Tuesday, April 28, 2009

Mutiara Kata - Orang Kata...

ORANG KATA....
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA.....
betul jugak tu..
-------------------------------------------------------------------------------------
ORANG KATA...
exam tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study.. past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA...
exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA...
betul jugak tu..
-------------------------------------------------------------------------------------
ORANG KATA...
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!

ATUK KATA...
setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..

AKU RASA...
betul jugak tu..
-------------------------------------------------------------------------------------
ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat,
baru hati puas

ATUK KATA...
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA...
betul jugak tu..
-------------------------------------------------------------------------------------
ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo ....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA...
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA...
err.. betul jugak tu..
-------------------------------------------------------------------------------------
So......

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.


P/s: Kredit pada penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Lawak - Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki
bas ekspres Kuala Lumpur -Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas Encik..
tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya.
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya
pada penumpang disebelahnya. .
Sudah sampai Ipoh belom?
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab..
Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu
untuk kesekian kalinya,
Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..
Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si
anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika
sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar..si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya
pada para penumpang..
Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas
itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun! Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata..
Oh sudah sampai ya!
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. . Seluruh
penumpang kehairanan.. .
Bukankah kamu hendak turun di Ipoh? tanya pemandu kebingungan.
Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh
makan nasi bungkus ni!

P/s: Kredit pada penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Thursday, April 23, 2009

Puisi - Hidup Ini Bukan....

Hidup ini bukan untuk dimiliki
hidup ini bukan untuk dikhianati
tapi hidup ini untuk kita lalui
satu jalan yang kadangkala sepi
satu nikmat yang penuh bererti
hidup yang bahagia
tak selamanya indah
hidup yang derita
tak selalunya gundah
jalan yang dipilih
mungkin silap
mungkin juga betul
jika keliru
minta bantuan Ilahi
jika buntu
cari bantuan Yang Satu
moga kau bijak memikir
agar tak tersilap
kau jangan cepat serah
takut nanti kau gagal
gagal sekali
mungkin boleh dibaiki
tapi gagal terus
tak berguna lagi....

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Cerpen - Belaan

Belaan

Terdengar pintu diketuk bertalu-talu. Begitu kuat sekali ketukannya sehingga menggegarkan rumah kayu beratapkan nipah itu. Pak Usop yang sedang lena dibuai mimpi menjadi terkejut. Hampir-hampir sahaja beliau terjatuh dari katil usang miliknya. Hatinya mula berbunga kemarahan. Siapakah gerangannya yang begitu kurang sopan sekali mengetuk pintu rumahnya pada waktu dinihari begini?

Pak Usop terpisat-pisat sambil membetulkan duduknya yang sedikit mengiring. Fikirannya masih berbalam-balam. Sambil mengenyehkan mata, beliau membebel dalam nada berbisik. Mengganggu tidur seorang tua seperti dirinya pada waktu-waktu sebegini membuatkan beliau menyumpah seranah dalam hati. Ketukan pada pintu rumahnya masih kedengaran. Malah ianya semakin kuat. Akhirnya Pak Usop bangun dari katil dan melangkah menghampiri pintu rumah miliknya yang hanya beberapa kaki dari bilik tidur.

"Hah..!! Apa yang korang nak tengah-tengah malam macam ni..?! Tak boleh tunggu siang ke..?!", ujar Pak Usop sebaik sahaja beliau membuka pintu.

Kelihatan beberapa orang pemuda dan warga tua kampung sedang berdiri sambil merenung tepat ke arahnya. Dua orang dari mereka membawa jamung dan yang lain memegang parang di tangan. Pak Usop agak sedikit cuak. Tambahan lagi bila melihatkan Shuib yang juga seteru kuatnya dalam kampung itu turut sama berada di dalam kumpulan itu. Dia bukannya gentar pada Shuib.. Cuma dia risaukan perangai musuh kuatnya itu yang selalu mencari jalan untuk menjatuhkan dirinya.

"Kami datang ni sebab nak suruh engkau berambus dari kampung ni..!! Engkau ni bawak sial..!! Engkau dengan hantu belaan engkau sama saja jahatnya..!! ", tengking Shuib secara tiba-tiba.

