Tuesday, March 31, 2009

ALAMAK! Kematian Dan Solat

Assalamu'alaikum wrt wbt

Apa khabar sahabat2 yang dikasihi sekalian?

Dalam ruang masa yang ada, saya saja2 la buka youtube.
fikir punya fikir tajuk apa yg nak di cari ni....hmmm teringat la kontroversi tentang sajak kematian.
tak silap saya kes ni berlaku tahun 2008. yang mana ustazah sebuah sekolah menggunakan klip seksaan kubur sebagai jalan untuk mengajar murid2 sekolah agar jangan meninggalkan solat.
lantas digembar gemburkan oleh buletin utama.

saya klik buletin utama nov 2008.

Saya hanya mampu menggeleng kepala menyaksikan 2 orang yang bergelar
ibubapa mengulas perkara ini dalam laporan berita itu. Bapanya mungkin seorang mualaf warga asing,
ibunya melayu Islam.

Mungkin si bapa masih belum faham tetapi si ibu juga nampaknya
macam tak faham apa.

Dalam buletin utama tersebut ditunjukkan sedikit klip sajak kematian
tersebut. kualitinya boleh tahan canggih.

Si ayah mengatakan sepatutnya klip berkenaan hanya sesuai untuk tontonan
18 tahun ke atas.

Si ibu pula mengatakan klip itu merosakkan pemikiran kanak2.

Tuan2 puan2, dalam hadis Nabi SAW, kita dianjurkan untuk mengajar anak
kita mendirikan solat seawal usia 7 tahun dan dirotan sekiranya masih
tidak menunaikan solat apabila mencapai umur 10 tahun.

Baiklah, apabila kita mengajar anak kita solat apakah kita juga turut
menggunakan kaedah pahala dan dosa? Atau sekadar menyuruh anak kita solat
sahaja? janji kita dengar bunyi dia ambil wudhu dan kita nampak dia
tonggang tonggek macam ayam patuk tanah kita kata dia dah solat.

Kalau boleh kita tidak mahu anak2 kita menunaikan solat hanya kerana ia
hanya satu daripada rutin harian yang 'terpaksa' ditunaikan. Mungkin
kemanisan solat itu satu perkara yang sabjektif tetapi mengakui solat itu
untuk mengagungkan ALLAH dengan rasa gerun kepada ALLAH itu sudah
mencukupi.

Kembali kepada kontroversi tadi,
Dalam kontroversi ni, si ibu mengatakan kebimbangannya. akan rosak dan
terganggunya pemikiran anak2 ini dengan penayangan klip ini. Dan anaknya
dah berubah (tidak pulak disebut apa perubahan anak itu tadi). Budak2 akan
berubah dengan cara yang ekstrim. Mungkin ketika bertembung waktu makan
malam dan solat maghrib, anak ini akan mendahulukan waktu solat. Ataupun
mungkin anaknya menjadi resah menanti waktu solat, takut telepas.

Herannya, macamana pemikiran anak - anak ini boleh rosak hanya kerana
diajar untuk takut tinggalkan solat, sedangkan setiap jam anak2 ini
dirosakkan mindanya oleh televisyen. Yang adakalanya ibubapa juga turut
sama menonton televisyen.

Setiap hari anak2 kita menonton tv yang mendedahkan aurat. Jika pelakonya
orang putih tidak jadi masalah. Tetapi apabila pelakonnya orang melayu,
berbahasa melayu dan berbudaya melayu, dedahkan aurat, maka anak2 kita
akan lihat ini satu kebiasaan.

Saya tak sebut bertudung ya. Bertudung tak semestinya tutup aurat. Tapi
kalau tutup aurat gerenti bertudung.

Ke mana kita nak bawa anak kita sebenarnya? Adakah cukup dengan kejayaan
dunia semata - mata.

Tolong beritahu pada anak2 suatu hari nanti kita akan mati. Dan kita akan
berada dalam alam yang satu lagi iaitu alam barzakh, menanti tibanya
kiamat untuk berpindah pula ke alam akhirat.

Di alam kubur nanti ada nikmat dan ada azab.

Saya bersimpati dengan ustazah dan pihak sekolah berkenaan. Apatah lagi
orang di kementerian ni, tak kisahlah kementerian mana sekalipun biasanya
akan cepat melatah.

Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada ustazah berkenaan. Bukan mudah
untuk berhadapan dengan cabaran sebegini. Biasanya ia akan mengelirukan
kita.

Saya tak boleh bayangkan sekiranya anak orang ini dirotan oleh gurunya
hanya kerana meninggalkan solat. Apa akan jadi?

Orang boleh kata itu anak dia. Saya tak kisah apa jadi pada anak dia. Tapi
saya lihat apa yang nak jadi dengan orang Islam kita ni?

Kalau nak lihat Islam, lihatlah dengan menggunakan kaca mata Islam, jangan
diambil dari kaca mata yang bukan Islam atau melayu semata - mata.

Kalau nak guna kaca mata Islam, kena belajar ilmu - ilmu Islam.

Allahu'alam.

~kawan keman~

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Monday, March 30, 2009

Luahan - Jika Kamu

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. ...
-------------------------------------------------------------------------------------
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.. ..
--------------------------------------------------------------------------------------
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjamin keaslian karya.

Wednesday, March 25, 2009

ALAMAK! Earth Hour

Assalamu'alaikum wrt wbt...

Apa khabar ? bertemu kita sekali lagi di ruangan maya ini.

Sekarang ini giat dikempenkan tentang Earth Hour.

Pada 28 Mac 2009 ini, jam 8.30, rakyat Malayshia* digalakkan untuk menutup lampu seama satu jam sehingga jam 9.30 malam.

(orang sekarang tak sebut Malaysia macam yang Roy dok sebut dalam nyanyian lagu2 patriotiknya, dia sebut MalaySIA, orang sekarang sebut MALAYshia, ada sikit pelat2 omputih)

Satu hari ini dan hanya sejam, manusia sejagat diajak untuk bersama2 dalam kempen mengatasi pemanasan global.

