Saturday, September 18, 2010

Coretan - Aku, Lim dan Islam

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan. Kredit untuk penulis asal.

Friday, August 6, 2010

Aku Akui, Benar...

bukan semua yang kita impikan
bakal menjadi milik kita
katamu
juga kata mereka
aku akui, benar..

jodoh di tangan Tuhan
kita hanya mampu merancang
Dia jugalah penentu segala
katamu
juga kata mereka
aku akui, benar...

langit tidak selalu cerah
mendung dan hujan selalu menjengah
kita harus pasrah
katamu
juga kata mereka
aku akui, benar...

dan kataku..
impianmu beralih arah
makanya impian kita punah..
kehancuran kita yang kau rancang
sememangnya Tuhan makbulkan...
mendung dan hujan yang kau pinta
sudahnya aku yang derita...

dan ku akui, benar...

dollah w.h
shamelin
7/8/10
13:10

Coretan - Ketagih Facebook

“Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.

“Kejap, bang. Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni.” Jawab Aminah, sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,

“Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?” Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.

Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.

“Mama, tolong Amar buat karangan ni. ” Rayu Amar kepada ibunya, Aminah malam itu.

“Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang.” Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.

Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan. Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.

Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan menjawab status kawan2.

Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.

Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.

Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di bilik mereka atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri. Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.

Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri. Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga.

Ciri-ciri ketagihan facebook:

1. Tidak dapat berenggang dg. internet

2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.

3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,

4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline

5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv

6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.

7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.

8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.

9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.

10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.

Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.

Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.

" Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu. Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya."

Petikan: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2010/08/03/ketagihan-facebook/

P/s: Kredit untuk penulis.

Sunday, August 1, 2010

Segumpal Darah

segumpal darah bernama hati
luka terhiris
tersayat
pedihnya berbulan malah bertahun
parutnya mungkin berkurun
tidak tertanggung..

belati tajam yang diguna
ditempa sedemikian rupa
dari segala besi baja
hingga tiada kelibat ia
di mata..

lenggok tari pemain belati
seninya indah sekali
hingga tiada sedar
tanpa curiga
segumpal darah ini telah luka
dan pemain belati
tertawa...

dollah w.h
shamelin
1/8/10
21:50

Friday, July 30, 2010

Temubual Eksklusif bersama Karam Singh Walia

23 June 2010

1. Kami mempunyai Aduan Pelanggan namun apabila membuat pembandingan antara Aduan Rakyat dan Aduan Pelanggan, Aduan Rakyat lebih menyerlah dan memperlihatkan kaunter Aduan Pelanggan tidak berkesan?



Pelanggan juga merupakan pengguna kerana Aduan Rakyat seumpama serampang 3 mata, iaitu menjadi perantara di antara Kerajaan dan rakyat untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah yang mungkin terlepas pandang oleh Agensi dan juga Jabatan Kerajaan. Biasanya mereka yang membuat aduan ini sudah hauskan semua lapangan, tempat atau saluran untuk mendapat perhatian daripada pihak dan Agensi yang memikul amanat menyelesaikan masalah mereka. Namun apabila pengadu yang juga seorang yang di katakan pengguna tidak mempunyai apa-apa landasan mereka akan datang kepada kami dan kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi dengan cara win win situation iaitu kami menjadi pengantara di antara pengadu atau masalah itu dengan Agensi ataupun Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang saya tidak faham, di mana kadang-kadang masalah yang sudah berlanjutan sehingga 30 tahun ,40 tahun, 50 tahun dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dalam masa sehari, dua hari , setengah hari pun ada dengan membawa orang yang paling atas sekali dalam Agensi itu turun padang dan ini yang saya katakan dan juga apa yang di katakana Y.B Dato’Seri Najib, Time to Walk the Talk , Time to take a walk around the town yang tidak dilakukan oleh kebanyakkan ketua-ketua Jabatan. Contohnya, saya baru balik daripada Cameron Highland dan kalau anda telah lihat laporan yang terbaru di Aduan Rakyat pada Rabu lepas iaitu Jalan Persekutuan yang baru sedang dibina bermula daripada Pos Bertap, Kuala Lipis ke Lambah Ketam, pembinaan masih dijalankan namun sudah ada tindakan ataupun aktiviti land grabbing yang dilakukan oleh pekebun sayur yang masih lagi rakus.

Apa yang berlaku adalah kontraktor jalan atau projek pakej 4 ini yang menelan belanja RM 192 Juta, iaitu duit kerajaan duit rakyat telah tergendala kerana kontraktor sudah tidak mampu lagi membina sistem pemparitan kerana tanah di tepi-tepi itu telah dirampas yang merupakan tanah kerajaan dengan mendirikan struktur bangunan haram, kedai-kedai, premis perniagaan, rumah plastik untuk metigasi dan sebagainya. Kembali kepada persoalan saya tadi di mana adanya penguatkuasaan undang-undang dan kita mempunyai banyak undang-undang yang cukup. Kita tidak memerlukan undang-undang yang baru, namun apa yang kita perlukan adalah tindakan iaitu tindakan yang sepenuhnya bukannya tindakan terpilih di mana terdapat banyak tempat yang telah saya pergi dan biasanya tindakan yang dijalankan itu adalah merupakan tindakan memilih atau cari bulu dan di sinilah pengadu mula mempersoalkan kenapa di sana boleh di sini tidak boleh, kita memerlukan satu tindakan yang tetap untuk semua orang tidak kira sama ada jabatan-jabatan kerajaan, swasta mahupun individu.

2. Tapi En. Karam tidakkah merasakan bahawa Aduan Rakyat telah memberi satu gambaran yang begitu teruk kepada Pihak Kerajaan walaupun ianya tidak semua. Tetapi tidakkah apabila Aduan Rakyat menghubungi, menyerbu, serta berjumpa dengan pegawai daerah yang kononnya tidak membuat kerja tidakkah merasakan bahawa sedikit sebanyak memberi impak yang negatif kepada image kerajaan dan adakah ia selari dengan rakyat diutamakan ?

Memang saya tidak dapat nafikan kerana bagi diri saya dan juga Pasukan Aduan Rakyat, kami mengikut premis iaitu ‘berani kerana benar’ dan ‘siapa makan cili dialah terasa pedas’ apa yang kami lakukan di sini ialah menjunjung amanat kerajaan iaitu rakyat di dahulukan. Di sini kami menjunjung amanat kerajaan dan juga slogan kerajaan iaitu rakyat di dahulukan dan di sinilah kami menjalankan kerja tanpa membawa masuk ahli politik. Kebanyakkan masalah boleh di selesaikan oleh ahli politik tetapi kenapa masalah ini berlarutan sehingga 10 tahun 50 tahun dan apabila Pasukan Aduan Rakyat masuk tidak sampai sehari mahupun seminggu paling lama seminggu masalah dapat diselesaikan .



3. Apakah sebabnya En.Karam menganggap bahawa rakyat lebih berminat membuat aduan kepada Aduan Rakyat daripada pergi ke Kaunter Aduan Pelanggan. Adakah kerana pengaruh televisyen lebih daripada kita menerima aduan bertulis dan mengambil tindakan kerana bagi rakyat tindakan yang dilakukan oleh Aduan Pelanggan lambat berbanding dengan Aduan Rakyat. Jadi apakah pendapat En.Karam?

Saya melihat ianya satu karenah birokrasi di dalam jabatan-jabatan kerajaan yang melambatkan tindakan yang bakal diambil, tetapi bagi Pasukan Aduan Rakyat kami turun padang serta merta. Kami melihat kepada kedua-dua belah pihak, pihak pengadu dan juga pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini, dan di sinilah kami membawa kedua-dua pihak ini secara muzakarah duduk semeja, bincang bagaimana ia dapat diselesaikan dan kenapa masalah ini sekian lama tidak dapat diselesaikan, apakah batasan-batasan, adakah mungkin tidak ada peruntukan dan sebagainya. Kalau tidak ada peruntukan, itu bukan alasan kerana sudah 20 tahun masih tiada peruntukan adalah mustahil. Kalau tahun ini tidak ada peruntukan ia boleh dimasukkan ke dalam belanjawan tahun depan. Tapi adakah ini dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan mahupun adun, mahupun ahli parlimen kawasan tersebut dan di sinilah rakyat mempersoalkan apakah kita ini terpinggir, tiap-tiap kali pilihan raya barulah dijanjikan ini itu dan sebagainya.

Kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu siapakah ahli adun mereka ataupun ahli parlimen mereka kerana mereka ini tidak pernah menjenguk kawasan mereka. Adakah mungkin rakyat sebagai pembayar cukai ini tidak berhak menuntut hak mereka sebagai pengguna? dan disini Aduan Rakyat memainkan peranan yang cukup penting apabila kita membawa masalah mereka ini ketengah dan mengatakan kemudahan asas contohnya yang selalu menjadi keutamaan ialah kemudahan asas seperti jalan, jalan kampung, penurapan jalan, bekalan air yang bersih dan selamat, bekalan elektrik, kawasan riadah untuk kanak-kanak dan sebagainya. Jadi apakah kemudahan asas ini tidak penting mungkin bagi pihak pembandaran yang hanya mementingkan pembangunan dalam usaha mengikis seberapa banyak cukai pintu yang mereka hendak. Sudah tiba masanya dimana kita perlu ’berfikir diluar kotak’ , apabila kita lihat daripada luar apakah kualiti hidup kita, kita kerja dari pagi sampai petang apabila kita balik ke rumah kesesakan lalu lintas sini kesesakan lalu lintas sana, balik daripada pejabat lagi tekanan badan kita, balik rumah kalau ada sedikit gangguan dalam rumah kita dah mula menengking anak kita, suami kita, isteri kita dan sebagainya.

Jadi di manakah arah kita walaupun gaji bertambah setiap tahun namun kualiti hidup kita, adakah ia semakin baik ataupun semakin pudar dan disini rakyat persoalkan dimana letaknya batas-batas tertentu. Cukuplah dengan semua ini, sekarang kita memerlukan kawasan hijau, tempat bermain untuk anak-anak kita, dan tempat untuk riadah. Itulah sebabnya sekarang kita ada remaja yang kena tembak, dan macam-macam lagi kerana mereka tidak ada tempat untuk lepak, main bola sepak, main bola tampar, dan sebagainya atau bola keranjang. Dimanakah tempat riadah awam , padang milik orang ramai?, sekarang kita buat kondominium, beratus-ratus unit tapi dimana kawasan riadah adakah pemaju menyediakan padang bola sepak ataupun tempat bermain futsal. Remaja ada tenaga, mereka memerlukan tempat untuk melepaskan tenaga yang mereka ada dan apabila tidak ada tempat mereka mulalah berkumpul, usik gadis-gadis dan sebagainya ataupun mulalah berjinak dengan dadah serta kegiatan kurang sihat dan sebagainya. Jadi sebab itulah kita memerlukan keadilan sosial, begitu juga dengan environment justice , kita hanya tidak boleh memikirkan tentang keuntungan semata-mata, kita juga perlu lihat kepada diri kesejahteraan hidup, ada tak rakyat kita ini hidup secara sejahtera tanpa ada faktor tekanan dan sebagainya ataupun kita kurangkan faktor tekanan dan kemasukan kebanjiran pekerja asing.

Sekarang ini dah melampau banyak aduan yang kita terima bahawa kawasan-kawasan penempatan orang kita, rakyat Malaysia, kadang-kadang mereka kuatir mereka bimbang nak keluar pada waktu malam kerana takut diragut, takut di usik oleh warga Pak hitam dan sebagainya dan kalau kita masih lagi nak butakan mata kita sendiri dan berpura-pura seolah-olah masalah ini akan selesai sendiri, ia takkan selesai. Harapan rakyat kita ialah ingin melihat apa yang kerajaan buat bagi mengatasi masalah kebanjiran, kemasukan warga asing ke negara kita dan bukan sahaja mereka datang untuk kerja di sini malah juga bergiat aktif dalam kegiatan jenayah, bukan itu sahaja mereka merampas hak ekonomi penduduk tempatan dengan membuka kedai, tempat perniagaaan dan sebagainya dengan pelbagai jenis alasan dan di sinilah berlakunya unsur apa yang saya katakan ’musang berbulu ayam’ dimana ada elemen korupsi.