Pak Usop menjegilkan biji mata. Dendamnya pada Shuib semakin menebal setelah menyaksikan lelaki itu beriya-iya memintanya supaya keluar dari kampung ini. Ditenungnya wajah Shuib dengan pandangan yang penuh dengan api kemarahan. Sudah beberapa kali dia menghalau Shuib dengan menggunakan kekerasan. Baginya lelaki seperti itu seumpama kulat dalam masyarakat. Tak boleh lihat orang lain senang. Shuib pula langsung tidak kisah. Dia bukan datang dengan keseorangan seperti biasa. Kali ini dia datang dengan di sokong oleh orang-orang kampung. Tentunya Pak Usop tak berani bertindak kasar terhadap dirinya. Senyum Shuib semakin melebar. Sama lebarnya dengan harapan dirinya untuk melihat Pak Usop dihalau pergi oleh orang-orang kampung.

"Aku dah kata aku tak bela apa-apa..!! Kau tak faham ke Shuib..?! Ayam itik pun aku tak bela.. Kalau aku nak makan ayam, aku pergi pasar.. Inikan pulak bela hantu..!!", bidas Pak Usop.

"Pak Usop jangan nak temberang kamilah..!! Dengan budak kecik Pak Usop boleh tipu tapi dengan tok imam ni jangan harap..!!", balas Shuib sambil menyorok di belakang imam kampung yang turut serta dalam kumpulan itu.

Penduduk kampung yang mendengar tuduhan Shuib itu serta-merta bersorak. Masing-masing mengarahkan agar Pak Usop segera meninggalkan kampung itu. Imam dan dua tiga ahi kariah masjid lagi berusaha menenangkan kumpulan yang dirasuk amarah itu.

"Sabar.. Sabar dulu..!! Betul ke engkau ada bela hantu raya macam yang dicakapkan oleh Shuib ni Sop..?! Tadi ada sorang budak perempuan pengsan kat tepi pokok besar sebelah kedai Wong.. Dia kata dia ternampak hantu berbulu dan tinggi macam pokok kelapa.. Lepas tu dia kata muka hantu tu serupa macam muka engkau..!!", soal Imam Saidan. Pak Usop hanya mendiamkan diri tanpa sebarang butir bicara.

"Macam nilah Sop.. Kalau betul engkau ada 'membela', aku mintak engkau buanglah benda tu cepat-cepat. .!! Berdosa besar hukumnya meminta pertolongan dari makhluk halus..!! Itu dah tergolong dalam perbuatan syirik engkau tahu tak..?! Nauzubillah. .", ujar Imam Saidan pada Pak Usop yang kekal diam seribu bahasa.

Kumpulan itu akhirnya diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing oleh Imam Saidan. Shuib yang masih tidak puas hati mengepal penumbuk lalu dihalakan pada Pak Usop yang memandang tepu. Selagi Pak Usop tidak dihalau, hatinya semakin jadi tak senang. Kerana kelancangan mulut Pak Usoplah yang membuatkan Lili berpaling tadah dan meninggalkan dirinya. Pak Usop telah memberitahu bapa Lili yang dia melihat Shuib sedang asyik mengendap Lili yang ketika itu sedang mandi di dalam bilik air. Terus bapa Lili menghambatnya keliling kampung sehari suntuk dan Lili pula menyimpan rasa benci pada dirinya. Itulah yang membuatkan Shuib begitu berdendam pada Pak Usop.

Selepas semua orang sudah pulang ke rumah masing-masing, Pak Usop kembali berbaring di atas katil setelah menutup pintu rumahnya. Sambil meletakkan tangan di atas dahi, Pak Usop termenung sendirian. Memikirkan kata-kata Imam Saidan pada dirinya sebentar tadi. Meminta pertolongan pada makhluk halus adalah termasuk dalam golongan syirik dan berdosa besar. Kepada Tuhan sepatutnya kita meminta bantuan. Pak Usop menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya keluar dengan berat. Sudah sampai masanya dia bertindak. Sudah sampai masanya untuk dia kembali ke pangkal jalan.

Pak Usop kemudiannya bangun semula. Sesekali pandangannya dihalakan ke arah luar tingkap bilik. Tepat menghala ke arah sebuah pondok kecil yang tidak pernah digunakan selama bertahun-tahun. Pak Usop bingkas bangkit dari duduk dan menuju ke dapur lalu mengambil dupa kemenyan miliknya. Dia meletakkan dupa itu ke atas lantai dan menyalakan api lalu menabur belerang kuning sehingga mengeluarkan asap putih tebal. Semerbak bau kemenyan menyelubungi sudut ruang bilik itu yang berdindingkan kayu semata. Mulut lelaki tua itu terkumat-kamit membacakan sesuatu yang tidak dapat difahami.