Memang bumi kita ini semakin panas. Perubahan suhu dan cuaca agak ketara, terutama selepas bencana gempa bumi yang melanda Acheh penghujung tahun 2004. Gempa bumi ketika itu diberitakan telah menggerakkan sedikit kedudukan bumi dari kedudukannya. Menurut laporan yang saya terbaca dalam internet, kira2 1%.

Saya tak tahu benar atau tidak. Macam orang melayu yang lain, saya tak ambil kisah sangat pun. Yang saya fikir, bagaimana nak laksanakan tugas rutin saya, membayar hutang, menabung untuk masa depan dan sebagainya. Bukan semua orang melayu macam saya, tapi kelihatannya ramai yang macam saya.

Setiap kali membicarakan tentang panasnya cuaca sekarang ini saya teringat kembali zaman kanak2

ketika itu saya tinggal di kampung saya Felda sg koyan. ala jiran "chef wan" la saya ni..

Pada sekitar tahun 1980an, suhu maksima ketika itu hanyalah 25 darjah celcius. Suhu minima pula dalam 19 - 20 darjah celcius. Maksima tu yang 25 darjah celcius. Punyalah sejuk setiap pagi nak mandi.

Untuk ke sekolah, saya akan dikejutkan oleh mak pada jam 5.30 pagi. Maka tubuh gebu ini dijamah oleh air yang telah diembunkan semalaman dalam kolah. Aduh, punyalah sejuk.

Sekarang ni awal pagi pun sejuk jugak tapi tidak sesejuk macam tahun 80an dulu.

Saya pernah berborak dengan seorang usahawan di Kuala Kubu Bharu. Dia lahir dan membesar di situ dan masih tinggal di situ.

Katanya sekitar tahun 80an, minyak masak yang disimpan dalam botol akan membeku setiap pagi. Kuala Kubu Bharu yang terletak berhampiran Bukit Frasers itupun sekarang dah tak berapa sejuk katanya.

Memang agak pelik cuaca sekarang ini. Bukan setakat di Malaysia malah seluruh dunia.

Kalau kita tengok di Astro, dalam channel HBO, Al Gore*, bekas Naib Presiden Amerika Sykt, mendedahkan suatu fakta tentang cuaca bumi yang amat menggerunkan. Tak silap saya nama ranacangan tersbut adalah "The Inconvenience Truth".

(*Al Gore ni agak popular di Malayshia dalam tahun 1998, zaman reformasi Anwar Ibrahim. Dalam satu majlis makan malam yang di hadiri oleh Tun Mahathir ketika itu, Al Gore secara terus terang menyatakan sokongannya pada gerakan reformasi ketika itu. Biasalah Amerika, diorang aje yang betul kunun)

Bila dah tak memegang apa2 jawatan dalam kerajaan barulah waras sikit kot.

Menurut Al Gore, ais di kutub yang berperanan sebagai penyejuk suhu dunia sudah mencair. Bukan mula cair tapi sudahpun mencair. Ibarat peranan radiator dalam kereta, fungsi ais di kutub mula menurun.

Kawasan yang sepatutnya kering, dilanda banjir besar. Kawasan yang sepatutnya hujan, kemarau.

Kita di Tanah Melayu (Malayshia), dah tak tentu arah musim hujannya. Biasanya dulu, musim hujan atau tengkujuh ni dalam bulan 12. Negeri2 di pantai timur pasti akan banjir. Itu perkara biasa.

Tapi sekarang ini, mana2 akan banjir. Musim yang sepatutnya hujan, kering.

Impaknya kalau berterusan akan memberikan kesan yang teruk kepada ekonomi dan taraf inflasi. Bayangkan untuk menanam padi, mesti kena musimnya. Kalau dah musimnya tak kena maka padi tak akan menjadi. Bila padi tak menjadi, pengeluarannya akan terhad dan menyebabkan harga akan naik.

Nak ubah daripada makan nasi kepada makanan lain, seminggu bolehlah. Mana ngam makan roti canai dengan kuah asam pedas Kota Laksamana Melaka. Boleh ke tekak kita terima Roti Lemak bila dah biasa pekena Nasi Lemak.

Apa puncanya sampai kena kempen Earth Hour ni?

ALLAH rakam peringatan ini dalam al-Quran menerusi Surah Ar Rum ayat 41. Tegas ALLAH SWT, segala kerosakkan yang ada di bumi ini adalah akibat perbuatan tangan2 manusia itu sendiri.

Itulah manusia.

Beratus negara di dunia telah menandatangani deklarasi Kyoto bagi menyatakan komitmen untuk bersama2 masyarakat dunia yang lain mengatasi masalah pemanasan global, kecuali Amerika.

Teringat saya, kepada kempen boikot yang masih segar bejalan sekarang ni. Mungkin itu ajelah cara yang kita ada untuk mengajar negara penjajah ini.

Kita pula bagaimana ? Padamkanlah lampu hanya untuk tempoh sejam sahaja. Ingat! lampu di premis sahaja. Tak kiralah rumah, pejabat atau kedai. Jangan pulak lampu kereta yang tengah memecut laju.

Jangan lupa beli lilin atau pelita yang ada gambar amoi yang tak tua2 sampai sekarang tu (ada lagi ke pelita tu?).

Pastikan hanya lilin sahaja yang ada dalam simpanan. Jangan sampai bila beg digeledah oleh polis, bukan setakat lilin tapi ada sekali jarum penyuntik, limau nipis, sudu dan sebagainya ... bergurau aje, jangan ambil hati ya.

Oklah selamat bergelap, sambil2 tu bolehlah buka cerita kat anak2 tentang pengalaman kita bergelap masa kecik2 dulu, kalau ada letrik pun ikut time. Bergantung kepada penjaga jenerator. kalau dia balik kampung, usahkan citer kombat , citer gaban pun tak dapat tengok.