Pernah saya bercakap, pernah saya berbual dengan warga asing ini mereka kata mereka bayar setiap bulan ada orang yang datang ambik dan ini yang berlaku, ini adalah fakta, fakta setiap hari dan Aduan Rakyat terpaksa berhadapan bermuka dengan realiti hidup underground dan pasukan saya Aduan Rakyat ialah satu pasukan yang bukan hanya membantu kerajaan, kita juga membantu EPU dalam merancang belanjawan untuk pembangunan setiap tahun contohnya apakah jenis-jenis masalah dalam setiap tahun yang dihadapi oleh Aduan Rakyat jadi kita akan senaraikan, kita akan buat analisa, tentang aduan tergolong dalam masalah jenis apa, adakah ia berkenaan jenis air, bekalan elektrik, tiada jalan dan sebagainya. Kami akan bawakan analisis kami kepada EPU dan EPU akan lihat banyaknya masalah yang diterima daripada Aduan Rakyat dan mereka akan buat analisa sendiri di kawasan pendalaman manakah yang masih lagi tiada jalan dan sebagainya. Jadi mereka akan dapat peruntukan untuk cadangan pembangunan pada tahun depan atau tahun selepasnya dan tahun seterusnya. Kami juga akan membuat kajian untuk merancang pelan pembangunan untuk rakyat.

4. Tapi tidakkah Aduan Rakyat seperti berat sebelah, ia cuma fokus pada apa yang tidak dibuat oleh kerajaan kepada rakyat tetapi bagaimana pula rakyat kepada kerajaan contohnya vendalisme adalah rakyat kepada rakyat jadi adakah itu tidak boleh diketogorikan dibawah Aduan Rakyat dan selama ini Aduan Rakyat lebih fokus kepada peranan jabatan kerajaan kepada rakyatnya tetapi rakyat kepada kerajaaan pula macam mana?

Satu soalan yang bagus, kita kena ingat bahawa nama atau program ini bertajuk Aduan Rakyat bukannya Aduan Kerajaan. Kami fokus kepada rakyat bukannya fokus kepada kerajaan kerana kerajaan mempunyai pelbagai jenis jabatan untuk melihat kepada perlaksanaan dasar-dasar mereka sendiri, kalau tidak apa gunanya kami menjadi televisyen swasta. Selalunya apabila kami menerima aduan contoh apabila saya terima sesuatu aduan saya akan tanya kepada pengadu sudahkah anda melaporkan kepada pihak berwajib, mereka kata ya dan saya akan minta kalau di Lembah Klang ini saya akan minta nombor aduan mereka dan biasanya mereka ada nombor aduan dan saya akan hubungi sendiri berdasarkan nombor aduan itu kepada pihak pembandaran tersebut contohnya Majlis Pembandaran Selayang ataupun Majlis Pembandaran Klang dan mereka akan mengesahkan bahawa aduan telah diterima tetapi masih belum lagi ada tindakan.

Ini yang saya maksudkan yang mereka sudah mengadu dan mereka menunggu, namun sampai bila, ini yang saya mempersoalkan tunggu sampai birokrasi tiada dan sebagainya.

Mereka lambat bertindak bila kita hubungi pegawai berada dalam mesyuarat, pergi kursus jadi dari segi pembahagian kuasa itu tidak ada. Rakyat yang dibawah itu masih lagi merana begitu juga dengan orang yang membuat pengaduan, di sinilah kami masuk terus menerus dan dapat menyelesaikan perkara itu kerana kami tidak perlukan pengarah tersebut kalau dia tidak ada kita bawa Ketua Pengarah turun padang, biasanya dalam peperangan kami berurusan dengan general kami tidak mahu guna sarjan-sarjan kerana sarjan tidak ada kuasa untuk membuat keputusan Ketua Pengarah ada Menteri ada dan kami selalu berurusan dengan Menteri sama ada Menteri ataupun Ketua Pengarah di Peringkat Negeri. Kalau tidak ada di peringkat negeri kami Ketua Pengarah peringkat persekutuan dan kami cuba mendapatkan penyelesaian yang baik, seperti yang saya katakan win win situation tapi kebanyakkan masa, kami cuba membawa kedua-dua pihak dan dalam kebanyakkan kes saya akan berikan kredit kepada jabatan dan sudah tersebut banyak kali anda telah dengar yang saya laporkan syabas kepada majlis perbandaran.

Banyak kali saya katakan terima kasih yang teramat dan itulah yang kami lakukan bagi mereka yang memberi sumbangan. Kami berterima kasih pada pihak tertentu kerana membantu kami bukan sahaja mambantu kami tetapi membantu rakyat menyelesaikan masalah tersebut. Hanya kalau ada kes-kes tertentu dimana ada pengarah atau ketua jabatan yang ego yang mempunyai sikap kasar atau tidak mahu berjumpa dengan kami dan sebagainya barulah kami akan go all out dan orang-orang seperti ini pada pendapat peribadi saya sepatutnya dikeluarkan daripada jabatan tersebut kerana orang seperti inilah yang menjejaskan nama baik perkhidmatan awam. Kalau mereka tidak mahu memikul tanggungjawab tersebut dan hanya mahu duduk di atas kerusi di dalam pejabat berhawa dingin dengan komputer mereka, baca surat khabar, minum kopi dan ada setiausaha. Saya rasa mereka adalah orang yang salah untuk kerja ini, kita memerlukan mereka yang selalu mengambil tindakan , kita memerlukan mereka yang mesra rakyat. Kita memerlukan mereka yang boleh membuat perancangan dengan pantas.

5. Dahulu En.Karam fokus kepada Alam Sekitar dan sekarang kepada Aduan Rakyat kita boleh melihat perubahan itu, adakah kerana TV3 melihat bahawa slogan 1 Malaysia di mana ‘Rakyat di dahulukan percapaian diutamakan’ , adakah ia seolah-olah mengkomersialkan kerana ia mempunyai nilai komersial?

Tidak ada, asasnya Aduan Rakyat ini dibina berdasarkan saya, berdasarkan kreadibiliti saya sebagai wartawan alam sekitar dan saya mula berkecimpung dalam bidang ini dengan berjinak dengan sampah dengan kes-kes kotor yang wartawan lain tidak mahu, saya masuk ke dalam longkang, parit tempat yang kotor, lalat dan sebagainya. Sudah 15 tahun dan berjaya menyelesaikan pelbagai jenis masalah di banyak tempat di kota raya ada antaranya di pembandaran, di luar bandar dan sebagainya. Termasuklah di Kelantan dengan Tok Guru dan saya rasa saya telah bina kredibiliti saya sendiri dalam mata masyarakat dan saya rasa rakyat percayakan saya bila mereka melihat saya dan kita perlu membina keyakinan ini sendiri, apabila mereka melihat Karam Singh Walia mereka kata ‘this is my man kerana dia dengan apa yang kita cakap dia dengar rintihan kita dan dia juga dapat menyelesaikan masalah kita’ dan di sinilah saya mula membina kredibiliti saya sedikit demi sedikit sehingga pihak pengurusan TV3 telah melihatkannya sebagai satu jenama, satu jenama yang berjaya yang dapat mendampingi rakyat biasa di mana di Jom Heboh mereka datang melihat dengan mata sendiri.

Pernah bekas pengerusi kita mengatakan ‘Karam awak macam wakil rakyat untuk TV3 di mana awak pergi pun orang ramai akan datang selalu mereka tengok awak mereka akan mengadu kepada awak’ tetapi asasnya Aduan Rakyat di bina berasaskan saya and saya ada keistimewaan memilih pasukan saya sendiri dan pasukan ini masih muda. And this is got nothing to do with 1 Malaysia. Aduan Rakyat initiada konsep 1 Malaysia ataupun Rakyat didahuylukan tidak kerana kita sememangnya dah lama, dah 15 tahun saya mengdahulukan rakyat dan ini merupakan masa yang amat lama dan saya perlu berjuang di dalam TV3 dan juga di luar TV3.

6. Agaknyalah macam manalah kalau En. Karam mencalonkan diri sebagai calon bebas ada potensi menang ?

Ada kisah lucu dan ada kisah benar , kisah lucunya ialah semasa pilihan raya kecil Ulu Selangor, seminggu sebelum pilihan raya tersebut saya menerima sms daripada PKR Selangor bertanyakan tentang khabar angin bahawa saya akan dicalonkan sebagai calon BN untuk Ulu Selangor dan mereka merayu kepada diri saya dalam sms tersebut agar saya tidak bertanding supaya saya berkecuali dan merteka menghormati saya, mereka kata di PKR pun mereka think very highly of me dan saya bertanya di mana mereka mendengar khabar angin ini dan saya boleh mengatakan bahawa saya bukan ahli mana-mana parti politik sehingga hari ini namun saya adalah seorang penyokong kuat BN.

I told u what ever it is when the time come for me to cross that bridge I will look at it. Keesokkan serta hari-hari selepas itu banyak sms yang saya terima daripada kawan daripada datuk-datuk kata mereka mendengar khabar angin bahawa saya akan bertanding sebagai calon Ulu Selangor dan saya terkejut, saya tunjukkan sms berkenaan kepada bos saya dan bos saya pun ketawa. Itu satu kisah, dan kisah yang betul ialah pada tahun 2004 di mana saya telah ditanya oleh Pak Lah adakah saya nak bertanding ataupun tidak dan itu ditanyakan olehnya sendiri semasa melawat Sri Pentas. Saya telah memaklumkan bahawa ini bukanlah lapangan saya, saya langsung tidak berminat dalam arena politik dan biarlah saya menjadi mata dan telinga untuk kerajaan dan bebas untuk melakukan apa yang saya lakukan dalam masa 15 tahun ini.

7. En. Karam kata diri Encik sebagai mata dan telinga tetapi orang lain terutamanya Pegawai Kerajaan takut kerana ini seolah-olah mengacau. Apa yang En. Karam rasa kerana kadang-kadang kita rasa kita berbuat baik tetapi orang tengok sebaliknya?

Seperti yang saya katakan tadi berani kerana benar dan dalam banyak syarahan saya pun di peringkat-peringkat tertentu di universiti dan sebagainya, dan baru-baru ini di Institut Intigriti Malaysia pun saya bagi syarahan. Saya telah mengatakan bahawa kita tidak perlu takut kepada sesiapa hanya perlu takut kepada tuhan kerana bila kita pegang kepada akidah kita, kuat tiada sebarang kuasa boleh memaksa kita menyeleweng dan kebenaran itu mesti di beritahu, apa itu kebenaran white is white black is black.

Kalau saya perlu mengatakan sesuatu yang mungkin boleh menjejaskan kerajaan, saya sudah banyak kali buat dalam cerita yang saya laporkan dan saya selalu bagi tahu kepada bos saya yang inilah yang saya dapat inilah yang telah saya kaji berdasarkan kepada kajian saya dan inilah cerita saya, saya sudah lakukan tugas saya dan jika mahukan cerita ini ia boleh disiarkan dan jika mahu mengubahnya ia juga terpulang kerana awak adalah ketua tapi bagi diri saya, saya tidak rasa bersalah, tidak rasa kesal, semuanya dalam input saya ada dalam cerita, bagaimana cerita ini dihasilakn atau keluar Buletin Utama terpulang kepada bos-bos saya dan ada juga beberapa kali di mana cerita itu walaupun dipuji oleh bos saya tetapi tidak ke udara kerana amat sensitif.

Pernah berlaku juga cerita-cerita saya masuk dalam apa yang saya panggil peti ais dan awak tahu ia mengenai apa kerana ia menyentuh tentang kegiatan haram orang ternama dan apabila keluar, apa yang berlaku ialah tape-tape ini akan diberikan kepada pihak tertentu, ada pihak yang tertentu akan datang ke Sri Pentas untuk melihat visual dan mereka akan ambil keterangan dan sebagainya daripada saya dan tape akan diserahkan kepada pihak terbabit untuk saya diberitahu sebagai tindakan dalaman yang diambil tanpa ianya diwar-warkan oleh mana-mana media khasnya TV3.

Mereka takut melihat saya dan sebagainya, saya melontar balik persoalan itu, kenapa takut kenapa bimbang adakah sesuatu yang hendak disembunyikan kerana kalau anda buat kerja dengan amanah, jujur, ikhlas, dan tatasusila yang telah diberikan oleh kerajaan seperti yang Dato’Seri Najib mengatakan ‘Do it with your hearth and u have nothing to fear not even setan can come close to u if u are doing your job honestly’ dan ini yang saya cuba terapkan di dalam kerja-kerja saya dan juga di dalam pasukan saya di Aduan Rakyat lakukan dengan betul ataupun tak perlu lakukannya langsung, lakukan dengan kesabaran, lakukan dengan minat, lakukan dengan kasih sayang yang datang daripada hati .