Sekonyong-konyong di hadapan Pak Usop, muncul satu lembaga berbulu merah gelap, bertanduk serta bertaring tersenyum ke arah Pak Usop. Lembaga itu menadahkan tangan menayangkan barisan kukunya yang meruncing seperti meminta sesuatu dari Pak Usop. Segera Pak Usop mengalihkan dupa ke tepi dan duduk bersila membelakangi lembaga tersebut.

"Kenapa kau panggil aku Sop..?! Bukankah kau pernah kata yang kau sudah tak perlukan aku lagi..?!", ujar lembaga itu dalam keadaan gema bersahut-sahutan.

"Memang aku tak perlukan engkau..!! Aku dah lama tinggalkan ilmu warisan nenek moyang aku ni.. Tapi engkau dah melampau..!! Kenapa engkau ganggu orang kampung..?! Mereka tak ada buat salah apa-apa dengan engkau..!!", jerit Pak Usop dengan mata yang mencerlang garang.

"Siapa kata dia tak salah..?! Perempuan tu buat maksiat dekat pokok tempat aku selalu duduk..!! Aku tak kacau mereka.. Mereka yang ganggu aku..!!", bidas lembaga itu menafikan.

"Sudah..!! Itu aku tak mahu tahu.. Sekarang ni aku nak beri engkau satu tugas..!! Kalau engkau berjaya selesaikan tugas ni, engkau takkan berpisah dari aku buat selama-lamanya. .. Ini janji aku..!!", tegas Pak Usop.

"Aku mahu engkau ambil bulu ini dan pergi ke arah hutan dara sana.. Tunggu sehingga bulu ini bertukar menjadi lurus..!! Jikalau tidak, engkau tak boleh pulang ke rumah ni lagi.. Faham..?!", ujarnya lagi seraya menyerahkan sehelai bulu yang halus tetapi berkerinting di tangannya pada makhluk tersebut.

Lembaga itu tersenyum meleret menampakkan taringnya ke arah Pak Usop. Semenjak Pak Usop tidak lagi menghiraukannya, ia merasa sangat lapar. Pernah juga beberapa kali ia menghasut Pak Usop dengan janji-janji manis asalkan lelaki tua itu tidak lagi membiarkannya kelaparan. Ia mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Pak Usop. Lalu berjalanlah ia menembusi dinding rumah dan seterusnya menuju ke arah hutan dara yang jauh dari situ demi menuruti syarat yang dikemukakan oleh tuannya.

Pak Usop tersenyum puas. Nampaknya helah beliau telah berjaya memperdayakan makhluk halus itu. Pak Usop yakin yang hantu raya belaannya akan kekal berada di dalam hutan dara itu buat selama-lamanya kerana ia takkan dapat meluruskan bulu kerinting yang diberi sebab bulu itu adalah bulu ketiak Pak Usop sendiri. Dinihari itu Pak Usop tidur dengan wajah yang tenang. Tidak pernah dirasakannya ketenangan yang sebegitu rupa sepanjang dia memelihara hantu raya yang telah berjaya diperdayakan olehnya sebentar tadi. Senyum Pak Usop melebar dengan hati yang berbunga keriangan. Dia kini telah bebas.

Keesokan harinya ketika Pak Usop sedang menikmati sepotong kuih yang dibeli dari warung Asmah pagi tadi, secara tiba-tiba hantu raya belaannya muncul semula dengan senyuman girang. Tersembur minuman yang sedang diteguk oleh Pak Usop ke wajah hantu raya itu. Dalam keadaan getar, Pak Usop seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Mana mungkin hanya satu malam sahaja, hantu raya itu sudah berjaya meluruskan bulu ketiaknya?

"Kau.. Kau buat apa dekat sini..?!", soal Pak Usop tersekat-sekat.

"Aku sudahpun menunaikan apa yang engkau suruh.. Sekarang kita sudah bersebati untuk selama-lamanya. .!!", ujar hantu raya tersebut sambil mengunjukkan kepada Pak Usop sehelai bulu pada tangannya.