~ Wassalam.

p/s : berhati2, kunci rumah betul2. Dah gelap2 ni pencuri banyaklah kot ...

~sahibul kemanorel~

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

ALAMAK! Kisah Gay

Assalamu`alaikum wrt wbt

Bertemu kita sekali lagi dibawah 'pokok' maya kali ini. Apa khabar ?

Semoga senantiasa dalam naungan kerahmatan ALLAH SWT.

Di negara kita baru-baru ini sejarah tercipta dibawah 'sajarah' (pokok). Sidang DUN yang dimuliakan oleh para pemerintah diadakan di bawah sepohon pokok semata - mata untuk 'mengajar' rakyat agar celik undang2 dan perlembagaan negara.

Maka bertempiklah sekian panglima dan laksamana kedua2 belah pihak untuk mempertahankan langkah persilatan perguruan yang dimulia. Maka gegak gempitalah satu Malaya dengan khabar yang ceritanya kurang enak di dengar dan kurang molek diperkata.

Arakian maka celiklah mata rakyat jelata yang dulunya buta dan lena apa itu perlembagaan dan undang2.

Macam2 ya tak ? Dulu saya tak sangka benang yang basah boleh ditegakkan. Kini dah boleh. Mungkin saya lupa, benang yang basah boleh ditegakkan sekiranya dibasahkan dengan gam atau bahan2 yang sama waktu dengannya.

Tapi saya bukan nak bincang pun pasal apa yang terjadi kat negara pasir berdengung atau negara pasir dua butir yang berkait rapat dengan mamanda menterinya yang kelemahan kekebalannya terletak di tapak kaki, yang bernama Pasola (kelakar nama ni).

Cuma teringatkan 'perbualan hangat' dengan seorang sahabat menerusi sms malam semalam.

Saya nak bawa cerita lain.

Tau tak apa yang boleh diisi atau disimpan dalam botol sekarang ni?

Macam2 boleh disimpan dalam botol ya tak ?

Kita simpan air, simpan manik, simpan pasir yang dibuat hiasan, simpan angin (botol kosonglah ni) dan macam2 lagilah berdasarkan kekreatifan kita.

'Itu' pun kita boleh simpan dalam botol. Kalau nak.

Bukan apa. Saya teringat pada satu tajuk filem yang akan diarahkan oleh seorang produser wanita, yang suaminya bekas pemain badminton negara yang

telah mengharumkan nama negara kerana memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 dulu.

Ianya berkisar kepada kisah kaum gay. Kaum yang dilaknati ALLAH dunia dan akhirat.

Apa motifnya, untuk menunjukkan budaya tersebut semakin menular di negara kita ?

Bukan orang tak tahu tentang budaya ni. Tapi rasa geli gelaman tu membuatkan kita rasa jijik untuk membicarakannya secara terbuka.

Yang penting bukan perbincangan secara terbuka kenapa ianya terjadi tetapi penguatkuasaan mencegah perkara tersebut daripada terjadi lebih mustahak.

Kita sedih apabila dia mengaitkan nama Rasulullah SAW. Katanya nak berdakwah macam Rasulullah SAW.

Cuba kita perhatikan betul2, apa sebenarnya mesej yang dibawa oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW?

Rasulullah SAW membawa mesej AKHLAK. Lihat akhlak Rasulullah SAW sebagai anak saudara, suami, pemimpin, hakim, ayah, sahabat dan apa sahaja kisah hidup Baginda SAW, semuanya berkaitan akhlak yang dipimpin menerusi firman2 ALLAH SWT yang ada di dalam al-Quran.

Rasulullah SAW berdakwah.

Maaf kata, pembikin filem kita sebenarnya berdakyah tak berdakwah. Mungkin bukan semua. tapi ramainya macam tulah.

Menunjukkan keruntuhan akhlak remaja dengan memberi tunjuk ajar apa nak buat. Ingat cerita rempit? Makin kurang atau makin galak anak2 muda kita merempit?

Perlu ke nak larang orang merompak atau mencuri, kita pi tunjuk cara2 macamana nak mencuri?

Filem2 barat banyak yang macam tu. Diorang takpe. Diorang takde agama. Kalaupun diorang kata kristian yang diorang anuti itu agama, diorang ikut ke? kalau ikut kenapa tak jadi macam para paderi diorang.

Kita kalau ikut agama kita maka kita akan ikut jejak langkah Rasulullah SAW, sebagaimana para sahabat. Kalau jadi pemimpin, pemimpin yang penuh rasa takut pada ALLAH. Kalau jadi pekerja, pekerja yang penuh rasa gerun pada ALLAH.

Hidup kita tak lama. Orang paling tua dalam sejarah dunia rasanya sekitar 120 tahun umurnya.

Orang melayu biasanya 70 ke atas tu dah sampai kotak penalti. Tunggu menerjah ke gol aje.

Kasar bunyinya tu.

Kita kalau boleh nak mati dalam keadaan beriman dan ikhlas kepada ALLAH SWT.

Saya pernah berjumpa dengan seorang tok guru ngaji. Yang meninggal pada usia lebih kurang 105 tahun. Perempuan. saudara sebelah isteri saya.

Pada usia sebegitu, masih mampu membaca kitab kuning tanpa cermin mata. Saya lihat sendiri ketika menziarahi beliau, yang saya panggil Nek. Tapi dah agak kurang pendengarannya.

Pada hari Nek meninggal, Nek masih sempat menunaikan solat zuhur dalam keadaan berbaring.

begitulah hebatnya iman ini kalau betul kita menjaganya, dibawa hingga ke mati.

iman saya? senipis kulit bawang agaknya....tapi tak salah kalau kita berusaha untuk jadi yang lebih baik insyaAllah....

Semoga ada manfaat kisah pada hari ni. Mohon maaf sekiranya ada perkataan yang main sedap taip aje.

Wassalam.