Kerana apabila kita melakukan sesuatu kita melaksanakan sesuatu tugas itu, ia nampak seperti ianya bukan suatu tugas lagi tetapi ianya adalah suatu tanggungjawab sesuatu minat yang kita suka buat itulah sebab kalau kita tengok ramai yang tidak tahu tetapi pekerja saya tahu, masuk sini pukul 9 pagi balik rumah 11.30 malam. Siapa yang sangguh melakukan kerja seperti ini dan bolehlah tanya pengawal di luar kerana sampai pukul 3 pagi pun pernah. Hal ini kerana kami mencari jalan penyelesaian menerusi internet, kami cuba memahami permasalahan yang berlaku dan kami melihat kepada peruntukan yang ada.

Saya perlu pergi ke parlimen untuk melihat apa yang yang telah diceritakan supaya saya boleh gunakan bukti-bukti ini di dalam laporan saya dan apabila saya turun ke padang nanti orang yang saya jumpa akan tahu bahawa saya datanag dengan persediaan dan pengetahuan yang cukup. Walaupun saya berbual dengan saintis saya akan pastikan dia adalah saintis lapangan apa, bidang apa jadi saya akan memikul tanggungjawab mencari segala maklumat menerusi internet untuk menyesuaikan diri saya dengan pengetahuan bila saya berhadapan dengan saitis itu atau sesiapa pun kami boleh bercakap mengenai pelbagai subjek yang mereka cuburi dan saya boleh memahami istilah yang mereka gunakan.

8. Aduan Rakyat yang tidak ditangani sebaiknya bolehkan mengancam keselamatan negara, bagaimana, dari segi mana ?

Keselamatan negara banyak aspek dari aspek apa. Kalau kita lihat dari pekerja asing contohnya, ia boleh mengugat kerana baru-baru ini stadium negara, mereka datang untuk menyokong pasukan badminton tetapi datang dengan parang, pisau,dan macam-macam. Apakah pekerja asing dah begitu berani dan mereka telah mengambil alih dan merampas hak milik penduduk tempatan. Ini satu aspek dan kalau kita tengok kes-kes dadah sekarang ini banyak yang kita tangkap, kes orang hilang dan sebagainya ia menggugat dan kedua kita lihat apabila pencerobohan tanah kerajaan berlaku dengan skala yang begitu besar sekali contohnya Cameron Highland, ini cerita benar saya balik dari Cameron Highland dengan selaran matahari, saya pun terperanjat yang saya kena selaran matahari di Cameron Highland.

Untuk kepastian saya telah berjumpa dengan doktor di sini Dr Suraya dan beliau telah sahkan bahawa ianya adalah selaran matahari. Jadi apakah yang berlaku sekarang ini adakah ini tidak menggugat Cameron yang merupakan tanah tinggi yang begitu penting dari segi ekonomi dan pelancongan kepada negara untuk pelancongan, sumber pertanian dan sebagainya. Saya juga telah diberitahu oleh kawan saya yang bekerja disana di stesen metrologi bahawa suhu Cameron Highland sudah naik 2 darjah dan ini amat merbahaya dan daripada 116 sungai di kawasan tadahan air ini , Cameron Highland adalah kawasan tadahan air yang paling penting di Malaysia. 116 sungai dari sini mengalir ke 3 buah negeri iaitu di Perak, Pahang dan Selangor dan daripada 116 sungai ini hanya 10 sungai sahaja di mana air masih lagi boleh di ambil untuk kegunaan harian dan apa yang terjadi kepada sungai-sungai yang lain kerana tidak boleh dipakai langsung kerana masalah pencemaran, masalah bahan kimia masalah kelodak dan sebagainya.

Hal ini boleh mengugat keselamatan negara kerana keesokkan hari di mana kita hendak mendapatkan bekalan air dan apa yang saya lihat kalau kita tidak mengambil tindakan segera, kalau kita tidak merancang, kita tidak menguatkuasakan undang-undang kita, tidak memperbaharui undang-undang lama yang hanya mempunyai denda RM 500.00, RM 200.00. Contohnya menceroboh tanah kerajaan di Cameron Highland kalau di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 dendanya hanya RM10,000.00 dan denda RM 10,000.00 itu sejak 1965 kalau pada tahun 1965 RM10,000.00 memang susah orang nak bayar, orang fikir 100 kali bila hendak buat tapi sekarang RM 10,000.00 macam duit kecil dalam poket yang sepatutnya di naikkan kepada 1 juta. Aliran undang-undang, aliran akta ini kena ikut edaran semasa edaran kemampuan untuk membayar penjenayah, membayar denda dan sebagainya. Hukuman setahun penjara kalau menceroboh tanah kerajaan sehingga hari ini belum ada seorang pun penjenayah Alam Sekitar dipenjarakan sehari walaupun satu jam so undang-undang ada kenapa hakim kita kita takut ataupun was-was untuk menguatkuasakan undang-undang itu sepenuhnya kerana mereka ini yang telah diberikan kuasa sebagai hakim tidak menggunakan kuasa sepenuhnya.

Macam mana kita hendak mendedahkan permasalahan kepada masyarakat untuk menyedarkan orang ramai bahawa bila anda ditangkap inilah akibat yang akan berlaku, penjara tidak kurang dari 10 tahun baru mereka akan takut namun sehingga hari ini adakah undang-undang ini Akta Kanun Tanah Negara ini pernah memenjara sesiapa pun, saya berani mengatakan tidak ada seorang pun telah dipenjarakan walaupun sehari dibawah akta tersebut tetapi akta itu duduk meriah diatas sana dan denda masih lagi sama tidak tukar daripada tahun 1965 lagi. Itulah jenayah alam sekitar ini berleluasa di Cameron Highland, pencerobohan tanah kerajaan, penggondolan bukit, sungai-sungai tercemar dan sebagainya, jadi bilakah ini semua akan berakhir. Kita hendak salahkan siapa disini kenapa orang kerajaan tidak melaksanakan tugas mereka. Mereka tidak nampakkah keseriusan yang sedang berlaku kepada tanah di negara kita, habis gondol, habis botak, mana esok bekalan air untuk anak-anak kita , di mana kita hendak cari. Sekarang ini ada pemanasan global di sekitar kita, sungai-sungai kita akan kering dan sebagainya saya pernah tengok di Sabah contohnya di Sekudat, sungai telah kering habis tinggal batu sahaja kat bawah. Masyarakat sedang sengsara.



9. Rating sesuatu program itu di anggap berjaya di sebabkan rating , tapi saya percaya di penghujungnya nanti isu yang sama yang akan di siarkan semula, namun rakyat mempunyai kehendak yang tinggi dan cerita itu sentiasa lain dari yang lain adakah En.Karam berfikir yang Aduan Rakyat akan ada penghujungnya juga suatu hari nanti?

Selagi ada pembangunan selagi itu akan ada aduan, ianya cerita yang tiada penghujungnya. Selagi ada pembangunan selagi sesuatu kawasan di bangunkan menjadi semakin besar, semakin mampat, semakin bertambah penduduknya sehingga itulah Aduan Rakyat masih lagi relevan dan kami tidak lihat dengan memperbesarkan perkhidmatan kerajaan dan sebagainya. Sekarang ini sudah mencecah 1.2 juta penjawat Awam dan saya rasa kita adalah di antara Penjawat Awam terbesar di Asia kalau kita bandingkan kenapa kita perlukan begitu ramai Penjawat Awam, kenapa? Kenapa kita tidak boleh mengurangkan tetapi meningkatkan tahap kecekapan mereka. Kita melihat kepada tahap yang berbeza kenapa bila kita masuk ke Pejabat pukul 8 masih lagi ada kaunter yang kosong bila tanya kena tunggu sampai 8.15 pagi baru ada orang datang dengan kerusi dan duduk ‘Ya, Encik macam mana saya boleh bantu anda’.

Kenapa kena 8.15 pagi kenapa tidak tepat pada pukul 8.00 pagi kerana mereka perlu melayan orang yang datang. Tapi orang kena menunggu kerana masih lagi ada di kafetaria makan sarapan dan pukul 10 pagi tea time kalau kita tengok dalam akta kerajaan mana ada tea time. Tetapi kita membuat peraturan sendiri dengan mengatakan tea time antara pukul 10.00 hingga 10.30 dan semua orang hilang jadi orang yang datang untuk perkhidmatan kaunter perlu menunggu lagi dan bila nampak ada barisan yang panjang masih lagi ada kaunter yang tutup kenapa tidak menambahkan pekerja untuk membuka kaunter. Kita perlu menjadi lebih prihatin dan sensitif, pegawai yang duduk di dalam itu setiap setengah jam atau sejam keluar melihat keadaan diluar. Jika kita lihat di kuanter imigresen atau kastam ianya berlaku perkara yang sama, hari itu bila saya hendak pergi ke Sabah saya telefon pihak pengurusan di MAS kaunter saya cakap ‘bolehkan awak tengok barisan ini berapa lama dan ada berapa kaunter yang tutup’, tetapi dia kata belum sampai masa untuk buka lagi, dan saya jawab ‘awak tangok masa ke atau awak tengok barisan yang panjang yang mana satu’.

Jadi persoalan macam ini kita kena lihat kerana kita panggil diri kita pengguna dan kita panggil diri kita mesra rakyat tetapi apabila sampai masanya seperti Dato’Seri Najib berkata Walk the Talk, jangan terlampau bergantung sepenuhnya dengan peraturan, undang-undang, arahan dan sebagainya. Contohnya kita ada garis panduan untuk Cameron Highland, jika ada garis panduan mengenai pembangunan tanah tinggi dan pulau-pulau di kabinet namun garis panduan tinggal garis panduan jadi pekebun sayur di Cameron Highland ini anggap garis panduan ini hanya garis panduan sahaja hendak ikut boleh kalau tidak hendak ikut tidak apa kerana itu bukan Akta dan ia bukan undang-undang. Kalau nak dakwanya dalam mahkamah hakim akan tanya ini garis panduan bukan undang-undang, contohnya kita ada garis panduan di sekolah anda digalakkan memakai kasut serba putih tetapi ada orang yang pakai ada garis biru sikit hitam sikit jadi pengawas akan menegur yang itu bukan putih namun ia salah kerana anda digalakkan. Jadi inilah yang saya maksudkan, macam mana kita nak lakukan benda yang kita selalu lakukan, bukan dalam masa yang sekarang ini kerana saya tengok Penjawat Awam kita ini semakin membesar dan apabila kita bawa mereka turun padang alasan sama yang diberikan kepada kita tidak cukup kakitangan.

Masih lagi tidak cukup kakitangan dan apa perlunya kita ada begitu banyak kementerian. Saya bagi satu contoh yang baik apabila kita menguruskan masalah pencemaran sungai dan apabila kita tengok sungai sahaja kita tahun ini adalah dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan jabatan ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan saya pernah bertanya Ketua Pengarahnya iaitu Datuk Faizul, bekas Ketua Pengarah saya kata kalau saya bawa Datuk ke tepi Sungai dan saya bawa satu lori kecil dan 3 tong drum besar 44 galen diesel terpakai saya tuang di depan mata Datuk apa yang datuk boleh buat. Dia Ketua pengarah jawapannya ‘saya hanya boleh melihat dan panggil pihak berkuasa tempatan datang atau Jabatan Alam Sekitar’, jadi saya tanya dia balik kalau ada pekerjanya disana bolehkah mereka tangkap saya, dia berkata tidak boleh kerana tidak ada kuasa mengangkap. Jadi apa gunanya kita meletak penjagaan sungai ini dibawah JPS manakala bidang menguatkuasakan undang-undang seperti menangkap, membawa ke mahkamah, mendakwa dan sebagainya di tangan Jabatan Alam Sekitar atau pihak berkuasa tempatan. Jadi bercanggah, bertindih undang-undang kenapa kita perlukan 3 Jabatan, kenapa Jabatan Pengaliran dan Saliran ini tidak boleh diberikan kuasa satu pusat, kalau jaga sungai kena jaga semuanya dengan kuasa untuk menangkap, mendakwa dan sebagainya. Kenapa kita perlukan 3 cabang jadi ini yang selalu saya tanya kenapa kita perlu bayar lebih, pekerja bertambah jadi esok bila kita menghadapi apa-apa masalah rakyat pun senang.

Mereka tahu mereka perlu pergi ke Jabatan Penyaliran dan Saliran sahaja. Tapi ini apa yang berlaku bila kita pergi ke sesuatu tempat aduan dia kata ‘mintak maaf Encik kita terima aduan itu tapi kita akan panjangkan kepada Jabatan yang bertanggungjawab’, rakyat pun keliru kerana sungai di bawah jabatan JPS, namun penguatkuasaan ini dibawah Alam Sekitar tapi bila pergi ke Jabatan Alam Sekitar, mereka memaklumkan hanya menguruskan pencemaran sahaja seperti pencemaran yang serius, toksik dan perlu pergi kepada pihak berkuasa tempatan contohnya Majlis Pembandaran dan sebagainya. Pengadu ini di ibaratkan sebagai bola di tendang ke hulu ke hilir dan sebagainya dan akhirnya mereka akan kecewa dan datang kepada kami dan kami cuba menyelesaikan masalah berkenaan.

