Friday, July 31, 2009

Info - Bina Peribadi Waktu Makan

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua


"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita.. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."


2. Baca bismalah dan guna tangan kanan


"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu


"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain.. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."


4. Kawal suapan


"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Thursday, July 30, 2009

Abah

Abah...
Hari berganjak lagi…
Kesedihan dulu tetap menapak dihati ini..
Abah..mengapa mesti adik lalui semua ini..
Adik sedih sangat tanpa abah disisi…
Adik tahu adik bukan lagi budak2 yang merengek2 apabila inginkan sesuatu
Tapi adik tidak menyangka yang abah pergi terlalu awal dalam keluarga kita….
Abah jarang sakit..
Adik nak dengar abah mengadu sakit pun jarang2 sekali…
Abah tabah dalam menempuh hidup demi membesarkan kami sekeluarga…
Adik memang respek dengan abah….
Abah tak penah ada cuti…
Hari cuti abah hanyala hari raya pertama saja..
Hari raya kedua abah dah terbongkok2 dekat bengkel…
Adik kesian sangat kat abah..
Menitik air mata adik bila mengenangkan itu semua..


Abah..
Petang kejadian abah jatuh di bilik air rumah kita ,adik tak ada kat rumah…
Adik ada kat rumah sewa adik..
Adik tengah jalani praktikal..
Adik masih ingat lagi waktu tu..
Adik tengah solat maghrib,tiba2 adik terdengar deringan lagu dilemma di telefon adik..
Lagu dilemma adik setkan untuk semua keluarga kita…
Adik teruskan jugak solat adik hingga salam yang terakhir…
Tanpa sepatah doa,adik bingkas bangun menuju ke arah talipon adik..
Adik lihat tertera nama 'abah' di skrin..
Hairan jugak adik kenapa abah talipon…
Yang adik tahu abah akan talipon adik untuk tanya duit adaka tak dak jer…
Tapi adik baru datang rumah sewa 2 hari..mestila duit ada lagikan…
Adik miscall abah…hehe..adik ja berani miscall abahkan….
Kalau abang2 misscall abah,mesti abah marah depa sebab kedekut duit kata abah…
Tapi dengan adik abah tak pa plak….
Adik tunggu seketika..
Deringan lagu dilemma kembali berbunyi…
Adik pintas mengangkat..
Tapi kenapa bukan abah ditalian?
Hanya suara abang ngah dihujung talian…
Laju adik bertanya,kenapa ni…
'Abah jatuh bilik air'…
hanya itu yang adik dengar dr abang ngah…
adik kaget seketika…
abang ngah seolah2 cuba menenangkan adik…
dia kata abah jatuh sikit ja…
sekarang ada kat hospital..hospital Y…
HOSPITAL???
Kata sikit..kalau sikit,tak kan sampai ke hospital…
Setelah talian diputuskan,adik terdiam sejenak…
Beberapa titis air mata mengalir tanpa adik pinta…
Adik lansung tak menyangka ini berlaku…

Abah..
Selang bebarapa hari abang lang pulak menghantar mesej kat adik..
Katanya abah ditukarkan ke hospital besar A..
Eh..kenapa ke hospital besar plak ni..
Adik berfikir sendirian…
Adik kat sini senang lenang Tapi hanya berita itu yang adik terima…
Adik rasa abah memang teruk Tapi tak dak sapa yang cerita kat adik…
Esoknya adik ambik keputusan untuk menjenguk abah lepas abih waktu keja..
Petang tu lepas abih waktu keja,abang long dengan mak datang jemput adik di tempat praktikal..
Waktu tu abang long dengan mak diam ja..
Adik pun tak tau nak tanya apa…
Adik diam ja melayan perasaan…