~kawan keman~

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Saturday, March 21, 2009

Lawak - Salasilah P Ramlee

Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip,
etc. Dia seorang Seniman Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.


Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis.


Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar
sejarah.


Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:

A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.


Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan.. .
iaitu Ramli Burger.

Sekian terima kasih.

Maklum kpd semua eekk...


wekekekekekekekek. .....


Have a nice day.......

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Saturday, March 14, 2009

Seloka - Seloka Aurat Untuk Semua

Seloka Aurat Untuk Semua

Assalamualaikum sapa diberi
Salam sejahtera kepada sahabat
Bukanlah niat untuk mengajari
Islam suruh ingat mengingat


Tutup aurat ini satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

P/s: Kredit untuk penulis asal..

Thursday, March 12, 2009

Ulasan Buku - Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri

Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri (HARD COVER)
Pengarang : A. Samad Said
ISBN : 983-41196-4-X
Harga Buku : RM55.00



Sinopsis Buku
Berlatar belakangkan perang dingin antara China dan India pada dekad 60-an abad lalu, A. Samad Said cuba menghantar sebuah kisah cinta rumahtangga melalui pengalaman dua buah keluarga-sebuah ghairah menghayati sejarah larnbang cinta, sementara sepasang lagi resah berusaha menghidupkan api cinta itu.

Melalui "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri", kita dicabar untuk menjawab pertanyaan mana yang lebih penting: Sebuah kesan sejarah atau cinta manusia itu sendiri.

Wednesday, March 11, 2009

Lawak - Sardar Ji

Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order sir, so I made it sequencely..

-------------------------------------------------------------------------------------

Museum Administrator: U stupid..That' s a 500-year-old statue u've broken!!
Sardar: Thanks God!!! I thought it was a new one..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
At the scene of an accident a man was crying: O God!! I have lost my hand, oh!!
Sardar: Control yourself sir.. Don't cry.. See that man. he has lost his head. Is he crying?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is ""All India Radio! """
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOW THE LAST TWO ULTIMATE :
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. ....Dhhuuuurrrrr rrr......
Inteviewer Shouts: Stop it !!!!!
Sardar: Dhhuuuurrrrrr. . dhup dhup dhup dhup...... Stop ready sir..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king's skeleton when he was a child .

P/s: Kredit untuk penulis asal

Cerpen - Alangkah Bertuahnya

Alangkah bertuahnya.. ........