Memang benar. Bulu ketiak yang diberi oleh Pak Usop sudah bertukar menjadi lurus. Pak Usop memegang bulu itu dengan gigil di seluruh tubuh. Niat di hatinya untuk memperdayakan hantu raya belaannya disangka sudah berhasil tetapi lain pula jadinya sekarang. Nampaknya dia tidak akan dapat menjauhkan diri dari makhluk itu sampai bila-bila. Sambil menggaru kepala, bertanyalah Pak Usop akan rahsia makhluk itu yang begitu handal sehingga dapat meluruskan bulu ketiak yang kerinting kepada lurus dan bermaya.

"Bagaimana engkau boleh meluruskan bulu ini..?! Aku macam tak percaya..", tanya Pak Usop pada makhluk belaannya.

"Apa susah..?! Aku pergi kat salon penjagaan rambut dan mintak diorang buat teknik 'rebonding' jelah..!! Malam tadi semua kedai tutup.. Pagi tadi lepas kedai dah bukak baru aku boleh buat..!! Nasib baik pelanggan tak ramai..", jawab hantu raya itu dengan wajah selamba.

Lalu Pak Usop pun terus pengsan dan tidak bangun-bangun selama dua ratus tahun.

Grad '09 Big Smile
From
Azalea Kamarudin
3F Resources Sdn Bhd

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Monday, April 20, 2009

Puisi - Surat Kampus Untuk Ayah Di Desa

Surat Kampus Untuk Ayah Di Desa

Ayah,
desa kita tentu kini
musim buah-buahan
langsat duku tentu sedang
menguning
rambutan pulasan tentu sedang
masak kemerahan,
sayang sekali
laut yang biru
langit yang putih
tidak terdaya nak dibawa
untuk anakanda nikmati
rasanya yang enak itu.

Ayah,
sawah padi kita tentu menjadi
tentu beras baru dapat jua dirasai
di kolam tentu haruan puyu keli
hidup membiak
bolehlah dijadikan lauk kegemaran
gulai asam pedas masakan bonda
sayang sekali ayah
semuanya itu hanya membuat diriku
rasa kempunan saja bila
mendengarnya.

Ayah,
anakanda tahu
begitulah kalau ayah sihat
memang tidak duduk diam
ada saja yang hendak dilakukan
itulah yang anakanda doakan
agar ayahbonda
sentiasa hidup gembira dan bahagia.

Ayah,
sebenarnya surat ini bertandang
ingin memberitahu berita gembira
tentang kepulangan anakanda
tak lama lagi
pulang bersama membawa segulung
ijazah
yang diperolehi
setelah penat lelah bertahun-tahun
menimba ilmu di negara orang.

Ayah,
dengan berita ini
tentu ayahbonda
rasa bersyukur apabila
mendengarnya
Allah telah mengabulkan cita-cita
ayah
selama ini yang diimpikan.

Ayah,
setakat di sini dahulu
kalam anakanda berlari
insyaAllah pada lain masa
dapat kita bercerita lagi.

Akhirnya, sambutlah
salam mesra anakanda
buat keluarga kita semua.

Wassalam

Mahad A. Bakar
Klang, Selangor
Dipetik dari Harakah
Keluaran 20-23 April 2009

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Saturday, April 18, 2009

Mutiara Kata - Tenang Dan Bahagia Payah Kita Dapat

Untuk mendapat kesenangan memang mudah
Untuk mendapat ketenangan amat payah
Mendapatkan harta atau kekayaan mudah juga
Tapi untuk mendapatkan kebahagiaan sangat susah

Untuk kemudahan hidup tidaklah terlalu payah
Namun untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan,
Jauh sekali apa yang diharapkan
Kesenangan adalah perkara luaran, tidak mesti tenang
Kemudahan hidup juga adalah perkara lahiriah,
Tidak mesti bahagia
Tenang dan bahagia adalah perkara dalaman
Tenang dan bahagia adalah sifat hati atau jiwa
Tenang dan bahagia tidak mungkin dapat dari harta
Atau didapati melalui pangkat, nama dan glamour.

Bahkan orang yang berharta, berpangkat,
Ada nama dan glamour
Selalu sahaja sakit jiwa
Hidup gelisah, resah dan keluh-kesah, effectnya marah-marah

Tenang dan bahagia itu adalah cintakan Zat yang Maha Agung
Tuhan pencipta manusia, yang mempunyai segala-galanya
Siapa yang dapat mencintai-Nya tidak ada kecewanya
Mencintai-Nya tidak menjemukan
Mencintai dunia dan nikmatnya sudah tidak ada ertinya
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Mendapatkan Tuhan ertinya mendapatkan segala-galanya.