Abah…
Tat kala adik melangkah kaki memasuki wad yang abah duduki,
Adik tercari2 tempat abah ditempatkan…
Adik tak nampak abah pun…mana abah ni...
Adik ikut ja kat belakang abang long dengan mak…
tiba2 abang long dengan mak berenti kat depan katil no 2….
Eh..abah ka ni…
Abah…menitik air mata adik kala itu..
Ntah ada yang perasan adik tak taula…
Abah terbaring kaku di katil itu…
Adik tak menyangka keadaan abah sampai tahap ni…
Adik pun masih tak tau yang abah rupa2nya stroke..
Adik ingat abah cuma luka sebab abang2 kata abah jatuh..
Adik memang rasa pilu sangat…
Mak suruh adik lapkan kepala abah dengan air…
Adik buat dengan titisan air mata masih lagi bersisa dimata ini…

Abah..
3-4 hari jugak abah ditempatkan di wad itu..
kesian abah…tak bergerak lansung…
adik tak sanggup lihat abah dalam keadaan yang macam ini…
kami bergilir2 tunggu abah di wad..
hari khamis abah dipindahkan ke wad yang lain..
wad biasa..
doctor dah tak bleh nak buat apa dah…
esoknya kami ambik keputusan bawak balik abah…
kami ambik keputusan nak cuba mengubati abah di klinik swasta terkemuka pula…
duit tak kisahla…kami akan usahakan juga…
adik teman abah kat dalam ambulan..
mak duduk di depan…
adik perati abah seerat2nya….
Adik masih tak menyangka ini adalah abah adik yang dulu…
Rasa gembira pula bila abah bleh duduk di rumah…
Bukan apa,masa untuk kami tengok abah lebih lama dan mudah..
Kalau dikatil hospital semuanya seakan2 terkawal..
Ramai kenalan abah dan sedara mara kita datang jengok abah…
Seharian adik jaga abah sebab harini 1 mei (cuti hari pekerja)…
Malamnya adik mintak abang teh antar adik ke rumah sewa..
tak pa,esok lusa adik balik lagi…
Adik pun segan jugak ambik cuti lama2…
Abah…adik tak menyangka yang malam itu malam terakhir adik dapat jumpa abah…
Tapi adik masih ingat lagi sebelum adik berangkat,adik angkat tangan lembik abah lantas adik cium…
Adik cium jugak pp abah…
Mata abah dah tak bergerak…mata abah dah lain..Tapi adik lansung tak syak apa2…
Adik salam dengan mak,lantas adik melangkah pergi jua…
Adik terus berdoa untuk kesihatan abah…
Adik nak abah sihat saja..adik tak kisah andai abah tak dapat berjalan pun..
Adik tak sanggup kehilangan abah..

Abah..
Esoknya adik pergi kerja mcm selalu…
Adik masih ingatkan abah…
Adik harap abah makin sihat sebab ramai yang dapat jaga abah kat rumah…
Tapi….Ianya berlaku juga…
Adik sungguh tak sangka panggilan dr abang teh petang tu adalah panggilan yang amat menyedihkan adik…
abang teh memang tak beritahu secara terus terang Tapi adik dapat merasakannya…
Dia cuma suruh adik balik tengok abah….
Adik memang dapat merasakannya….
Adik menangis semahunya di tandas pejabat....
Petang tu adik dijemput abang long yang baru balik dr klinik swasta yang akan kami bawa abah…
abang long pergi menempah nombor giliran…
Adik masih ingat lagi nombor itu…nombor 14…
Adik diam ja dalam kereta…
Adik lemparkan pandangan ke luar kereta..
Adik memang tak tahan Tapi adik cuba sabarkan diri adik…
Setiba kami di perkarangan rumah,adik tengok ada beberapa sedara terdekat di depan rumah..
Adik lantas turun dan menuju ke dalam rumah dan yang pasti tempat abah ditempatkan…
Pabila adik masuk,adik lihat kain tirai dibuat menutupi tempat sakit abah…
Adik berjalan menjengok kawasan yang ditutup…
Tika itu bagaikan halilintar yang dik rasakan….
Ada sekujur tubuh kaku diselimuti kain putih…
Meraung adik kala itu..
Adik tak peduli org sekeliling lagi….adik terlalu sedih…
Adik tak sempat jumpa abah…abah…itu kata2 yang terkeluar dr mulut adik…
tiba2 mak yang tersedu di penjuru kaki abah menerpa kearah adik dan memeluk erat adik…
Kami berpelukan….makin kuat raungan adik…
memang tak patut adik buat mcmtu Tapi apakan daya..adik memang tak dapat menahan….
Makcik datang menyabarkan adik….
Adik berlalu ke bilik adik..adik lihat tok sedang tersedu2 di birai katil adik…adik peluk tok…
Tok kata sabarla…dia p dulu…nak buat mcmmana….tok cakap jua walaupun adik tahu tok turut sedih dengan pemergian abah…
Tok suruh adik ambik air sembahyang dan baca yasin di sisi abah…
Adik turuti kata2 tok..
Air mata adik memang tak tertahan tat kala adik membacakan ayat2 suci itu disisi abah…
Adik tersedu2…bacaan adik lambat2..air mata adik laju turun…