Pian dan Eman ditempatkan di dalam bilik wad yang sama. Kedua-duanya sudah bertahun-tahun menderita penyakit serius yang tak ada harapan untuk sembuh. Sepanjang waktu mereka hanya terbaring di katil memandang siling. Namun nasib Pian baik sedikit apabila setiap hari dia berpeluang duduk bersandar di katilnya. Setiap hari pada pukul 12.00 tengahari, jururawat akan datang membantu Pian duduk. Ketika itu, doktor mudah menyedut air dari paru-parunya. Walaupun sakit tapi Pian menanti saat itu dengan gembira kerana ketika itulah dia dapat duduk dan memandang keluar tingkap. Nasib Eman tidak sebaik Pian. Dia hanya mampu terbaring di atas tilam. Eman tidak ada peluang langsung untuk duduk. Tubuhnya tak berupaya lagi melakukan semua itu sekalipun dibantu. Sejak terlantar Eman sering bercerita mengenai kisah keluarga, rumah, pekerjaan dan keterlibatannya dalam perkhidmatan tentera. Juga percutian bersama keluarga, tapi tidak dengan Pian. Setiap hari Pian akan duduk dan memandang keluar tingkap sepuasnya, sementara jururawat berusaha mengeluarkan air dari paru-parunya. "kau tahu, hari ini cuaca cerah. tasik besar kat tengah-tangah taman tu airnya biru. banyak itik dan angsa berenang," beritahu Pian. "Eh! Kasihan budak tu, bot mainannya tenggelam. Untung anak-anak sekarang, kapal mainan pun dan macam kapal betul. Dulu aku hanya buat daripada kertas," cerita Pian sambil ketawa. Eman tersenyum mendengar cerita Pian.Matanya dipejamkan rapat-rapat dan membayangkan kanak-kanak sedang gelak ketawa berlumba bot. Kawanan itik dan angsa mematuk-matuk ikan di air. "Mmmmmmmmmmm! Indahnya di luar sana," Eman mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati pemandangan yang diceritakan oleh Pian. Kenangan manis zaman kanak-kanak menyerbu fikirannya. Sambil tersenyum mendengar keluhan rakan sebilik, Pian terus merenung tingkap. Kemudian dia meletakkan tanganya di dahi seperti orang menadah silau matahari. "Ceritakan lagi Pian, apa yang kau nampak,"Eman tidak sabar untuk mendengar selanjutnya. "Ada merpati dua sejoli sedang berpimpin tangan. Eeeeee, romantiknya. Bunga-bunga ros sedang mekar di tepi jalan. Dannnn....di belakang sana aku nampak sebuah menara berlatarbelakangkan langit biru," cerita Pian bersungguh-sungguh. Eman tersenyum puas. Dia tak dapat melihat tetapi dapat membayangkan betapa indahnya bunga yang sedang mekar. Alangkah romantiknya pasangan kekasih berpimpin tangan. Selama satu jam itu Pian tak putus-putus bercerita tentang peristiwa yang berlaku di luar sana. Rawatan selesai Pian dibaringkan semula sehinggalah tengah hari esok. Pada suatu hari yang panas, Pian duduk merenung ke luar jendela sambil menjalani rawatan. Matanya bercahaya memerhati, kemudian dia menjengah ke kiri dan kanan lalu senyum. "Hari ini ada apa di bawah tu , Pian?" tanya Eman. "Ada perarakan kereta berhias penuh dengan bunga berwarna-warni. Perbarisan anggota tentera, pakaian beragam, kanak-kanak sekolah dan pancaragam," cerita Pian sambil tangannya dihayunkan untuk menunjukkan cara kanak-kanak sekolah itu memukul gendang. "Macam perarakan Hari Kebangsaan ke?" tanya Eman pula. Di ruang matanya terbayang warna-warni perbarisan hari Kebangsaan yang selalu dilihatnya di TV sebelum terlantar. "Isy....lebih cantik daripada itu," balas Pian. Eman pejamkan mata dan cuba mendengar muzik pancaragam. Tapi telinganya tak dapa mendengar sebarang bunyi pun. "Mungkin terlalu jauh agaknya," Eman berbisik sendirian. Hari berlalu dan minggu bertukar. Suatu pagi, seperti biasa seorang jururwat datang membawa sebesen air mandian ke bilik Eman dan Pian seperti hari-hari biasa. "Selamat pagi PakCik Pian," jururawat yang biasa datang untuk mengelap badan Pian. Biasanya apabila dengar pintu dibuka Pian sudah tersenyum kemudian dengan ramah dia akan bertanya khabar jururawat itu. Tapi pagi itu Pian masih tidur. "Pak cik," panggil jururawat sambil menyelak selimut Pian apabila tidak ada jawapan. Kemudian dia perhatikan pesakit tua itu tidak bergerak dan dadanya tidak lagi berombak seperti selalu. Jururawat bertugas memeriksa nadi Pian, tidak ada denyutan. Kaki dan tangan Pian juga sejuk. Dalam keadaan kelam-kabut jururawat berlari memanggil doktor. "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun....." Pian disahkan meninggal semasa tidur. Satu per satu wayar yang berselirat pada badan ditanggalkan. Jenazah Pian diusung keluar. Dengan pandangan sayu Eman mengiringi jenazah rakan sebiliknya. Tinggallah dia bersendirian, tidak ada lagi siapa yang akan bercerita padanya tentang keindahan di luar sana. Eman mengesat air matanya yang jatuh ke pipi. "Misi, boleh tukarkan katil saya ke tepi tingkap?" tanya Eman petang itu. Jururawat memenuhi permintaan Eman dengan senang hati. Setelah semua wayar disambungkan ke tubuhnya, Eman ditinggalkan sendirian. Perlahan-lahan Eman menggerakkan badannya. Walaupun terlalu sakit tapi dia tidak putus asa untuk menjengah ke luar tingkap. Cukuplah kalau dapat melihat dunia luar dari tingkap itu walau seminit. Tapiiiii.... ..hanya dinding bangunan sebelah yang dapat dilihat. "Misi, kenapa saya tidak nampak taman, tasik dan bunga-bunga yang selalu diceritakan Pian," tanya Eman. "Taman, tasik, bunga-bunga? ??" jururawat terkejut. "Ya, seperti yang Pian selalu cerita,"beritahu Eman. Dengan senyum jururawat menjawab," Encik, Pak cik Pian tu hilang pernglihatan sejak jatuh sakit empat tahun lalu. Malah dia tak tahu pun tingkap tu menghadap dinding bangunan." "Habis, yang diceritakannya tu...?" soal Eman. "Encik," kata jururawat, "mungkin Pak cik Pian mahu menghiburkan encik yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mahukan encik sembuh dan dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga. Dia pernah beritahu saya, encik adalah sahabat yang paling disayanginya, " kata jururawat itu. Tergamam Eman. Perlahan-lahan air matanya meleleh. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sedu. Padahal semasa jenazah Pian diusung dia tidak sesedih itu. Alngkah bertuahnya kita jika memiliki sahabat seperti Pian! Sekian.