10. Jadi apakah kata-kata terakhir kepada penguasa, sektor kerajaan, dan sebaginya mewakili rakyat yang selalu menghubungi dan mengadu kepada Aduan Rakyat?

Memang 15 tahun ini terdapat banyak petunjuk dan pengajaran kepada saya dan ia telah memberikan satu kekuatan, kekuatan yang senyap kepada saya, saya sudah tengok segala-galanya dan masih lagi saya tidak berpuas hati dengan tahap kecekapan jabatan-jabatan, agensi-agensi dan sebagainya. Permintaan saya hanyalah satu sahaja iaitu pikullah tanggungjawab yang telah di berikan pikul dengan rasa penuh tanggungjawab, lakukannya jangan ingat kepada kesenangan, jangan ingat kepada keselesaan sendiri kerana anda telah memilih untuk menjadi seorang kakitangan kerajaan. Mereka kena hayati apa maksudnya kakitangan kerajaan, bermakna rakyat di dahulukan bukan mereka. Mereka kena turun padang itu yang saya minta, turun padang dan melihat sendiri masalah atau isu-isu yang luas terbentang di lapangan, selagi mereka tidak turun padang selagi itulah mereka tidak akan memahami kesulitan, kesempitan, rintihan hidup rakyat diluar itu, apa salahnya gulung seluar masuk dalam kotor, lihat sendiri.

Tapi tidak mereka datang dengan kereta besar daripada luar mereka cuma tengok, bawa kamera 1 atau 2 kamera ambik gambar kemudian balik dan itulah pengabisan ceritanya. Pihak pengadu tidak akan mendengar apa-apa pun dari jabatan berkenaan ataupun mereka akan menerima satu surat dan mengatakan terima kasih di atas aduan anda dan kita akan memanjangkan aduan anda kepada pihak yang bertanggungjawab atau pihak yang berkaitan dan itulah pengakhiran semuanya. Jadi, mereka yang membuat aduan itu terpinga-pinga bilakah aduan ini akan selesai dan adakah hendak tunggu sampai ada bencana, hendak tunggu sampai ada nyawa yang melayang atau nak tunggu sampai orang yang mengadu itu meninggal dunia.

Pernah berlaku, 50 tahun mengadu sejak merdeka barulah bila saya turun padang dapat selesaikan masalah ini masalah kerakyatan, itupun terima kasih kepada Dato’ Seri Hishammuddin yang telah mempercepatkan proses kerakyatan ini kalau tidak saya rasa dia akan meninggal dunia tanpa menjadi rakyat negara ini dan akhir kata saya hanya hendak menyampaikan sedikit amanat kepada mereka yang dipertanggungjawabk an dengan amanat kerajaan. Jangan takut dengan mereka yang akan cuba menghalang anda daripada melaksanakan tanggungjwab ini kerana ada ramai di luar sana hanya memikirkan tentang habuan tanpa memikirkan tentang kesejahteraan rakyat dan juga alam sekitar kita perlu ingat bahawa kita kena lihat daripada sekarang 15 tahun atau 20 tahun ke depan kita kena lihat adakah negara ini akan masih sejahtera untuk anak-anak kita untuk cucu cicit kita dan sebagainya apakah yang akan kita tinggalkan kepada mereka, jangan sampai kita di sumpah mereka kerana telah mengotori negara mereka, telah mengotori kawasan di mana mereka hendak duduk tidak ada apa-apa sumber lagi sampai bakalan air minuman pun setiap hari kena beli dari pasar raya dan sebagainya. Kita adalah satu negara yang di rahmati tuhan sumber yang begitu banyak sekali tetapi di persia-siakan. Kita seolah-olah tidak menilai sumber yang kita ada contohnya sungai-sungai kita, bukit-bukit kita dan sebagainya.

Saya bukan mengatakan pembangunan ini tidak penting, pembangunan ini memang penting, tetapi kita juga harus menghayati apakah istilah sebenar ataupun semangat ataupun hajat di belakang istilah pembangunan mampan. Ianya mengambil kira kesejahteraan mereka yang duduk di sesuatu tempat di samping meningkatkan kualiti hidup mereka pada waktu yang sama bukannya menjejaskan kualiti hidup mereka dengan pembangunan yang tidak terancang dan saya juga hairan, bila kita ada ramai graduan yang di gelar sebagai arkitek, jurutera, perancang bandar dan desa serta sebagainya keluar dengan diploma, ijazah, master dan doktorit. Tetapi apabila disuruh merancang sesuatu tempat iaitu penempatan orang ramai macam-macam masalah yang berlaku sistem pemparitan yang tidak jalan dan sebagainya, sampah sarap, dengi dan semakin menjalar. Semua ini datang daripada mana kalau mereka betul-betul ada kelulusan apa yang tidak kena dengan perancangan mereka ini kerana mereka di gelar perancang bandar dan desa kalau mereka tidak boleh pelan dengan betul apa guna mereka di bayar oleh kerajaan.

Kita tidak perlu perancangan yang hebat kita perlukan makro planning bukannya mikro tetapi makro dimana kita lihat pembangunan sesuatu kawasan itu dengan menyeluruh adakah sistem jalan cukup, sistem elektrik, dan sebagainya kalau kita ingat 10 tahun yang lalu, selalu sahaja ada gangguan elektrik dan sebagainya tetapi TNB telah meningkatkan perkhidmatannya apabila dikencam hebat oleh Perdana Menteri sendiri, jadi jangan hendak tunggu Perdana Menteri sendiri kecam perbuatan sesuatu jabatan dan sebagainya kerana Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang lebih berat daripada melihat perlaksanaan tanggungjawab jabatan-jabatan tertentu dan juga Menteri perlulah mengambil iktibar dan turun padang dan saya boleh mengambil contoh yang terbaik, masih lagi Cameron Highland apakah menteri-menteri kita ini buta apabila naik ke Cameron Highland untuk bermain golf bukankah mereka dapat melihat kecacatan pemandangan bukit bukau di kawasan Kelab Golf Diraja di tanah rata kerana jelas terpapar di sekeliling kelab golf itu apa yang sudah terjadi dan sedang terjadi pada Cameron Highland.

Jadi jangan ingat bahawa benda ini tidak kena dengan jabatan saya kerana ini ialah tanggungjawab bersama yang mereka perlu hayati. Kalau saya sedang memandu kereta dan saya adalah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan saya telah melihat seseorang itu memandu dalam keadaan yang merbahaya adakah saya akan buat tak tahu dan meneruskan perjalanan atau terus catit nombor pendaftaran kenderaan dan menghubungi JPJ untuk membuat aduan dan di sinilah saya katakan ia mestilah tanggungjawab bersama kerana saya mempraktikkan di mana juga saya pergi saya melihat suatu yang membimbangkan saya sesuatu yang merisaukan saya, saya akan catitkan pada masa itu juga dan saya akan rujukkan benda ini atau panjangkan kepada jabatan-jabatan yang tertentu dan saya rasa kalau setiap insan setiap rakyat di Malaysia ini dapat memikul tanggungjawab bersama tidak ada negara seperti Malaysia di dunia ini kerana seperti slogan kita Malaysia boleh kerana pasti kita boleh.

–team berita ikdn

P/s: Kredit untuk "ct nafisa" & team berita ikdn.

Tuesday, July 27, 2010

Bila 10 Tahun Lagi

bila 10 tahun lagi
atau mungkin 20
kau selak lembar sejarah
pasti kau ketemu aku
pada waktu ini
dan saat ini
senyum ini
dan tangis ini...

kita pernah tersenyum ketawa
dan menangis bersama
pada malam dan siang
waktu kita cuma kita yang tentukan
bahagianya berteman..

kota ini tapaknya tapak kaki kita
kita ukur setiap jalan
empat tapak kita menghias
ke sana ke mari
tak berbekas pada tar, simen, marmar dan jubin
kekal melekat kejap di hati...

bila 10 tahun lagi
atau mungkin 20
kau selak lembar sejarah
pasti kau ketemu aku
masih menangis sendiri
mengukur jalan sendiri...


Dollah W.H
Shamelin
28/7/10
11:30 a.m

Saturday, July 24, 2010

Thursday, July 15, 2010

Renungan - Niat Baik Yang Membinasakan

PETIKAN : http://aku-ok. com/


Biar siapa pun kita… Biar setinggi mana pun ilmu kita… Biar sekaya mana pun kita…
Satu hal yang pasti… kita tidak akan mampu membohongi Allah swt walau sesaat sekali pun.

Niat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perlakuan. Tanpa niat perlakuan tidak akan timbul. Biar apa pun perlakuan kita namun sedar atau tidak sedar ianya telah diawali dengan niat cuma mungkin kita tidak sedar akan keberadaannya. Mungkin bagi kita niat adalah satu ucapan dan mungkin ada juga yang mengatakan yang niat adalah lintasan hati atau boleh jadi apa yang dirasa dalam hati. Biar apapun keadaannya, caranya ianya tetaplah niat. Begitu jugalah niat yang baik tetapi seringkali memakan diri.

Saya pernah ditanya tentang hal ini, kata si penanya “mengapa kadangkala niat yang baik tetapi akhirnya membawa keegooan yang tinggi dalam diri seseorang?” Mungkin selama ini terlepas pandang kaitan niat dan nafsu dalam melaksanakan tindakan. Sebagai contoh, kita berniat baik untuk mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada seseorang tetapi kita mungkin alpa dalam menilai nafsu yang ada dalam niat baik kita.

Kita mungkin menjadi terlalu bercita-cita tinggi dalam menjadikan seseorang itu baik hinggakan perlakuan kita dipenuhi dengan ego. Kita menasihati seseorang untuk melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan berubah ke arah lebih baik. Kita memberi nasihat bersungguh-sungguh supaya perubahan dapat berlaku namun jika sebaliknya orang yang dinasihati itu tidak mendengar nasihat yang diutarakan kita menjadi emosi. Maka di situlah letaknya ego. Kita lupa bahawa kita perlu melakukan apa sahaja untuk membawa transformasi yang baik namun jangan dilupa bahawa keputusan atau hasil itu tetap menjadi hak milik mutlak Allah swt.

Saya sendiri pernah ditanya “ mengapa orang bukan Islam bersetuju dengan Islam tetapi tidak mahu masuk Islam?” Inilah titik ego yang halus yang sudah terlepas pandang. Kita menasihati seseorang kerana kemahuan kita bukan kerana kasih sayang. Kasih sayang sentiasa akan timbul dari jiwa yang tenang yang sentiasa mengingati Allah swt dengan jiwanya. Satu kisah yang sering kita dengar yang pernah dihuraikan oleh Al-Ghazali mungkin dapat memberi gambaran tentang niat yang dilihat baik tetapi sebenarnya membawa kemusnahan diri.

Pada zaman Bani Israil terdapat seorang ahli ibadah yang begitu tekun beribadah hinggakan sebahagian kehidupan hanya untuk berbakti kepada Allah swt. Sebagai seorang abid, dia begitu menjaga hubungannya dengan Allah swt dan hubungannya sesama insan. Pada suatu hari, dia mendapat tahu yang masyarakat kampungnya menyembah sepohon pokok yang dianggap keramat.

Mendengar akan perbuatan yang merosakkan aqidah itu, emosinya menjadi marah lalu dia berniat untuk menebang pokok yang menjadi punca kekufuran masyarakat sekelilingnya, lalu diambilnya kapak lantas keluarlah dia untuk menghapuskan kekufuran. Niatnya begitu baik dan begitu murni dan ini menimbulkan keresahan pada Iblis. Maka dipertengahan jalan menuju ke pokok tersebut, ahli ibadah ini bertemu dengan iblis menjelma menjadi seorang lelaki tua.

Iblis kemudiannya bertanya kepada ahli ibadah ke manakah tujuannya dengan membawa kapak. Ahli ibadah menjawab soalan iblis yang menjelma sebagai lelaki tua dengan penuh emosi “saya mahu ke sana untuk menebang pokok yang disembah oleh masyarakat setempat. Saya akan tebang pokok itu!” Iblis cuba memainkan peranan dalam membuat strategi agar niat ahli ibadah membatalkan niatnya.