Abah dikebumikan keesokkannya memandangkan abah meninggal petang…
malamnya kami mengaji untuk abah…
Esok ramai sedara mara dan sahabat handai datang menjengok abah buat kali terakhir…
Sebelum kain kapan melitupi sekujur tubuh abah,kami dibenarkan untuk mencium abah buat kali terakhir..
Adik mencium pp abah..air mata adik tak tertahan lagi..
Adik menangis semahunya…..
Abah dikebumikan dengan sempurnanya…
Adik terasa pilu sekali…abah adik dah tak dak…
Adik sedih sangat2..
Adik mengaji dikubur abah pabila siap dikebumikan….

3 malam kenduri untuk abah kami buatkan….
Ramai org datang kerumah…
Rasa sempit juga rumah ini kala itu…
Mujur abah kalut buat rumah sebelum abah pergi…
Kalau tak..ntahla. .mesti susah jgk nak jalankan majlis ni…

Abah..
Kala ini,adik kesorangan…
Adik teringatkan abah…
Adik tak boleh lihat lelaki sebaya abah dijalanan…
Adik terlalu ingatkan abah…
Pernah adik didatangi peminta sedekah sewaktu adik nak balik kg…
Muka pakcik tu hanya dapat adik ratapi sekali kerana air mata adik tak tertahan lagi…
Adik terbayangkan abah…
Adik hulurkan not seringgit buatnya lantas adik palingkan kepala ke luar bas…
Adik takut ada yang terperasan dengan situasi adik kala itu…
Kadang2 adik rasa abah masih ada dan abah pergi hanyalah untuk sementara cuma…
Adik seakan2 menunggu kehadiran abah di muka pintu…

Abah..
Adik masih ingat kata2 abah dulu..
Abah kata abah nak tinggal dengan adik bila abah dah tua nnt…
Abah kata adik ok…adik baik..tak banyak songeh…
abang2 adik ada perangai mcm nu dan ada perangai mcmni abah kata…
Adik ternanti2 saat abah tinggal dengan adik..
Tapi….
Semuanya tak sempat kita kecapi….

Abah..
Adik dah makin dewasa sekarang….
Dah 2 tahun abah pergi meninggalkan kami disini…
Adik dah habis belajar…
Sekarang adik ada kat rumah..
Adik belum bekerja lagi…
Adik teman mak dengan tok…
Adik takut nak keja lagi memandangkan mak dan tok kurang sihat sekarang….
Adik takut kejadian adik dengan abah dulu berulang lagi…
Kalau bleh adik nak apa2 yang jadi biarlah di depan mata adik…
Tapi,yerla.. sampai bila kan …
Cuma sekarang adik masih tak punya semangat untuk meninggal mereka berdua lagi…
Biarlah adik layan masa2 sekarang dengan keinginan adik terlebih dahulu….