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Thursday, March 5, 2009

Cerpen - Alia Areena

Cerpen: Alia Areena

Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.
“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”
Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.
Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.
************ ********
Aku perasan yang abang Adam leka memerhati aku menyisir rambut. Rambut ikal dan lebat melepasi bahu. Terasa janggal pula bila kali pertama tak betudung depan abang Adam. Belum pernah aku membiarkan lelaki yang bukan muhrimku melihat rambutku.
“Pertama kali lihat rambut Alia. Cantik sangat. Inilah untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Bicara abang Adam sambil menutup malu kerana perasan perbuatannya ditangkap.
Aku juga hanya tersenyum. Menutup janggal.
“Abang Adam tidurlah atas katil tu, biar Alia tidur atas sofa.” Sambil mengeluarkan selimut dari dalam almari.
“Takpelah, Alia tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa.”
Terkesima aku mendengar abang Adam membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Adam’. Sekali lagi kejanggalan menerjah diri.
“Tempat yang terbaik hanyalah untuk suami, sekarang abang Adam suami Alia, jadi abang Adam tidur atas katil, biar Alia tidur atas sofa.” Balasku. Belum selesa hendak memanggilnya ‘abang’.
“Tapi Alia..”
“Dahlah abang Adam,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula jadinya. Biar Alia padamkan lampu, abang Adam tidurlah ya. Assalamualaikum.”
“Waalaiakumusalam Alia..” balas abang Adam perlahan.
************ ********
Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Adam Harris tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari.
“Alia setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Adam Harris perlahan.
“Entah..” jawabku ringkas
Kami senyap tanpa bicara. Hilang kata-kata. Terasa lain benar petang ini.
“Keluarga umi dah terlalu baik pada Alia, begitu juga abang Adam sendiri. Alia tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Alia ajak abang Adam bebincang. Alia tahu abang Adam dah ada pilihan hati, Kak Zulia kan??” Tanyaku sambil tersenyum.
“Zulia??” Tanya abang Adam kehairanan.
“Alia dah tahu masa kali pertama abang Adam bawa kak Zulia jumpa Alia. Walaupun abang Adam dan kak Zulia tak bagitahu Alia, Alia boleh baca dari raut wajah abang Adam dan kak Zulia” jelasku.
Sekali lagi kami senyap tanpa bicara.
“Alia juga tahu yang abang Adam bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Adam tak setuju, biar Alia saja yang beritahu umi dan abi.Biar Alia beritahu yang Alia dah ada pilihan hati.”
“Tapi..” balas abang Adam dalam nada serba salah.
“Tak apa, Alia tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup.”
Balasku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Adam mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.
“Tapi umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Alia. Abang Adam pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Adam tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Alia menanggung semuanyab seorang diri.” Balas abang Adam.
“Bukan abang Adam yang menyebabkan umi kecewa tapi Alia. Abang Adam tak perlu rasa bersalah. Alia tak kisah pun.” Balasku memujuk abang Adam.
“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Zulia jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Alia lagi. Alia yakin kerana Kak Zulia baik peribadinya. Umi akan terima. Percayalah pada Alia.” Sambungku lagi.
“Tak Alia. Abang Adam tetap akan rasa bersalah dengan umi dan Alia. Abang Adam terima Alia sebagai pilihan umi.” Sambil memandang tepat ke arah ku.
“Apa?? Abang Adam jangan main-main” Balasku terperanjat. Pelik.
“Kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Tapi hanya pada nama.” Henti abang Adam disitu.
“Maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Adam.
“Kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Alia selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak. Tidak umi, tidak abi,tidak abang Adam juga tidak Alia.”
“Apa?” hampir luruh jantungku mendengar bicara abang Adam.
“Alia tak perlu risau. Abang Adam tidak akan menyentuh Alia. Abang Adam akan lepaskan Alia sepertimana abang Adam mengambil Alia. Abang Adam janji.” Jelas abang Adam lagi. Penjelasan yang cukup menghancurkan hatiku.
“Selepas tu?” Tak sabar rasanya ingin mendengar butir perancangan abang Adam seterusnya.
“Selepas tu??” Tanya abang Adam semula. Lama juga abang Adam senyap sebelum dia meneruskan bicara seterusnya yang semamngnya tak pernah terlintas difikiranku.
“Selepas tu Alia boleh bersama dengan Izhar. Abang tahu yang Alia sukakan Izhar. Izhar pun sebenarnya sukakan Alia, dia ada bagitahu abang Adam yang dia nak jadikan Alia teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Alia.” Lancar bicara abang Adam.
Doktor Ikham Izhar. Sahabat baik abang Adam. Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas. Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja oleh abang Adam tetapi juga Izhar.
“Izhar??” tanyaku.
“Ya, Izhar. Abang Adam akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Adam.
“Jadi maksud abang Adam kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyaku mendapatkan kepastian.
“Ya..Tapi abang Adam tak paksa Alia untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Adam cuma menyatakan pendapat abang Adam sahaja. Abang Adam tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Alia rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Adam tenang tapi sayu.
“Alia setuju.Alia juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka. Aku.
************ ********
Malam pertama bergelar isteri aku tidur betemankan air mata. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Tiada sesiapa yang memaksa.
Hampir 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri yang paling solehah dan Adam Harris menjadi suami yang paling mithali. Kami sembahyang berjemaah, ke pejabat bersama, makan pakainya aku sediakan tanpa terbiar walau seinci pun. Dan dia memberiku nafkah zahir yang cukup sempurna. Walaupun aku memiliki pendapatan sendiri, tapi perbelanjaanku tetap ditanggung. Kami dikatakan pasangan yang paling sempurna. Ber ‘abang’ ‘sayang’ dalam bicara. Tapi itu semua hanya di luar kamar tidur. Kami kembali menjadi ‘Alia’ dan ‘abang Adam’ sekembali ke kamar tidur. Aku di sofa dan dia di katil. Plastik.
“Alia rasa dah sampai masa kita hentikan semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Adam selesai solat Terawih. Pertama kali aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.
“Maksud Alia?” Tanya abang Adam bagaikan tak mengerti.
“Alia tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba “ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak.
“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada yang kecewa. Abang belum merancang. ” balas abang Adam.
Abang Adam benar. Kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk.
“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu daripada kita. Alia dah tak tahu nak jawab apa lagi.Alia rasa bersalah dan berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari mengalir.
Abang Adam datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.
“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta abang Adam sambil mengucup tanganku. Terharu.
“Tak, abang tak salah. Alia yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.” Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.
************ ********
“Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat Ramadhan hari pertama. Ujian Ramadhan hari pertama adalah ujian terbesar sepanjang Ramadhan.” Bicara abi dalam perjalanan pulang dari solat Terawih.
“Adirra katanya akan pulang raya ni. Adilla pun akan beraya disini. Tahun lepas dah beraya di rumah Ikram.” Cerita umi gembira.
Adilla Harissa. Puteri sulung pasangan Tan Sri Luqman Hakeem dan Puan Sri Hanum. Sudah berkahwin dengan Ahmad Ikram dan memiliki 2 orang cahaya mata. Hanis dan Haris. Kini menetap di Kuala Lumpur.
Adirra Harrisa. Masih belajar di Seol, Korea. Jurusan seni bina tahun terakhir.
“Wah!! Meriahlah rumah umi tahun ni.” Abang Adam turut gembira.
Aku hanya mampu tersenyum. Tak mampu untuk melibatkan diri. Fikiranku jauh melayang memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”.
Malam itu sebelum bangun menyediakan juadah untuk bersahur aku sempat menunaikan solat hajat. Memohon petunjuk dan jalan daripada Yang Maha Merencana.
“Ya Allah, ku pohon padaMu agar Kau beriku petunjukMu.Bantulah aku dalam menyelesaikan semua ini. Sesungguhnya Ya Allah, seandainya dia tercipta sebagai teman hidupku, Kau perpanjangkanlah jodoh kami..seandainya dia bukan untukku, Kau berilah kami jalan terbaik dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbul A’lamin.”
************ ********
Aku menunggu abang Adam pulang dari solat terawih dengan penuh debaran. Malam ini aku tidak ikut sama kerana masalah wanita. Aku yakin abang Adam pasti setuju dengan rancangan aku nanti.
“Cepat balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Adam melangkah masuk ke dalam bilik.
“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Alia tak ikut itu yang Alia rasa cepat.” Seloroh abang Adam.
Sebaik sahaja abang Adam melabuhkan punggung di atas sofa, aku terus menghampirinya.
“Sebenarnya Alia dah ada rancangan.” Bicara ku tanpa membuang masa.
“Rancangan? Rancangan apa pula ni? ” Tanya abang Adam pelik.
“Macam ni, pagi tadi Alia dapat tawaran kenaikan pangkat. Dengan syarat Alia perlu mengambil kursus di Jepun.”
Pagi tadi aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku menyelesaikan semua ini.
“Jepun!!” jerit abang Adam.
“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
“Ya, Jepun. Alia ingat kita bagitahu umi dan abi yang Alia tak boleh beri abang zuriat. Alia izinkan abang kahwin satu lagi. Alia akan cadangkan kak Zulia sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Alia akan terus ke Jepun.Kalau boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Alia diminta ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku bayar atas segala perbuatanku.
“Apa!!! Alia nak bagitahu umi yang Alia tak mampu mengandung?? Alia dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain. Bukan ini caranya. Dan Alia akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Adam. Belum pernah aku lihat abang Adam marah begitu sekali.
“Abang Adam dengar Alia. Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Alia tak sanggup nak teruskan lakonan ini lagi. Dan Alia tak mahu jadi penghalang cinta abang Adam. Kak Zulia terlalu baik orangnya, Alia tak mahu abang Adam kehilangan dia.Tolonglah setuju dengan Alia untuk kali ini sahaja. Alia tak pernah minta apa-apa dengan abang Adam, hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada abang Adam. Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.
Abang Adam bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Adam, aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.
************ ********
Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.
“Umi, Alia nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Alia selama Alia bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.
“Kenapa tiba-tiba Alia minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.
“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Alia anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Alia pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.
“Maafkan Alia umi, Sebenarnya,Alia tak mampu berikan abang Adam zuriat. Alia tak mampu berikan umi dan abi cucu. Maafkan Alia.” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku sendiri.
“Ampunkan Alia kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya Allah.”
“Astargfirullahhalaz im!!Apa yang Alia cakapkan ni?? Umi tak faham lah.” Tanya umi tak percaya.
“Alia tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Alia tak mampu. Alia tak boleh. Maafkan Alia umi.” Jelasku dalam esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”
“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Alia akan dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah umi.
“Tak umi. Alia dengan abang Adam dah cuba macam-macam cara. Baik moden mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada umi.
“Kami dah buat keputusan. Alia izinkan abang Adam kahwin lain.” Beritahuku pada umi.
“Apa!! Apa yang Alia mengarut ni?? ” Marah umi.
“Alia tak mengarut umi. Kami dah setuju. Alia juga dah ada calon yang paling sesuai menggantikan tempat Alia disisi abang Adam dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”
“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Alia tak boleh beri zuriat pada Adam. Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Alia. Umi tak setuju!!” Tegas umi.
“Umi, Alia nak abang Adam ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri. Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak dapat dibendung lagi.
“Umi jangan bimbang. Alia janji, isteri abang adam nanti lebih baik daripada Alia. Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Adam. Percayalah pada Alia umi. Alia pohon pada umi. Percaya Alia untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.
“Alia, jangan buat umi macam ini sayang. Alia tahu kan umi sayang Alia lebih daripada umi sayang Adam. Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.
************ ********
“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Alia tahu tak kenapa?” tanya abang Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.
“Alia dah bagitahu umi.” Jawabku pendek.
“Bagitahu umi?? Maksud Alia??” Tanya abang Adam dengan nada terperanjat. Kami belum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Adam akan terperanjat.
“Alia dah bagitahu umi yang Alia tak boleh mengandung. Alia juga dah ceritakan pada umi tentang kak Zulia sebagai pengganti Alia. Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Zulia. Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Zulia dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Adam.
Takut aku kehilangan kekuatan."Apa yang Alia mengarut ni??!! Kita belum pun setuju
dengan rancangan tu." Marah abang Adam."Nampaknya Alia tak sabar nak tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Alia ingin dilepaskan.Baiklah, kalau itu keputusan Alia. Hujung minggu ni kita pergi pinang Zulia. Alia suka kan?? Puas hati Alia sekarang??" Belum sempat aku jelaskan abang Adam terus keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Adam seberang itu.