Iblis pun berkata “mengapakah kamu bersusah-payah mahu menebang pokok tersebut hingga kamu sanggup meninggalkan ibadah kamu kepada Allah swt.” Tanpa menghiraukan kata-kata iblis, ahli ibadah meneruskan meneruskan perjalanannya dengan tekad tidak berbelah bahagi dan dia benar-benar mahu menebang pokok kayu yang menyesatkan manusia itu.

Dek kerana kedegilan si abid ini maka berlakulah perkelahian antara keduanya namun kerana tekad yang begitu kuat untuk membawa manusia kepada Allah swt maka iblis dapat dikalahkan oleh ahli ibadah itu dengan mudah. Setelah kalah dalam berlawan secara fizikal, iblis mula menggunakan pendekatan diplomasi yang diharapkan dapat membuatkan ahli ibadah membatalkan niatnya.

Katanya “Allah swt tidak mewajibkan kamu menebang pokok tersebut dan tidak pula mewajibkan kamu untuk mencegah masyarakat menyembah pokok tersebut. Perkara ini adalah kewajipan serta tugas para Nabi dan Rasul, sedangkan kamu bukan dari golongan tersebut. Biar apapun dikatakan iblis, ahli ibadah tersebut tetap juga dengan pendiriannya untuk menebang pokok tersebut dan ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada iblis lalu dia menggunakan kekerasan untuk memastikan kegagalan misi ahli ibadah tersebut. Namun keputusan tetap juga berpihak kepada ahli ibadah tersebut.

Melihatkan kekerasan hati ahli ibadah yang benar-benar nekad itu maka iblis membuat satu tawaran. Iblis menawarkan ahli ibadah satu keberhasilan atau keuntungan yang berterusan kerana ahli ibadah adalah seorang yang miskin dan tidak berharta. Iblis memujuk ahli ibadah untuk menerima tawaran tersebut supaya ahli ibadah dapat menghabiskan waktu dalam beribadah dan tidak tidak perlu memikirkan hal-hal kewangan.

Iblis berkata “aku akan memberi kamu dua dinar setiap hari. Dengan itu kamu boleh menggunakan satu dinar bagi keperluan nafkah kamu dan satu dinar lagi bolehlahkamu sedekahkan untuk kaum fakir-miskin dan melarat. Wang sebanyak dua dinar itu akan saya letakkan di bawah bantal kamu pada setiap pagi.”

Tanpa disedari oleh ahli ibadah tersebut, pujuk rayu iblis itu telah menyusup masuk ke dalam benak mindanya. Si abid telah mula terbayang wang yang bakal diperolehinya setiap pagi dan mengenangkan ianya dapat beribadat lebih tekun tanpa memikir kewangan maka dia pun memutuskan untuk tidak meneruskan niatnya lalu kembali ke rumahnya untuk kembali beribadah seperti biasa. Seperti yang dijanjikan si iblis, pada pagi hari yang pertama terdapat dua dinar di bawah bantalnya dan begitu juga pada hari kedua.

Ahli ibadah tersebut cukup berlapang dada kerana wang yang diperolehinya begitu mudah dan dia merasakan dia akan dapat melakukan ibadah dengan lebih tekun lagi. Namun hal itu tidak berlaku pada hari ketiga. Pada hari ketiga wang yang dijanjikan iblis tidak berada di bawah bantal sebagaimana dua hari yang lepas. Ahli ibadah tersebut mula berasa kecewa kerana dipermainkan. Dia merasa dimungkiri lalu dia mengambil kapaknya dan keluar untuk meneruskan niatnya yang terbantut akibat pujuk rayu iblis itu.

Dia pergi dalam keadaan yang begitu marah kepada kepada iblis kerana menipunya tentang wang dua dinar yang dijanjikan. Dalam perjalanannya untuk menebang pokok tersebut, dia bertemu kembali iblis yang menyerupai lelaki yang menahannya beberepa hari lepas. Ahli ibadah itu memarahi si iblis dan mereka bertengkar dengan hebatnya dan berlakulah pertempuran fizikal.

Anehnya, jika dahulu ahli ibadah ini dengan mudahnya mengalahkan iblis tetapi kali ini yang berlaku adalah sebaliknya. Ahli ibadah dikalahkan begitu mudah oleh si iblis tadi. Melihat ahli ibadah sudah dapat ditewaskan dengan mudah maka iblis kemudiannya memberi amaran untuk ahli ibadah itu meneruskan niat untuk menebang pokok berkenaan dan seandainya dia berdegil dan meneruskan niatnya itu maka si iblis tidak teragak-agak untuk menghapuskannya. Mereka kemudian berbalah hingga terfikir oleh ahli ibadah tersebut itu untuk bertanyakan sesuatu yang bermain di fikirannya.

Ahli ibadah tersebut bertanya kepada iblis “mengapa engkau amat mudah untuk aku kalahkan dalam dua pergaduhan yang awal tetapi kali ini aku pula yang dapatkan kau kalahkan dengan mudah?”
Iblis kemudiannya menjawab dengan mudah “apakah yang engkau hairankan? Bukankah pergaduhan pertama dan kedua itu kerana niat engkau ingin menebang pokok supaya dapat menghindarkan masyarakat dari sesat dan engkau begitu ikhlas dalam melakukannya. Namun kali ini engkau kalau kerana niat kamu bukan lagi kerana Allah swt tetapi demi memenuhi tuntutan nafsu engkau. Engkau ingin menebang pokok itu kerana kemarahan engkau apabila mendapati tiada wang yang aku janjikan. Engkau aku kalahkan kerana niat mu.”

Walaupun kita sering mendengar cerita ini tetapi kita tidak perasan betapa halusnya permainan yang ada dalam episod niat itu sendiri. Kita kelihatannya mahu mengubah masyarakat agar kembali kepada kehidupan asas yakni yakin sepenuhnya kepada Allah swt namun pada masa yang sama kita tidak perasaan bahawa niat kita dikotori oleh nafsu duniawi yang halus tetapi cukup merosakkan.

Kita mungkin melakukannya kerana kita bercita-cita tinggi untuk menjadi seseorang yang dihormati atau kita melakukannya supaya kita punya gelaran tertentu. Hal itu tiada siapa yang mengetahui dan tiada siapa yang berhak menghakimi melainkan kita dan Allah swt. Saya menulisnya supaya kita sama-sama merenungi kembali niat kita yang kelihatan baik tetapi memakan diri sendiri kerana permainan nafsu diri yang dipacu oleh syaitan. Virus ini bukan sahaja boleh merosakkan kita tetapi mampu memecah belahkan umat Islam.

Kita perlu melakukan atas niat yang murni kerana Allah swt. Kita perlu sentiasa memeriksa niat kita agar kita tidak terlepas pandang kotoran yang melekat padanya. Mungkin sekarang tidak, tetapi lama kelamaan kita mungkin sahaja boleh menjadi orang ayang sombong atau berasa berilmu hingga melihat orang lain seperti tidak berada di tahap kita. Ini adalah strategi yang halus maka apa yang perlu kita lakukan adalah kembali kepada Allah swt secara total dan kasih sayang Allah swt akan menyelamatkan kita dari permainan yang cukup halus ini.

Dalam satu hadis riwayat bukhari dan muslim : “Dari Abi Bakr, bahawasanya Rasulullah berkata: Jika dua orang Muslim berkelahi memakai pedang, maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka. Saya bertanya: Ya Rasulullah! Yang membunuh sudah dimaklumi, akan tetapi mengapa pula terjadi begitu kepada yang dibunuh? Nabi berkata: kerana yang dibunuh itu pada awalnya juga bermaksud juga untuk membunuh lawannya itu.”

Semoga mulai hari ini kita berjaga dengan keluhuran niat agar niat yang baik tidak memusnahkan diri. wallahu a’lam.

P/s: Kredit untuk penulis dan "BawangGoreng®" .

Sunday, June 27, 2010

Puisi - Ego Sebutir Pasir

Ego Sebutir Pasir

(Mingguan Malaysia 6 Disember 2009)

gurun sayup berkelipan
dari gerak sang pemimpi
melebar denyut nadi kapitalis
gah membina struktur dan ikon
sebagai perhiasan kemilau
peradaban kaca, batu-bata
megalomania menjerat ruang
bersama keringat pendatang
menghujan kemewahan
diantara nestapa yang bertimbun
sebagai sampah di lorong belakang
kehidupan kosmopolitan

gurun subur menghijau
tasik dan sungai merentas
ke laut pun tumbuh
pulau-pulau katarsis
perlambangan pembangunan fizikal
tiada perbandingan nilai
gah mencakar langit
dalam kehidupan superfisial
ilusi pun melakar sejarah

kilat menyambar gurun fatamorgana
tiba-tiba ego sebutir pasir
berderai terhempap ke bumi
walau sayap terbang tinggi
terkandas kaki di permukaan
di tarik lanskap realiti
graviti pasaran terbuka
yang tidak kenal darjat
dan tidak peduli maruah
pada estetika yang mencalar
warna-warna kabilah!

Fudzail
Dubai, UAE
1 Dis 2009

P/s: Kredit untuk saudara Fudzail (http://1426.blogspot.com/2009/12/ego-sebutir-pasir.html)

Saturday, June 26, 2010

Cerpen - Kasut Tutankhamun

Kasut Tutankhamun

(Mingguan Malaysia 19 April 2009)

Sebaik membayar tiket, kami bergegas ke dalam dewan mumia diraja. Terletak disebelah kanan atas Muzium Kaherah. Terlentang dua belas jasad mumia dari keluarga Firaun. Usia pengawetan yang mencecah ribuan tahun.

Muhaimin kelihatan teragak-agak. Gementar buat seorang anak kecil yang baru berusia 10 tahun untuk berdepan sendiri dengan mumia. Bukan lagi dalam adegan sebuah filem, siri kartun atau pembacaan yang menguasai imaginasi.

Mumia dalam balutan asal terlentang di depan mata. Menakutkan buat yang lemah semangat. Masih lengkap semua anggota badan yang zahir.