P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Lawak - Kecik Ati Kiter

Ari tu kan .... rasa² nya hari khamis malam jumaat. Hari tu kan , hujan renyai². Sejuk wooo... sampai tulang hitam.

Kiter tak der tempat nak tumpang berteduh..... tetiba kiter teringat rumah awak dekat jer ngan tempat kiter tuh...

Kiter pun pergi lah rumah awak.....

Kiter ketuk pintu.... 1x, 2x, 3x, 4x, 5x, 6x, 7x, 8x, 9x, 10x, 11x,12x, 13x, 14x, 15x, 16x, 17x, 18x, 19x, 20x, awak buat dek jerr.... ohhh malam jumaat kot...

Kiter pun ting tong awak... ting tong, ting tong, ting tong, 1x, 2x, 3x, 4x, 5x, 6x, 7x, 8x, 9x, 10x, 11x,12x, 13x, 14x, 15x, 16x, 17x, 18x, 19x, pon awak buat tak tau jer .....

Pas tu kiter dengar ada orang jalan kat pintu umah awak, plahan² buka pintu.... Ohhhh ada jugak orang kat umah, boleh saya bertumpang teduh.... kot² adala kopi panas ker... milo panas ker.... cekodok ker... lempeng gula merah + susu ker...., peria masak lemak cili api ker....spagetti ker... ala...

maklumlah.. hujan, kiter lapar, cam dah lamer jer kita tak makan...tapi memang dah lama pun.....

Tapi yg kiter kecik ati sangat tuh.... bila awak bukak jer pintu.... awak terus tutup balik.... dah lah tu siap menjerit lagi... tak sempat pun kiter bagi salam....

heh..... walaupun awak pernah kate kiter tak der hati perut... takperlah tapi kali ni betul² kecik ati kiter tau...



yang benar,

















Kiter

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Lawak - Lembu VS Basikal

Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.

Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.

Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.

Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.

Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Friday, April 17, 2009

Lawak - Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa.... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....! !! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

------------ --------- --------- --------- --------- ---------
Norfadzilah Bte Abd Wahid ( Ain Wahid )
QA Dept
Top Empire Sdn Bhd
Tangkak Johor ..

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetukan untuk menjaga keaslian karya.

Lawak - Salah Selipar

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

"Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.

"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

------------ --------- --------- --------- --------- ---------
Norfadzilah Bte Abd Wahid ( Ain Wahid )
Tangkak Johor ..

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Puisi - Aku Yang Begini

Apalah nak jadi nih
Apalah nasib diri
Saban hari asyik begini
Ada saja yang maki caci

Ku buat salah
Ku cakap salah
Tak buat salah
Tak cakap salah

Hilang dah sanubari
Jiwa tanpa isi
Suci dan murni
Dah tiada dalam dictionari

Sesuka dihati
Itulah vokabolari
Duniawi dibutuhi
Maruah boleh jual beli

P/s: Kredit untuk Koboi AhBeng, e-mel ahbengkoboi@gmail.com.

Coretan - Mengapa WANITA Sangat Istimewa....

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu...tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ....g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring....mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dan hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

The Life of Iranian President Ahmedinejad

Teringat Tok Guru Nik Aziz...

The Life of Iranian President Ahmedinejad

The FoxNewsTV (USA) asked the Iranian President Ahmedinejad,

'When you look into the mirror in the morning what do you say to yourself'?

He answered: I see the person in the mirror and tell him 'Remember' you are no more than a small servant, ahead of you today is the heavy responsibility, and that is to serve the Iranian nation'.

Ahmedinejad, the Iranian President who astonished many when he first reached to the office of the Presidency by donating all the high valued Iranian carpets to one of the mosques in Tehran by replacing them with the low cost ordinary carpets. He observed that there was a huge extravagant lounge for receiving and welcoming the VIPs and he ordered it to be closed and asked the protocol office to arrange for an ordinary room only with wooden chairs.

On many instances he joins the cleaning staff of the municipality for cleaning the streets in the area where his home and the Presidency are located.