Aku meraung sekuatnya dibibir katil."Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau
boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan
merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan
biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu
lemah. Aku tak berdaya."

************ ********
Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan. Abang Adam hanya akan bersahur jika aku yangmasak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Adam, tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Adam keluar ke mana??
Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Adam
akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.Telahan ku benar. Dia tidur di sofa
panjang di dalam bilik bacaan."Maafkan Alia." Manik jernih mula menitis kebumi.
Ku tinggalkan abang Adam terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.

************ ********
"Alia dah sedar." Suara umi bagaikan bergema.
"Alia dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah. " Bicara umi sambil mengucup dahiku.Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini??
Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Adam??"Alia sayang, Alia jatuh
pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Alia berbalut pula sebab Alia
terhantuk pada anak tangga. Dua hari Alia tak sedarkan diri. Itu sebab kami
telefon ibu dan ayah Alia." Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain
di mindaku.Tapi mana abang Adam?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi
melihatku disini.Melihatkan aku yang senyap dan muram, ibu bagaikan mengerti
bahawa aku perlu bersendirian. "Doktor beritahu tekanan darah Alia terlalu
rendah dan Alia terlalu letih. Itu sebab Alia pengsan. Alia perlu banyak
berehat. Kami semua keluar dulu, esok pagi kami datang lagi. Alia rehat ya."
Pesan ibu sambil mengucup dahiku."Terima kasih ibu." Bisikku perlahan.
Umi tidak mahu meninggalkan aku seorang. Tapi setelah dipujuk ibu,
akhirnya umi mengerti. Sebelum keluar, ayah,ibu,umi dan abi mengucup dahiku dan
berdoa supaya aku lekas sembuh. Mengalir air mataku tak tahan sebak di dada.
Ternyata aku dikelilingi mereka yang penuh dengan kasih sayang.Malam terasa
sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku
perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari
ketenangan di kedinginan malam.Aku duduk di suatu sudut sambil merenung
malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika
terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan.Dingin
malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan
dibahuku."Maafkan abang sayang." Lafaz abang Adam sambil menggenggam erat
jemariku.Tiada apa yang mampu aku luahkan. Hanya air mata yang mengalir
mamberitahu segalanya.Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga
abang Adam. Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.