Manakala dua abangnya, Saifullah, 16 tahun dan Faidhi, 15 tahun terus sahaja meluru memerhati rapi mumia dalam cermin. Membaca setiap catatan. Penuh minat.
Muhaimin bergerak ke arah ibunya. Berbisik.
“Mana mumia Tutankhamun?”
Ibu tersenyum. Muhaimin terus teruja dengan kehebatan Raja Tut, yang menjadi Firaun diusia sebaya Muhaimin dan mati dalam usia sebaya Saifullah. Sesuatu yang mungkin menarik minat ketiga mereka. Firaun berusia belasan tahun.
Sejak tiba di Kaherah, Muhaimin suka mendengar cerita Saifullah dan Faidhi tentang kehebatan dan kekayaan Firaun muda itu. Mungkin fikiran Muhaimin tidak henti membayangkan Raja Tut sejak pulang dari melawat dan masuk dalam piramid. Yang kosong tanpa mumia. Menghampakan biar terpaksa menaiki tangga dan lorong sempit untuk ke puncak piramid.
“Mumia Raja Tut tiada di sini. Masih berada di Lembah Raja-Raja di Luxor. Nanti kita pergi ke sana. Di muzium ini hanya ada khazanah peninggalan Raja Tut, kita melawat selepas ini!”
Mumia para keluarga Firaun yang pernah dianggap tuhan itu memaparkan sejarah kuno Mesir. Keagungan dari keangkuhan yang tersisa sebagai peringatan kepada para manusia ribuan tahun kemudian. Manusia moden yang terus datang untuk melawat mumia Firaun dan sisa kegemilangan. Para pelancung terus terpaksa tunduk untuk sekadar masuk ke makam dalam piramid. Seakan tunduk menghormati firaun secara simbolik.
Jutaan pelancung datang ke Mesir kerana firaun. Rezeki anak cucu cicit firaun melimpah dengan peninggalan makam dan sisa-sisa peradaban. Sehingga banyak tempat-tempat sejarah aulia yang dilupakan. Walhal, Mesir bukan sekadar firaun. Mesir juga mempunyai nabi dan sejarah kegemilangan Islam.
Kami beredar ke bahagian pameran harta karun Tutankhamun. Semuanya masih lengkap sewaktu ditemui dalam tahun 1922, tidak berubah seperti mana ditinggalkan ribuan tahun dahulu. Tidak dicuri oleh pencari harta karun atau dibawa keluar dari bumi Mesir.
“Berapa agaknya nilai harta Raja Tut waktu ini?” Tanya Saifullah kepada saya. Sememangnya khazanah dalam muzium Kaherah itu sendiri terlalu tinggi nilai sejarah dan nilai wang ringgit.
“Billion hingga trillion ringgit!” Saya menjawab dalam kekaguman. Kagum dengan peradaban firaun. Kagum walau terkilan kerana Mesir dan rakyatnya pada hari ini jauh ketinggalan dalam serba serbi berbanding nenek moyang mereka. Ada sesuatu yang tidak kena. Seuatu yang boleh dibuat pengajaran.
Datang dan pergi peradaban dan empayar hebat di muka bumi. Hari ini Amerika berkuasa, tetapi dengan kegawatan ekonomi, Amerika mungkin akan jatuh dan diganti dengan kuasa besar baru. Mungkin China, mungkin India. Mungkin juga, Israel yang memperkudakan Amerika. Atau mungkin salah satu negara Islam. Tetapi saya tidak dapat mencari negara mana dalam situasi semasa.
Tentu tidak Mesir. Bangunan-bangunan baru yang tidak sehebat piramid dan kuil-kuil kuno. Kemiskinan yang menjadi sebahagian dari wajah mesir moden. Budaya temberang yang mewarnai kehidupan. Orang-orang Mesir sudah dimakan sumpah Firaun. Mereka tidak akan bangkit lagi. Terutama selagi menjadikan Israel sebagai sahabat dan mengenepikan Palestin.
“Abah, tengok kasut Raja Tut!”
Muhaimin menarik saya. Faidhi sama mengikut. Manakala Saifullah dan ibu masih dalam dewan yang dipenuhi barang-barang kemas kepunyaan Raja Tut. Bersama kilauan emas, perak dan berlian mengerlip.
Saya sama kekaguman melihat kasut bersalut emas bertatah berlian yang pernah dipakai oleh Firaun itu.
“Pada masa orang-orang Mesir sudah memakai kasut dan membina ratusan piramid, sebahagian besar dari Eropah, Amerika dan Asia masih tinggal dalam gua-gua berbogel, masih makan orang!” Saya berkata perlahan. Pada diri sendiri.
Peradaban kuno Mesir memang hebat. Tetapi kufur dan penuh kezaliman. Keadilan mengikut selera firaun. Tiada hak untuk rakyat selain sebagai hamba. Sesuatu yang terus berulang walau dibawah payung demokrasi yang dipenuhi autokrasi seorang diktator, nama lain untuk firaun moden.
Semuanya menjadi pengajaran buat mereka yang mahu berfikir. Malah bumi Mesir juga telah dihadirkan dengan para Nabi serta aulia. Terus subur diairi sungai Nil yang terus mengalir songsang ke utara.
“Kenapa Raja Tut mati dalam usia muda?” Muhaimin tiba-tiba bertanya. Matanya masih pada kasut Tutankhamun dalam cermin di dinding.
“Mungkin dibunuh. Ramai yang mahu menjadi raja dikalangan bapa saudaranya!” Jawab Saifullah yang tiba-tiba juga muncul bersama ibu.
‘Pembunuhan kerana kuasa dan tamak berlaku sejak Habil dan Nabil. Bergaduh sehingga berbunuhan sesama adik beradik kerana harta juga!” Ibu bersuara, biar sedikit lari dari topik perbincangan. Mungkin untuk memberi ingatan kepada ketiga-tiga anak lelaki yang selalu juga bergaduh kerana perkara-perkara kecil.
“Itu salah satu teori yang dikemukakan. Penemuan terbaru mengatakan Raja Tut mati kerana luka oleh gangren, bukan dibunuh!” Sampuk Faidhi yang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor. Membetulkan cermin mata untuk meneliti kasut Tutankhamun.
Keduanya banyak mendapatkan pelbagai maklumat melalui enjin carian Google dan Wikipedia.
Kami membiarkan perbincangan mereka yang merangkumi sejarah yang sebenarnya turut diselitkan dalam Quran. Sesuatu yang mengambarkan relevannya Quran sepanjang zaman sebagai mukjizat.
“Walau apapun, apa sahaja teori mengenai kematian Raja Tut tidak penting lagi. Hari ini, Raja Tut menjadi legasi dan dia salah seorang Firaun yang terus dikenali. Sehingga kita masih sempat melihat kasutnya!” Saya cuba mengalih pandangan kepada satu perkara kecil dalam kehebatan khazanah Raja Tut.
Sepasang kasut.
Muhaimin mengangguk, memang dia cukup teruja dengan kasut Tutankhamun. Untuk seorang anak lelaki yang terpengaruh dengan kasut-kasut jenama sukan yang dipakai oleh bintang-bintang bolasepak dunia, selera Muhaimin pada kasut sama seperti Saifullah dan Faidhi. Kilauan kasut-kasut yang mengambarkan status dan kadang-kala nilai harga diri manusia.
Kasut-kasut mereka lebih mahal dari kasut saya sendiri, seorang ayah yang tidak pernah berkasut jenama terkenal. Yang masih sahaja diulit memori tentang zaman anak-anak dahulu tidak berkasut ke sekolah. Kemiskinan yang menyuntik semangat buat pemilik sepasang kaki ayam untuk lebih jauh melangkah dari generasi terdahulu. Duri dan batu-batu jalanan telah mengeraskan semangat untuk perubahan, untuk keluar dari kemiskinan.
“Kasut abah yang paling mahal pernah dibeli sewaktu berusia Tutankhamun, waktu itu berharga RM30 berjenama ‘Power’, sebaik dapat masuk ke tingkatan empat sekolah berasrama penuh!” Saya kembali bernostalgia didepan kasut Tutankhamun yang mungkin sudah bernilai puluhan jutaan ringgit.
Tidak mungkin saya boleh melupakan sepasang kasut hadiah dari aruah ayah. Yang dibeli dengan berhutang. Dibeli kerana aruah tahu saya cukup inginkan kasut itu. Masuk sekolah berasrama tanpa kasut ‘mahal’ tentu memalukan bagi aruah. Saya tidak memaksa aruah dan berpuas hati dengan kasut RM5 yang dibeli. Kasut tanpa jenama dibeli di pasar minggu.
“Kasut itu tidak sempat dipakai, kerana dicuri senior!” Saya menyambung cerita yang berkali diulang pada anak-anak. Kali ini bercerita pada sepsang kasut Tutankhamun. Bercerita penuh emosional.
Kenangan pahit yang menghantui sehingga kini. Terhiris perasaan dengan seorang senior yang sanggup mencuri sepasang kasut seorang anak miskin hanya sebagai satu penderaan di minggu suaikenal. Budaya Ragging yang diturunkan oleh penjajah. Kalau makin teruk mendera, makin hebat sang senior. Memukul dan mengarahkan apa sahaja, kekadang berpanjangan selama setahun.
Kejam sekali kerana sipencuri kasut saya itu anak seorang ahli politik yang kaya raya. Yang masuk sekolah tersebut bukan kerana kecemerlangan SRPnya, tetapi kuasa dan pengaruh yang ada pada ayahnya, seperti yang ceritakan dengan angkuh. Angkuh kerana dia anak seorang bergelar datuk dan saya hanya anak petani yang menyewa bendang dari orang kaya seperti keluarganya. Perbedaan darjat menambahkan dendam saya pada keadaan. Tidak berdendam pada senior tersebut. Tetapi dendam itu bertukar sebagai perangsang untuk belajar lebih kuat dan cemerlang.
Ayahnya bukan Tutankhamun. Senior nakal itu juga bukan Tutankhamun. Bukan keturunan firaun. Kekayaan mereka terlalu kecil berbanding dengan Tutankhamun dan firauan lain. Tetapi kekayaan sedikit itu menjadikan mereka berkelakuan seperti firaun kecil. Kekayaan dari merampas hak orang lain dan mempergunakan kelebihan yang sebenarnya rezeki untuk dikongsi bersama. Bukan untuk menzalimi sesama manusia.
Dia mendera saya kerana terasa berkuasa, biar sekadar senior yang kemudiannya gagal SPM. Yang kini bergelar datuk kerana diwariskan kekayaan. Datuk yang masih berkelakuan firaun dalam perjuangan politik ketuanan sempitnya.
“Memang cantik kasut Tutankhamun!” Suara isteri menerpa dan mengejutkan saya dari ilusi dan imaginasi. Saya cepat-cepat mengesat airmata. Tanpa disedari isteri.
“Kita tidak tahu siapa pereka dan pembuat kasut ini, kreatif sekali, dan tiada pula produk kasut terkini dengan fesyen Tutankhamun!” Jawab saya perlahan. Masih terbayang kasut RM30 yang dicuri senior dan mengubah persepsi saya terhadap nilai kasut selamanya. Mengerling kasut buatan negeri China yang saya pakai. Memang sengaja membeli dan berbaloi memakai kasut murah kerana bimbang kalau hilang di Mesir.
Sebenarnya harga semua kasut saya yang ada dalam empat pasang itu, termasuk kasut kerja tidak lebih dari RM100 sepasang. Harga yang mungkin sekadar untuk sebelah kasut anak-anak dan isteri sahaja.
“Kasut buatan negeri China tanpa jenama yang abah pakai ini mungkin boleh berharga jutaan ringgit, walau tidak boleh menandingi nilai harga kasut Tutankhamun....!” Saya berkata pada isteri dan anak-anak sebaik melangkah keluar dari muzium.
Kelihatan ramai orang-orang Mesir yang sedang menanti untuk masuk percuma sebelum muzium ditutup. Harga tiket masuk muzium memang jauh mahal untuk pelancung berbanding dengan harga tiket untuk rakyat Mesir. Begitupun, masih ramai mahu masuk secara percuma untuk melihat khazanah dan harta karun para Firaun. Warisan Mesir yang membawa masuk bilion ringgit ke dalam kantung Presiden Mubarak. Billion ringgit yang tidak sampai ke majoriti rakyat yang hidup dibawah paras kemiskinan.
“Bagaimana?” Tanya Muhaimin yang nampak keliru. Kasut yang dipakainya juga berharga RM200. Jenama terkenal dan dipakai oleh Ronaldinho
“Kalau abah jadi Muntadher al-Zaidi yang berani melontar kasut kepada Presiden Bush!”
Ya, Muntadher, wartawan stesen TV berpengkalan di Kaherah yang menjadi hero baru orang-orang Arab dan memberi inspirasi kepada majoriti penentang kezaliman Amerika. Membaling kasut pada seorang presiden angkuh dan kurang cerdik yang bertaraf firaun moden di hari-hari terakhir pemerintahan. Presiden yang mempunyai imuniti walau telah membunuh ribuan manusia atas nama peperangan menentang teroris, walhal diri sendiri adalah teroris bertaraf dunia. Presiden yang menjadi proksi zionis sebagai polis, pendakwa dan hakim seluruh planet bumi.
“Kalau balingan itu kena tepat pada kepala Presiden Bush, tentu kasut Muntadher lebih mahal dari kasut Tutankhamun untuk ribuan tahun nanti!”
Muhaimin berkata dengan penuh perasaan. Ternyata ‘lawatan sekali seumur hidup’ ke muzium Kaherah dan piramid menambahkan pengalaman dan pengetahun realistik pada anak-anak yang membesar dalam bercampur nilai antara sirah dan playstation, google, facebook, serta bintang-bintang bolasepak bertaraf jutawan sebagai idola.
Muhaimin tidak berjenaka tetapi kami serentak ketawa.
Ketawa pada diri sendiri dalam kembali menghirup hirok pikok kesesakan trafik, kesesakan manusia bertarung untuk hidup dalam udara tercemar Kaherah. Kota kontradiksi yang terus dipenuhi tapak-tapak kasut dan kaki ayam seramai 26 juta orang penghuni yang terus memanjangkan langkah para firaun!

P/s: Kredit untuk saudara Fudzail (http://1426.blogspot.com/2010/06/kasut-tutankhamun.html)

Thursday, June 24, 2010

ALAMAK! Piala Dunia

Assalamu'alaikum wrt wbt

Apa khabar? Semoga kita semua sihat dan sentiasa berada dalam naungan keampunan dan kerahmatan dari ALLAH SWT. dah lama saya tak mencoret di ruang maya ini.
Dah boleh agak ke team mana yg akan muncul juara Piala Dunia edisi di Afrika kali ini? Hari tu Portugal menghantar mesej kepada para pencabarnya nenerusi Korea Utara.
Saya tak tahu sama ada umur pemain Koera utara panjang lagi ke tak bila jejak kaki ke Pyongyang nanti. 7-0, besar tu. Kalaulah yg main tu team 1Malaysia, tak tahulah pulak berapa jumlahnya.

Bukan mahu memandang rendah kemampuan bolasepak negara tercinta ini tetapi rasanya '1Malaysia' dah tahu setakat mana keupayaan kita.
Sememangnya senario bolasepak Malaysia sudah jauh berbeza (jauh terpesong?)
Untuk menikmati keseronokkan bolasepak, kena bayar. Paling tidak pun dengan harga segelas teh tarik di kedai mamak.