Abah…
Adik sentiasa doakan kesejahteraan abah disana….
Adik doakan juga semoga kita semua dapat bertemu disana….
Abah…adik terlalu rindukan abah….
Satu hari nnt adik dan semua disini akan menjengah abah disana….
Sejahteralah abah disana….

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Kisah Benar - Anak Derhaka kerana Isteri tercinta

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...

Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong si kit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah si kit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedi kit demi sedi kit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak? " soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedi kit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sa kit , namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan i bad ah-i bad ah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya," kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sa kit terus-menerus. Penya kit nya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sa kit selama 10 tahun.

"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa ' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."


P/s: Kredit untuk penulis asal.

Wednesday, July 29, 2009

Info : Mujarab - Petua Dulu-Dulu

Petua dulu-dulu



MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP...
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT...
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

JIKA TERLEKAT TULANG...
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah, tul ang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

insyaAllah.

KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA
Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Petua Membersihkan Rahim
Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.

Petua Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..

RAMBUT BERUBAN...
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM, DURI & TULANG IKAN...
Ambil 3 bijik bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

BAU MULUT...
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

RESDUNG...
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA...
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

PERUT MASUK ANGIN...
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

RAMBUT UBAT KAKI PECAH...
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang pecah itu.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

KUDIS BUTA...
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

CACAR AIR...
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN...
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

UBAT PANAU...
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

SAKIT SIPLIS...
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

BISA-BISA TULANG...
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

KENCING MANIS...
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

DEMAM KUNING...
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

PENYAKIT KUNING...
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

UBAT KENCING BATU...
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK...
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan- bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

CIRIT BIRIT...
Ramuannya; bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya) ..Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

KENCING TIDAK LAWAS...
Ramuannya; madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

MENYEMBUHKAN LUKA...
Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

UNTUK MENGUBATI PENYAKIT BATU KARANG...
Ramuannya; madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

PENAWAR RACUN & SENGATAN BINATANG BERBISA...
Ramuannya; madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

PENAWAR GIGITAN ANJING GILA...
Ramuannya; daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

UNTUK MERAWATI MASALAH BATUK KERING...
Ramuannya; 1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

PENAWAR SESAK NAFAS...
Ramuannya; madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

PENYAKIT GAGAP...
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

BENJOL & LUKA YG TERUK...
Ramuannya; buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

MATA BERSELAPUT.. ..
Bahan-bahannya; Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu. kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

TAJAMKAN MATA GUNTING...
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.

MENCUCI KOTORAN PADA PAKAIAN...
Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau. Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci. Kotor yang terkena minyak pula maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh. Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.

MEMPERCEPATKAN NANGKA MASAK...
Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang 10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak.

MENYEGARKAN BAU TEKO YANG TELAH DISIMPAN LAMA...
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.

MENCUCI KERAK PERIUK...
Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

PAKAIAN ANDA TERKENA GETAH & TERKENA KUNYIT...
Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian.

Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.

MENAHAN AIR LIUR ANAK DARI MELELEH KELUAR...
Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah- mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

SUSAH TIDO...
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan. Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

BAHAYA TIDO DI SIANG HARI...
Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal.

LARANGAN & PERATURAN SELEPAS MAKAN...
Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN...
Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya

CARA HAPUSKAN KELEMUMUR...
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.

MENEGANGKAN MUKA...
Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan leher sebelum tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan beransur hilang.

MEMEKATKAN SUP...
Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

IBU HAMIL...
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

HIDUNG BERDARAH...
Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

MENGUBATI PENYAKIT JANTUNG...
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.

MENGHITAMKAN ALIS MATA...
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis...
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

MENGHILANGKAN JERAWAT BATU...
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.

SUPAYA GIGI DILIHAT LEBIH PUTIH...
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

MENYEMBUHKAN GUSI BENGKAK...
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.