Under his authority whenever he appoints any minister to his post he gets a signed document from him with many points particularly highlighting that he shall remain poor and that his personal and his relatives accounts will be watched and the day he leaves the ministry shall be with dignity, and therefore it is not lawful for him or his relatives to take any advantage of his office. First of all he declared himself for all the 'Big' wealth and the property he owned was a Peugeot 504 car, model 1977, an old small house inherited from his father 40-years ago in one of the poorest zones in Tehran. His accounts with a zero balance and the only money comes in to his a/c was from his salary from the university as a lecturer with an amount of US$ 250 only.

For your information the President still lives in that same house. This is all what he owns; the president of one of the world's important countries; strategically, economically, politically and with regard to its oil and defense. He even doesn't take his personal salary with the argument that all the wealth belongs to the nation and he is the safeguard over it.
One of the things that impressed the staff at the presidency is the bag the President brings with him every day, which contains his breakfast; some sandwiches or bread with olive oil and cheese prepared by his wife and eats and enjoys it with all happiness.

One of the other things he changed was his personal carrier 'the President's Aircraft' to a cargo aircraft in order to save the spending from the public treasury and he ordered that he will be flying with the ordinary airline in the economy class.. He organizes meetings every now and then with all the ministers to know their activities and efficiency and he closed down the office of the Manager of the president and any minister can enter to his office without any permission. He also stopped the welcome ceremonies like the red carpet, the photo session or any personal advertisement or respect of any kind while visiting any place in the country.

Whenever he has to stay in any of the hotels he asks them to make sure not to give him a room with any big bed because he doesn't like to sleep on beds but rather likes to sleep on the floor on a simple mattress with a blanket.

Refer to some of the photographs which also confirm the above.. The Iranian president is sleeping in the guest room of his house after getting away from his special guards who follow him wherever he goes and photo is taken by his small brother according to the Wifaq Newspaper which published this photo and the next day the photo was published in most of the world's newspapers and magazines and particularly the Americans. During the prayer you can see that he is not sitting in the first row. And the final photo is of his dining room where the president is busy eating his simple meal.




P/s: Credit to the original writer.

Wednesday, April 15, 2009

Lawak - Kisah Sepasang Kekasih

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra.....
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang.....
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu..... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..... sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie..... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…..bedebik! !!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu..... buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)..... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang..... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua..... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman.... .
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman.... . kat Jepun adalah..... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie..... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie..... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu..... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu..... yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu..... tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi.....
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do.....
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut.... . tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie..... buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjamin keaslian karya.

Kisah Benar - Kau Tulang Rusukku

Assalamualaikum;

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan
pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang
indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan
muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing
dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai
menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka
mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi
semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di
seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan
saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan
secara spontan juga berteriak "Saya menyesali
perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,
tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin
untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya
bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,
tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia
pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak
menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya
dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak
sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di
airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan
perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang
hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan
penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi.
Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA
adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu,
sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali
merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa
sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya
sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang
yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari
kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati...

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah
dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan
menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang
yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan setanding dengan akibat yang akan
diterima??

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Tuesday, April 14, 2009

Lawak - Kenapa Aku Letih Bekerja

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja....

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie....

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Monday, April 13, 2009

Sekadar Peringatan

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM......

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan..
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email.. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.......

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala Kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Friday, April 3, 2009

ALAMAK! Kita Masuk Neraka Tak?

Kelmarin saya singgah sebentar di rumah kakak saya untuk menghantar sedikit pesanan.
sedang duduk bersembang dengan anak saudara yang bongsu terpacul soalan dari mulutnya.
"uncle, kita masuk neraka tak?" Saya terdiam, terkedu seketika dengan soalan bonus ini.

Abang dengan kakaknya juga menanti jawapan dari saya.

Saya mulakan jawapan saya begini. Dengan niat agar anak2 ini mengenali ALLAH
dengan cara yang mudah, saya mulakan dengan bertanya kembali kepada anak2.
"Biasa tak baca Isti'azah dan Basmallah...?" Mereka mengangguk.

Kemudian saya menyambung, "Dalam dua ungkapan tadi yang pertama kita
memohon perlindungan kepada ALLAH. Ertinya ALLAH ini MAHA MELINDUNGI.
Kerana ALLAH itu Maha Perkasa, MAHA KUAT", jelas saya.

"Untuk menghukum hamba-hambaNYA bukan perkara pertama untuk ALLAH. ALLAH
sentiasa membuka pintu taubat ". mereka dah mula pandang saya dengan
pandangan hati yang mengatakan, "Apa uncle cakap ni?"