Mahu gambar yg lebih cantik, sediakan TV yg mempunyai bermutu HD dan langganilah 'Beyond'.

Saya teringat zaman kanak2 dulu. Air mandi ditadah dalam 'tong drum' Castrol dan juga kolah kecil. Rumah kami ketika itu ada 5 tong drum yg seumpamanya.
Tadah menadah ni kerja emak dan abah saya. Yg kami adik beradik tahu, bangun seawal pukul 5.00 pagi untuk mandi air yg telah diembunkan semalaman.
Sebab bilik air kami dari jenis 'open air + zink' . Bila time mandi, biasanya saya suruh adik2 saya mandi dulu, sementara saya 'tidur berdiri' menongkat dagu di tepi tong drum.

Adakalanya terasa seram jugak bila menjeling ke arah pokok kekabu Pak aji di sebelah rumah. Sebab orang cerita pokok kekabu ni tempat kesukaan 'Cik Ponti'. Alhamdulillah saya tak pernah jumpa pulak sepanjang tinggal di situ,
walaupun pernah brmimpi dia dok berbuai sambil mengalunkan hilaian yang tak merdu sangat kat situ.

Di Kampung saya ini selalu diadakan liga bolasepak antara Blok (felda la katakan). Saya mewakili blok 10 walaupun saya ahli blok 13.
Nak buat camne....menjadi penyerang terhandal blok 13 sudah pastinya saya dilamar pasukan lain dengan bayaran yg cukup tinggi.
Ewahh cam transfer player plak. Harga? Tembikai percuma milik kebun abah izwan budak blok 10.
Berimaginasikan Ian rush, roger milla kemudiannya yg menyaksikan saya menjadi penyerang utama skuad budak2 blok 10. (anda senyum sinis? tanda anda jeles hehehehe)

Zaman itu liga Inggeris ditonton secara percuma di kaca Tv menerusi RTM sahaja. Setiap petang Sabtu, kami budak2 kampung ni akan terpegun menyaksikan Glen Hoddle, Kenny Daglish, Ian Rush dan
sebagainya beraksi. Walaupun hanya menonton imbasan perlawanan2 yg didakan tetapi corak serangan serta pertahanan yg ditunjukkan memukau kanak2 yg seusia saya.

Big League Soccer dan Road to Wembley adalah program kegemaran ketika itu. Bukan takde liga Amerika Selatan atau Liga Jerman yg disiarkan tetapi tidak menyamai kerancakkan liga Inggeris.
Cuma, pandangan saya tentang liga Brazil dan Liga Inggeris agak berbeza, saya kagum dgn fitness pemain2 liga Brazil. tak sempat nak 'berehat' bola dah sampai.
Kalau liga Inggeris ketika itu, bila sepak bola keluar, tunggulah 'budak2 Milo' tu pi kutip bola. kalau terhegeh2 dia kutip bola, alamat buang masa laaaa

Semangat bolasepak masa tahun 80an dan awal 90an dulu lain. Main bola untuk keseronokkan. Dan keseronokkan datang bila kita dapat berikan yg terbaik semasa bermain.
Sekarang ni saya tak tahu apa yg kurang. Mungkin kurang ilmu bolasepak kot. Ramai gak player bolasepak sekarang yg bermain bola mcm tanpa ilmu.
Tu pasal dah jadi profesional pun sekarang ni, main mcm peringkat estet. Bukan nak kata peringkat estet tak bagus, cuma nak bagitau tolong jaga standard nama profesional tu.

Jepun dan Korea dah pergi terlalu jauh. Kita pulak masih lagi dgn meeting, meeting, meeting, meeting, meeting, sama ada nak guna pemain impot atau tidak.
Hari tu awak jugak kata tak payah. Lepas tu nak guna balik. Bayangkanlah team Harimau Muda yg jadi juara Liga Perdana tahun lepas tak dibenarkan beraksi dalam Liga Super,
kemudian dihantar ke luar negara untuk 'perlawanan' dalam liga di Eropah.

Kalau saya presiden FAM, saya akan bubarkan skuad Harimau Muda. Kalau diorg betul2 bagus tempatkan diri dalam skuad utama negeri dulu.
Jgnlah diperap dlm skuad Piala Razak aje. Dedahkan skil diorg betul2. Kat Malaysia ni, bolasepak terikat dgn usia. Alasan nak bagi serasi bersama, bagi saya tak boleh pakai.
Ini menutup peluang bakat2 yg lain. FAM kena hantar satu task force yg betul2, bukan cobaan ke negara2 kuasa bolasepak. Kaji perkembangan bolasepak diorg. Apa diorg buat dgn bakat muda yg ada.
Korporatkan bolasepak secara berperingkat. Ni nak beli jersi Malaysia yg cetak rompak pun payah.

Ok berbalik kepada Piala Dunia. Kalau boleh tahun ni saya nak lihat cerita dongeng bolasepak berakhir. Apa dia cerita dongeng bolasepak?
Cerita dongeng bolasepak ialah tentang takde team lain masuk final dan jadi juara. Brazil, Argentina, England, Jerman, Itali. Kalau ikut gilirannya tahun ni, team dari Amerika Selatan akan muncul juara.

Kebetulan? Cuba tengok rekod ni. 1970 - Brazil, 1974 - Jerman Barat, 1978 - Argentina, 1982 - Itali , 1986 - Argentina, 1990 - Jerman, 1994 - Brazil, 1998 - Peranchis, 2002 - Brazil, 2006 - Itali, 2010 - Ghana???
Hehehe kenapa saya letak Ghana? saya tengok game diorg masa lwn Jerman, cantik. Ada skil, ada harapan. Tetapi geng2 black ni mcm jd dungu depan gol. Finishing kureng.
Dpt kalau Ghana ada Drogba dan Eto dah cukup.

Kalau boleh biarlah team lain lak jadi juara tahun ni. Saya teringin sekiranya Sepanyol muncul juara. Ataupun Portugal.
Untuk pusingan ke 2 ni saya harap gamenya tak seboring pusingan pertama. Walaupun sebenarnya game yg saya tengok penuh 90 minit, cuma game opening dan USA lwn Algeria sahaja.
Yg lain, saya tak tahan mata. Ngantuk. Cuba2 gak tengok game 2.30 pg kat Astro Arena tapi yg ada liputan Sukma kat Melaka. Buka TV1 dan TV2.... drama swasta je.

Sport Channel saya dah terminate awal2 lagi. "Kita takde bajet tahun ini utk sport channel".kata Menteri Kewangan ke 2' -isteri saya. Jadi saya ganti dgn pakej RMKJ (Ringgit Malaysia Kene Jimat.)

Dalam Piala Dunia kali ini pasukan yg boleh meguasai 'speed' dan ketepatan di depan gol akan muncul juara.Bola brand JABULANI tu juga main peranan.
Argentina dan Portugal nampak macam ada 'chance'.

~ Abah Aumi

P/s: Kredit untuk penulis.

Tuesday, June 22, 2010

Secawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.

Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab "ya!".

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya…"


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi bola golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang…" profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

"Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.

Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…" "… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."

"Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…"

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

"Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…"

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.

Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu

P/s: Kredit untuk Azman Yusop" .

Saturday, June 19, 2010

Cerpen - Lorong Belakang Valiasr

Cerpen: Lorong Belakang Valiasr
Oleh Fudzail

Berita Harian 2010/06/19
SAYA berehat setelah puas menyusuri jalan Valiasr, jalan terpanjang sejauh 17 kilometer yang memisahkan metropolis Tehran kepada bahagian barat dan bahagian timur. Cuaca nyaman pada musim bunga, bulan Khordad, bulan ketiga dalam kalendar Parsi.

Menjejak ruang dalam kesibukan kota yang dipenuhi paradoks. Antara kaya dan miskin. Antara chador dan skirt. Syiah dan Barat. Maju dan mundur.

Seketika di jalan Valiasr, pelbagai imej dan persepsi yang mengheret minda pun terburai dan terdampar. Mengejutkan, kota Tehran tiba-tiba berwajah kosmopolitan. Pembangunan di mana-mana, kalau diukur dengan menara dan apartmen. Tidak semua buruk seperti yang digambarkan media Barat dan tentunya tidak seindah yang dipaparkan propaganda tempatan. Bergantung kepada lokasi, lokasi dan lokasi.

Benarlah kata seorang sahabat Facebook dari Iran, dunia tidak memahami Iran. Sebenarnya saya semakin keliru dalam perspektif yang mula menganjak ke fragmen-fragmen berwarna suram. Wajah-wajah menyambar imaginasi. Senyuman mendambarkan kemesraan.

Lantas dari sehari kembara, dalam keletihan, saya mula melihat Iran dari sentuhan santai. Memesrakan suasana tanpa persepsi yang mengasak keinsafan di tengah-tengah kota Tehran. Sebuah kota tua dengan penduduk melebihi sembilan juta orang. Kota yang berlatar belakang pergunungan Alborz memaparkan kontradiksi. Merakamkan sejarah dan peristiwa dari peradaban silam ke revolusi dan masa kini. Setahun selepas suara protes dengan demonstrasi memenuhi pusat kota, protes terhadap presiden. Protes yang masih membakar kemarahan marhaen.
Maka di luar dari skrin CNN, BBC, Fox, CNBC mahupun Al-Jazeera, saya menjadi wartawan dalam diri seorang blogger yang mencerna segala maklumat dalam sebuah catatan tanpa prejudis.

Massoud, rakan bisnes yang menjadi wakil syarikat di Tehran menarik saya ke lorong belakang. Katanya, ada kehidupan, realiti semasa yang menjalari lorong-lorong belakang. Kebetulan kami berada di bahagian selatan Valiasr. Kawasan hangat di mana Ayatollah Ruhollah Khomeni pernah menetap selepas pulang pada kala revolusi.
Menurut Massoud, daripada perbualan yang didengar menyusuri kaki lima, kesemuanya rungutan dan komplen mengenai harga barang yang semakin naik, penyelewengan pentadbiran dan pembohongan ahli-ahli politik, yang memungkiri janji-janji pilihan raya.

Kebetulan ada jerebu memenuhi ruang. Seakan membawa ke satu daerah dalam zon twillight. Kelabu dan berdebu.

“Jerebu membawa mood kurang baik.” Sepatah komen Massoud sambil menghisap rokok.
Singgah di sebuah kedai runcit kepunyaan bapa saudara Massoud, bernama Mehdi.
Apabila kami masuk, kelihatan rak-rak hampir kosong. Yang tinggal hanya beberapa barangan dalam kotak-kotak kecil. Mengejutkan.

“Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli stok baru. Dalam inflasi yang tinggi menjadikan harga borong turut naik ke paras yang melebihi jangkauan. Malah ada produk tertentu yang naik sehingga enam belas peratus setelah dua pembelian. Mengerikan sekali. Kedai ini dikunjungi lebih ramai peminta sedekah daripada pembeli. Malah kalau lihat dari mesin tunai yang kosong, saya boleh sahaja menjadi peminta sedekah!”

Mehdi bercakap perlahan dalam bahasa Inggeris yang bercampur baur. Masih boleh difahami.

“Berapa sewa kedai ini?” Tanya saya sambil melihat ruang kecil berukuran 7 meter panjang dan 6 meter lebar. Siling rendah.

Mehdi tersenyum.

“Dalam USD 200 sebulan. Tiada tandas, tiada penghawa dingin, tiada pemanas udara dan tikus berkeliaran. Inilah yang termurah.”

Saya dapat merasakan kekecewaan daripada suara Mehdi. Katanya dia tiada pilihan. Berniaga memerlukan banyak pengorbanan dan tidak semudah yang dijangka.

“Negara ini melucukan, ada yang boleh menjadi jutawan sekelip mata. Lihat di seberang sana, ramai yang beratur panjang di kaunter supermarket dan bergaduh untuk merebut susu. Bagaimana boleh kami terus menyambung kehidupan yang sudah dalam keadaan daif kalau kerajaan memotong subsidi demi subsidi?”

Pertanyaan itu bergema ke seluruh gegendang. Melihat wajah serius Mehdi memaparkan suasana yang selama itu tidak termasuk dalam persepsi dan bayangan mengenai Iran. Sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dan sedang membina sebuah jana kuasa nuklear. Mungkinkah embargo dan pelbagai sekatan sudah membawa kesan yang diinginkan oleh sekutu Yahudi bernama Amerika? Pastinya, Iran bukan sekadar bermusuhan dengan rejim zionis, malah dengan jiran dikalangan negara-negara Islam juga. Sama ada kerana berlainan mazhab atau berlainan ideologi atau sejarah silam. Ya! Iran semakin terasing di tengah-tengah sekutu seagama.