RAMBUT...
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang²nya seminggu sekali.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT...
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

HILANGKAN KARAT PADA GIGI...
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

MENGHILANGKAN CAGU...
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

KHASIAT BAWANG...
1. pening kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
Makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. susah hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

MATA TERMASUK LADA...
Apabila anda sedang menumbuk lada untuk membuat sambal belacan sekali dengan tiba-tiba ia tepercik masuk ke mata, anda tak perlu risau.. ambil air dan siram kedua belah kaki anda, dengan beberapa saat mata anda akan hilang pedihnya.

MENGHARUMKAN RUMAH...
Ambil beberapa helai daun pandan,mayang seperti membuat bunga rampai.letakkan dalam bekas atau bakul.bolehlah diletakkan di ruang tamu,dapur,bilik tidur atau dimana saja sesuai.mudah dan menjimatkan. selamat mencuba.

MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN...
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

SEGARKAN MATA...
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

UBATI BIBIR YG PECAH...
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

MENGATASI MABUK SEMASA PERJALANAN JAUH...
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG.. .
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

TONIK UTK MENGUATKAN PARU-PARU...
Jus buah pear dan pie digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk mengubati masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. la bertindak sebagai tonik yang membersih dan menguatkan paru-paru serta menjauhkan penyakit-penyakit berbahaya seperti batuk kering.

Minuman itu, yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan C dan niasin merupakan penawar bagi mengubati demam panas. la mendatangkan kesan yang menyejukkan ke atas sistem tubuh badan, sekali gus menurunkan suhu badan yang panas.

Kedua-dua jenis buah itu, yang berasal dari Asia Barat dan Eropah, juga membantu meredakan masalah perut meragam. Tabiat makan yang berlebihan atau terlalu banyak mengambil makanan berlemak atau berempah boleh menyebab-kan sistem penghadaman terganggu akibat pengumpulan asid yang berlebihan.

Jus buah pear-pie, jika disedut perlahan-lahan, bertindak meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut.

Perjalanan jauh sama ada dengan kereta atau bas boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami alahan seperti pening dan muntah.

Satu petua untuk mengelakkan alahan seumpama itu ialah dengan meminum jus buah pie-pear. Mereka juga digalakkan membawa bekalan jus pie-pear semasa dalam perjalanan jauh.

Wanita mengandung atau mereka yang sering kali mengalami alahan seperti pening dan muntah-muntah semasa berjalan jauh juga dinasihatkan membekalkan jus buah pear.

Minuman itu juga sesuai diamalkan untuk menghilangkan rasa loya seperti yang sering dialami oleh wanita mengandung pada waktu pagi.

BADAN RINGAN & BERTENAGA...
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH...
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.

MENGHILANGKAN BAU HAMIS DI KUALI...
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.

MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH...
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam - 1 pain air).

IKAN HARUAN X HANYIR...
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT...
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.

MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT...
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

ELAK JAG KACA PECAH...
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!

MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI...
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

TAUGE SEGAR...
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

ATASI NASI MENTAH...
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.

MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI...
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.

AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....

MENGATASI NASI LEMBIK...
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

MELEMBUTKAN DONAT...
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

DAGING KAMBING TIDAK BERBAU...
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba

MENCUCI SETERIKA KOTOR...
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.

PENGISAR SENTIASA TAJAM...
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

PENYAKIT LUPA...
Antara penyebabnya adalah:-

- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelah i sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan
Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

TANDA-TANDA AWAL KANSER...
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

RAHSIA ROTI CANAI...
Assalamua'laikum. ... Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.

Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.

Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.

Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.

Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.

TIPS KESIHATAN & KECANTIKKAN UTK WANITA 30-an
Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je... seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

"Wanita... sumber ilham selalu.."



Sabar..Yakin. .Redha
Selamat Mencuba
*********InsyaAllah *********

P/s: Artikel ini saya ambil dari e-mel. Kredit untuk penulis.

Saturday, July 25, 2009

Puisi - Melayu Oh Melayu!

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.