"Dalam ungkapan kedua ada dua sifat ALLAH iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Ertinya ALLAH ini Maha Pemurah dan Maha Penyayang". "Ada ke yang sebut
ALLAH akan masukkan kita dalam neraka?" sambung saya lagi. Anak2 ini
menggelengkan kepala.

"Dalam ayat al-Quran yang lain ada ALLAH sebut, ALLAH akan humbankan
mereka yang ingkar dengan perintah ALLAH dan tak bertaubat dalam neraka"
tambah saya.

"Jadi, korang kena ingat ALLAH MAHA PENYAYANG lebih daripada papa dan
mama sayangkan korang. Jangan buat jahat. Jangan ambil hak orang.
Jangan tinggal solat. Time puasa kena puasa. Dah keje nanti jangan lupa
bayar zakat. Kumpul duit pergi haji. Jadi insan penyayang yang lembut
percakapannya pada orang muslim dan mukmin dan kena tegas dalam tegakkan
hak ALLAH. Baru ALLAH sayang dan tak masukkan kita dalam neraka. Tapi
kalau kita dari golongan orang yang suka buat dosa, neraka la tempat kita.
Faham?"

Anak2 saudara saya mengangguk.

sambung saya lagi.

"Ibadat ni bukan setakat solat, zakat, puasa, haji, baca quran sahaja.
Berbuat baik pada rakan2 di sekolah juga ibadat. Tolong mama lipat baju,
ibadat. Belajar bersungguh-sungguh, ibadat. Makan, ibadat. Tidur, ibadat.
Tidak mengeluarkan kata yang menyakitkan hati juga ibadat." jelas saya.

"Kematian kita nanti bukan bererti segalanya sudah berakhir.Tetapi ia
merupakan permulaan kepada suatu kehidupan yang tiada akhirnya."

"Kalau kita tak tahan dengan teriknya matahari pada siang hari, macamana
kita nak hadapi keadaan di mahsyar nanti yang matahari hanya sejengkal
sahaja dari kepala?" soal saya tanpa perlu jawapan.

Saya kata kita mesti ada visi yang melangkaui kehidupan dunia. Dan jangan
salah anggap pada visi. Kalau nak rumah besar dan kereta besar, kena
berusaha untuk ke arah itu. Tapi mesti ikut peraturan yang telah ALLAH
tetapkan. Jangan salah anggap ibadat itu dengan pikiran yang sempit.

Tapi kalau dah berusaha untuk dapat rumah besar, kereta besar tak dapat
jugak. Redha. Mungkin ALLAH simpan untuk kita di 'sana' nanti. Sebagaimana
sesetengah orang yang buat onar kat dunia ini, tapi rileks aje, tak kena
bala pun. Tanpa dia sedar ALLAH simpan bala itu menantinya di 'sana'.

Ayah dan ibu mesti tetapkan visi dan misi untuk anak. Corak anak kita dari
sekarang. Kita pun tak tahu apa hasilnya nanti. Kalau baik, alhamdulillah.
Kalau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita dah berusaha. Bukan kita yang
beri hidayah pada anak2 tapi kita boleh ajak anak2 cari hidayah ALLAH.

Secara peribadi saya berpendapat, hidayah ini dicari bukan datang sendiri.

Hidayah ni ada beberapa jenis. Hidayah yang saya maksudkan adalah petunjuk
kepada jalan ALLAH yang akan mejamin kesejahteraan kita dunia dan akhirat.

Merasa api itu panas, kesakitan, kelaparan dan sebagainya juga dinamakan
hidayah. Tapi secara asasnya. Tak silap saya disebut Hidayah Tabi'i.

Berdoalah kita agar sentiasa dalm keampunan dan kesejateraan daripada
ALLAH SWT. Semoga hidup kita akan lebih tenang. Tenang itu satu
kebahagiaan.

Wassalam.

~kawan keman~

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjamin keaslian karya.

Cerpen - Ibu Misali

IBU MISALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibu nya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibu nya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibu nya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya d ibu atnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu . "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu , walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu , ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu , Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu . Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu ."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu ."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya d ibu ka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu - ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu - ibu lain, terutama ibu - ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu - ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

(Dewan Sastera Mei 2000)

P/s: Kredit untuk penulis asal.