang kaya raya(golongan yang kaya je)..Suatu
hari datanglah Seman seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kassim.
Beliau cukup sifat tanpa cacat cela. Tapi beliau malas solat.

Setelah tiga hari berkahwin, Seman masih duduk di rumah mertuanya. Setelah
azan maghrib berkumandang, Pak Kassim ajak Seman untuk solat maghrib
berjemaah. Seman gelabah! Sebelum ini dia tidak pernah solat lalu Seman
masuk kebilik untuk menemui isterinya.

Seman : Yang camne ni? Abang tak pernah solat.
Isteri : Tak apa bang, abang ikut je apa yang ayah buat (isterinya berbisik
perlahan)

Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kassim. Setelah Pak Kassim
takbir, Seman ikut takbir. Pak Kassim membaca Khutbah surah alfatihah,
bismillahirahmannir ahim...Seman pun turut mambaca bismillah dengan lantang
juga...iskkkk pelik menantu aku ni, mazhap mana yang dia ikut?setahu aku
imam aje yang baca kuat, cetus hati Pak Kassim, Pak Kassim buat selamba,
dia terus membaca surah al-fatihah, Seman turut membaca al-fatihah dengan
kuat seolah-olah budak baru belajar mengaji..Pak Kassim pelik. Lalu dia
terus berpaling kebelakang untuk melihat Seman, Seman turut berpaling
kebelakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kassim..Ehh, gila menantu aku
ni???getus hati Pak Kassim..

Pak Kassim berjalan ke depan untuk menjauhkan diri dari Seman, Seman turut
berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kassim. Pak Kassim terus melarikan
diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya..Seman
terus berlari mengejar Pak Kassim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak
Kassim tergelincir dan jatuh kedalam sawah padi, Seman pun turut
menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kassim pun
terus bertanya kepada Seman.."Seman, apasal engkau ikut aku sampai ke sawah
ni?"..Seman menjawab"Ayah, susah ke nak solat maghrib ni?baru saya tahu
sampai kena berlari".... ..

P/s: Kredit untuk penulis..

Wednesday, January 19, 2011

Artikel - Cintailah Dengan Setulus Hati

Cintailah Dengan Setulus Hati

By: M. Agus Syafii

Pada sore hari, seorang istri dengan hati berbunga-bunga menanti suaminya yang hendak pulang dari kantor. Terbayang dibenak sang istri, mereka akan saling memeluk dan bertukar pikiran tentang apa yang telah terjadi siang hari. Sementara suaminya dikantor terkena marah dari atasannya, hal itu membuat shock dirinya. Sesampai di rumah, suaminya ditegur dengan mesranya oleh sang istri. 'Sayang, apa yang sedang terjadi? Ceritakan kepadaku untuk meringankan beban dihatimu.' Wajahnya terlihat kusut, lemah lunglai dengan nada kesal suaminya menjawab, 'Mengapa kamu harus berbicara setiap saat? Apa kamu nggak bisa diam? Aku sudah bosan, aku tidak ingin mendengarkan suaramu lagi.'

Sang istri terkejut dan terpukul, hatinya tergores dan membuatnya terluka. Tak terbayangkan betapa sakitnya apa yang telah diucapkan oleh suami yang dicintainya dengan sepenuh hati. Ia berjanji untuk tidak bicara lagi dengan suaminya, 'Suamiku tidak ingin mendengarkan suaraku lagi. Aku tidak akan berbicara dengannya lagi!' Ucapnya dalam hati. Hal itu berlangsung selama 30 tahun. Suaminya penuh penyesalan. Berulangkali ia meminta maaf namun luka hati sang istri tidak pernah sembuh. Pada saat suaminya sedang sakit keras, ia memohon agar istrinya memaafkan. 'Istriku, biarkan aku mati dengan tenang. Sekali saja ucapkan bahwa kamu telah memaafkanku.' Sang istri tidak berdaya. Ia tidak dapat lagi mengucapkan kata-kata.

Begitulah realitas kehidupan sehari-hari, hati kita mudah sekali terluka tetapi bila hati seluas samudra penuh kasih sayang tentunya luka hati akan cepat sembuh. Alangkah indahnya bila kita menghargai seseorang dengan setulus hati. Terkadang kita menghargai seseorang hanya setelah ia meninggal dunia. Kita turut berbelasungkawa dan pertemuan duka cita untuk mengenangnya. Mari kita berbuat sesuatu untuk mereka yang kita sayangi selama mereka masih hidup dengan meluaskan hati seluas samudra yang dipenuhi dengan kasih sayang dan membukakan pintu maaf bila orang yang kita sayangi melakukan kesalahan. Itulah yang disebut dengan mencintai dengan setulus hati.
---
Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan hidup kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 25:74).

Wassalam,
agussyafii

P/s: Kredit untuk agussyafii..

Thursday, January 13, 2011

Lawak - 20 Years Jail Term

A woman awakes during the night to find that her husband was not in their bed.

She puts on her robe and goes downstairs to look for him. She finds him sitting at the kitchen table with a hot cup of coffee.

He appears to be in deep thought, just staring at the wall.

She watches as he wipes a tear from his eye and takes a sip of his coffee.

"What's the matter, dear?" she whispers as she steps into the room.

"Why are you down here at this time of night?"

The husband looks up from his coffee.

"Do you remember twenty years ago when we were dating, and you were only 16?" he asks solemnly.

"Yes, I do," she replies.

The husband paused. The words were not coming easily.

"Do you remember when your father caught us in the back seat of my car?"

"Yes, I remember" said the wife, lowering herself into a chair beside him.

The husband continued. "Do you remember when he shoved the shotgun in my face and said,

"Either you marry my daughter, or I will send you to jail for twenty years?"

"I remember that, too" she replied softly.

He wiped another tear from his cheek and said, "I would have been out of jail today and a free man!"

p/s: Whatever you want to do, do it right.

Thursday, January 6, 2011

Lawak - Cium Nurse

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

:)

P/s: Kredit untuk penulis.