“Pagi tadi ada dua orang wanita berchador datang mahu membeli ubat gigi. Saya tidak menyedari yang mereka telah mencuri banyak ubat gigi dengan menyorok di bawah chador. Bayangkan keadaan mereka yang lain dalam kemiskinan. Bayangkan suri rumah terpaksa mencuri dan hukuman mencuri adalah potong tangan!”

Percakapan sebegitu mungkin banyak tersiar dalam blog mereka yang mahu memberitahu keadaan sebenar. Blog-blog yang semakin banyak ditutup kerana dituduh melontar fitnah dan mengancam keselamatan negara. Walau ada kebebasan bersuara, tidak pasti kebebasan selepas bersuara. Kata Massoud, ramai yang sudah dihadapkan ke mahkamah walau pertuduhan tidak lebih mahu menutup mulut dan menyusahkan para pengkritik yang mahukan sebuah negara Iran yang lebih baik.

Dengan enam puluh peratus penduduk kota Tehran di bawah usia 25 tahun, tentunya sebuah kota yang vibrant dan perlukan keseronokan. Ceria dan penuh dengan kemeriahan anak-anak muda. Generasi yang lahir selepas revolusi dan mahu seiring di pentas dunia, daripada gambaran filem, internet, buku, majalah dan akhbar.

Saya semakin menjadi gelisah dalam cuba memahami apakah yang sebenarnya sedang berlaku. Sebagai pemerhati dari Dubai, selalu menganggap Iran mempunyai sistem demokrasi yang baik, bebas dan adil. Pilihan raya demi pilihan raya yang telus memberikan peluang untuk rakyat memilih pemimpin dan haluan negara. Bukan di bawah diktator dan raja yang memerintah untuk survival diri.

“Saya hanya mampu menampung perbelanjaan keluarga daripada pendapatan isteri yang bekerja di sebuah bank dengan gaji sebanyak USD300 sebulan. Sewa apartmen tiga bilik kami di sebuah kawasan sederhana adalah sebanyak USD450, bayar USD50 untuk air, elektrik dan telefon, manakala yuran sekolah anak sebanyak USD100, ditambah perbelanjaan lain, makanan sebanyak USD300 sebulan. Semakin hari semakin sesak, kedai ini tidak dapat lagi membantu untuk pendapatan, lebih teruk lagi, pemilik kedai tidak akan bertolak ansur, kalau lambat sahaja bayar, mahu terus menghalau!”

Mehdi meneruskan kisah sedih kehidupannya. Seperti kata Massoud, kisah yang boleh diulang oleh jutaan penghuni Tehran yang lain, mereka yang semakin tertekan dalam keriuhan pemimpin mempertahankan pembinaan jana kuasa nuklear dan mahu menjadi hero kepada setiap isu berkaitan perjuangan keadilan sejagat.
Sedangkan kemiskinan semakin melumpuhkan sebahagian dari mereka yang masih bertahan kerana patriotisme.

Massoud kemudian membawa saya ke apartmen kecil seorang lagi rakannya, Rostam, seorang peguam aktivis hak-hak asasi. Selepas diperkenalkan, Rostam terus sahaja menyumpah-nyumpah, talian internet yang sentiasa terputus dan terganggu.
Tidak berfaedah untuk menelefon pusat khidmat pelanggan kerana belum pernah panggilannya dijawab walau sudah beribu kali mencuba.

“Saya tidak boleh langsung membuka e-mel sejak sebulan lalu. Apakah ini masalah perisian dan virus? Atau masalah teknikal perkakasan? Atau apakah ini sebahagian daripada kerja-kerja perisikan? Mungkin kerana kegiatan saya menyebabkan saya menjadi sasaran?”

Pertanyaan yang tidak mungkin dapat saya jawab. Walau syarikat saya membekalkan modem untuk pasaran Iran. Tidak kena-mengena dengan pengendali internet dan syarikat Telekomunikasi, sekadar pembekal bebas. Itupun seperti kata Massoud, banyak duit kopi yang terpaksa diagihkan untuk mendapat pelbagai kelulusan.

“Bukan sahaja internet semakin diganggu untuk mengurangkan protes maya, malah perbualan telefon juga tidak selamat. Telefon bimbit saya sentiasa tiada talian kalau mahu berhubung dengan pelanggan.”

Saya mendengar cerita Rostam mengenai anak-anak guam yang semakin bertambah. Sama ada dari segi bilangan mahupun golongan, salah seorang anak guamnya adalah anak perempuan mantan presiden sendiri yang dituduh di bawah jenayah politik. Semakin ramai golongan terpelajar yang mula bangkit untuk memprotes keadaan semasa. Lawan tetap lawan.

Ketidakadilan semakin ketara apabila mahasiswa yang memprotes dianggap pengkhianat. Walhal, anak-anak muda yang pernah menjadi pemangkin revolusi.
Suara rakyat suara keramat dan suara anak muda boleh mencetus revolusi.

Rostam menunjukkan tajuk muka depan akhbar, kenyataan ketua polis Tehran dalam bahasa Parsi yang bermaksud, “Setiap demonstrasi haram memprotes ulang tahun pilihan raya presiden akan ditangani sekeras-kerasnya!”

Sejarah seakan berulang, begitu kata Massoud. Pemimpin tidak lagi mendengar rintihan rakyat. Sudah semakin jauh daripada apa yang diperjuangkan oleh Khomeini sewaktu menumbangkan Shah Iran.

Saya kembali ke hotel bersama imej-imej yang menjadikan kerlipan cahaya neon kota Tehran seakan pudar dan kelabu. Suara-suara rintihan marhaen menghimpit perasaan apabila melihat laporan mengenai sumber minyak yang sepatutnya menghasilkan puluhan bilion setiap tahun. Defisit bajet setiap tahun boleh memufliskan negara. Ke manakah perginya hasil negara selama ini?

Di kawasan legar hotel yang masih terpampang wajah Khomeini, beberapa rakan Massoud lain yang mengetahui saya datang dari Dubai, segera bertanya mengenai peluang lain dalam situasi dan iklim ekonomi yang masih tidak stabil. Terutama pertanyaan untuk membuka akaun bank di Dubai apabila tekanan daripada Kerajaan Amerika semakin kuat kepada Eropah dan Asia untuk menghentikan apa sahaja urusan ekonomi dengan Iran.

Mereka bercakap begitu sarkastik apabila nama presiden disebut, seolah-olah tidak lagi takut kalau ada perisik yang mendengar. Sudah tidak peduli kerana kata mereka, dalam keadaan semakin sukar untuk cari makan, ada baiknya juga kerajaan memberi mereka makan dalam penjara, apalagi setelah subsidi diberhentikan. Jenaka yang tidak lucu.

“Amerika akan gunakan apa sahaja untuk menekan Iran supaya tunduk kepada kehendak rejim Yahudi yang menggunakan Amerika sebagai proksi, selain pemimpin dan raja Arab yang lain. Iran tidak mungkin menghentikan program nuklear walau rakyat akan menderita. Itulah objektif Amerika, mahu rakyat Iran memberontak dan menggulingkan kerajaan yang ada, digantikan dengan seorang lagi boneka seperti di Iraq.”

Saya mendengar setiap hujah yang dilontarkan di meja makan malam.

Semakin rancak perbualan antikerajaan, sehingga pelawaan yang menyebabkan saya terkejut beruk. Apabila salah seorang mereka memberitahu kalau saya memerlukan teman tidur, seorang wanita Iran untuk beberapa malam selama di kota Tehran.
Boleh sahaja memilih, tua atau muda, bujang atau berkahwin, terpelajar atau artis.

“Semuanya boleh diaturkan, kamu boleh berkahwin mengikut tempoh masa, sah dan halal. Boleh bagi sijil pengesahan daripada pihak berwajib lagi!”

Pada mulanya saya menyangka sekadar gurauan. Walau pernah mendengar perkara yang sama, tetapi tidak pernah peduli kerana tidak pernah memerlukan khidmat sebegitu. Masih mempertahankan etika dan hukum agama. Apalagi berurusan di sebuah negara yang namanya ada perkataan Islam. Tentu menjalankan undang-undang Islam yang ketat, begitulah persepsi.

“Serius?” Saya bertanya dalam sedikit teruja. “Bukankah itu pelacuran yang dihalalkan?”

Massoud ketawa sambil berkata, laporan akhbar Entekhab mengatakan ada dalam 84 ribu pelacur di kota Tehran.

Saya menelan air liur. Dalam semangat mahu berurusan bisnes dengan sebuah lagi negara Islam, semakin terkeliru dan janggal. Semuanya begitu mengelirukan setelah minda dipenuhi persepsi berbeza. Seperti kata seorang sahabat, dari melihat urusan imigresen di lapangan terbang, selain keadaan lapangan terbang sendiri boleh menggambarkan keadaan sesebuah negara. Banyak negara Islam yang gagal sekadar melihat dari suasana dan buruknya lapangan terbang. Malah ada pegawai yang bukan sahaja tidak mesra pelanggan, malah awal-awal lagi meminta rasuah untuk memudahkan urusan imigresen dan visa.

“Kamu mahu melihat bagaimana urusan bisnes kupu-kupu malam di sini?”

Tiba-tiba soalan yang membawa ajakan daripada Massoud menjadikan saya tercabar untuk satu advencer di bumi yang pernah melahirkan ramai ulama dan intelektual Islam.

“Apakah tidak akan ditahan dan dipenjara?”

Massoud menggeleng, sambil menunjukkan ke arah salah seorang tetamu, Mohzen. Lelaki dari Qom.

“Abang dia kenal ketua perisik, tidak perlu takut, sebab itu juga kami berani mengutuk presiden. Laporan akan sampai ke meja ketua perisik sebelum tindakan boleh dibuat, dan selalunya kami terlepas sahaja!”

Saya tidak pasti sama ada mahu menerima pelawaan yang memang menarik. Menjejak kota Tehran pada waktu malam sambil melihat keadaan yang boleh memberi pengalaman baru kepada seorang ekspatriat Melayu. Jual beli, tawar menawar untuk khidmat bisnes tertua di dunia.

Begitupun, nafsu keinginan yang membara tiba-tiba menjadi lesu apabila terpandang sebuah artikel dari majalah yang ditunjuk Massoud. Ternyata, kemiskinan memang menjuruskan kepada kekufuran. Walaupun di sebuah negara kaya dengan hasil bumi, selagi jurang kaya dan miskin begitu besar. Semuanya menjadi statistik yang menggambarkan segalanya semakin songsang pada akhir zaman.

Ketua Statistik Iran mengumumkan seramai 10 juta dari 72 juta rakyat Iran hidup di bawah garis kemiskinan sepenuhnya, iaitu hidup dengan pendapatan USD600 sebulan untuk keluarga seramai enam orang dan 30 juta rakyat Iran hidup di bawah garis kemiskinan relatif dengan pendapatan USD900 sebulan.

Malam itu di kota Tehran, dari jalan Valiasr ke lorong-lorong belakang, saya tidak dapat tidur lena. Ketukan di pintu bilik hotel menambah kegerunan. Suara-suara rintihan bergema di setiap ruang.

Di bawah selimut, tiba-tiba teringatkan tanah air yang sudah lama ditinggalkan kerana mencari rezeki di perantauan. Bertanya tentang apa sahaja, walaupun tidak mungkin ada jawapan. Ke mana nanti anak-anak sendiri dan apakah ada cahaya di hujung terowong krisis ekonomi, krisis timur tengah dan krisis-krisis lain?

Tersambar memori lampau, permulaan yang memungkinkan jejak global. Kemiskinan mengubah hala tuju seorang anak kampung ke pentas bumi. Digamit rindu dari hembusan angin pergunungan Alborz, menyegarkan di balik seribu imej menggerunkan.

Ya! Apa khabar orang kampung?


PROFIL

FUDZAIL berkelulusan sains komputer & matematik dari New Zealand, pernah berkhidmat sebagai Pengurus IT di TV3 dan kini ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sejak 2000. Terbabit dalam pembinaan projek mega seperti Dubai Internet City dan Palm Jumeirah. Kini pakar runding untuk syarikat Turki, China dan Perancis di UAE. Pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan, Johor dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/7. Antologi puisi Waikato diterbitkan oleh DBP pada 2001 dan antologi cerpen Dotkomania (DBP - 2009). Trilogi Travelog A0teAr0A dalam proses pembikinan. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel fudzail@gmail.com dan blog 1426.blogspot.com

P/s: Kredit untuk saudara Fudzail..