************ ********
"Sayang dah bangun?? Cepatnya. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini." Jelas abang Adam sebaik sahaja menjengah masuk.
"Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya." Seloroh abang Adam.
Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Adam tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber'abang' 'sayang' sedangkan tiada siapa pun disini.
"Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalkan sayang seorang?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah." Jelas abang Adam sambil tersenyum.
Dia bangun dan menuangkan air, lalu disuap ke mulutku. Kemudian dia membetul-betulkan bantal dan selimutku. Bimbang kalau aku tidak selesa. Tak cukup itu, dia duduk dibirai katil sambil mengulus lembut jemariku."Abang sayangkan Alia. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Alia adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Alia walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang."
"Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Alia, abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Alia. Terlalu. Terimalah cinta abang sayang."
"Tapi…" Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Adam cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
"Sebenarnya abang terlalu cintakan Alia. Sejak pertama kali abang lihat Alia di rumah umi 2 tahun lepas, hati abang dah terpaut pada Alia. Abang sentiasa berdoa agar Alia menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Alia untuk abang, tapi bukan sepenuhnya." Bicara abang Adam sayu. Dan air mataku mula mengalir.
"Kenapa abang tak berterus-terang dengan Alia??" balasku dalam sendu.
"Bila Alia cakap tentang Zulia, abang rasakan Alia tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Zulia. Tambahan pula Izhar pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Alia. Dan Alia juga ada cakap yang Alia akan beritahu umi bahawa Alia tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Alia. Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Alia sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Alia. Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Alia. ""Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??"
"Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Alia."
"Kalau betul abang cintakan Alia, kenapa abang tak ada masa Alia dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Alia lebih rela jika Alia mati. Alia benci pada doktor yang menyelamatkan Alia." Tangisku semakin menjadi-jadi.
"Jangan cakap macam tu sayang." Pujuknya sambil mengesat air mataku..
"Alia buat abang benar-benar kecewa bila Alia tiba-tiba beritahu umi
tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan
segalanya pada Alia malam tu,tapi ternyata Alia lebih dulu minta dilepaskan.
Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Alia. Abang kecewa sangat-sangat.
Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Alia. Tapi ternyata cinta abang
lebih kuat dari marah abang pada Alia. Abang tak berjaya halang diri abang dari
bertemu Alia. Abang tak sanggup berpisah dengan Alia." Jelas abang Adam tentangapa yang berlaku.Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat
itu.

"Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Alia selama
ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan
abang kerana leka dengan perasaan Alia. Maafkan abang sayang." Rayu abang Adam
sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Adam yang mengalir di jemariku.
Aku yakin cinta Adam Harris tulus dan ikhlas buat diriku Alia Areena. Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.Terlalu bersyukur.

************ ********
"Selamat hari raya Aidilfitri sayang." Bisik abang Adam ke telingaku.
"Selamat hari raya Aidilfitri?? " Tanyaku pelik.
"Ya, selamat hari raya Aidilfitri" ulang abang Adam lagi.Terasa
liat sungguh mataku untuk dibuka. Baru aku teringat, malam tadi aku tidur lewat
sangat. Bantu umi, kak Adilla, Adirra dan Mak Jah membuat persiapan akhir
menjelang raya. Siapkan pakaian raya lagi. Hampir pukul 4 pagi baru aku berjayameletakkan badan disisi suami tercinta."Dah pukul berapa ni?" Tanyaku sambil menggosok-gosok mata."Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah." Seloroh abang Adam.
Selepas solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Balik sembahyang
boleh terus makan. Tak perlu nak kelam kabut. Hehehe..
Pulang dari sembahyang, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Adam. Pertama kali buatku. Selesai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah.

************ ********
"Abang, ampunkan dosa dan salah silap Alia selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Alia. Ampunkan Alia ye bang." Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai."Alia tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Dan abang harap, Alia pun sudi maafkan segala kesalahan abang pada Alia." Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.
Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.

************ ********
"Assalamualaikum. " Suara orang memberi salam sambil menekan loceng pintu.
"Waalaikumusalam. " Jawab abi dari dalam rumah.Keluarga Ikham Izhar memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Izhar merupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.
Melihatkan Izhar aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Adam masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.
"Sayang tak perlu risau. Izhar tak tahu apa-apa pun. Abang tak
pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita." Bisik abang Adam ke
telingaku."Maksud abang??!!" tanyaku terperanjat.
"Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Alia sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Alia kepada orang lain.hehehe" Jelas abang Adam sambil ketawa sinis.
"Owh..main-mainkan Alia ye." Balasku sambil
mencubit pinggang abang Adam."Aduhh! !" jerit abang Adam. Semua yang ada di
ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.
"Kenapa Adam??" tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Adam menjerit."Tak ada apa umi.
Semut gatal gigit pinggang Adam." Jelas abang Adam sambil tersenyum
simpul.Semua yang ada tergelak di buat dek abang Adam. Riuh rendah rumah
besar ini di buatnya.

************ ********
Ya Allah, bahagianya hidup ini. Aku bersyukur teramat sangat hanya padamu Ya Allah..
Terima kasih atas bahagia yang Engkau anugerahkan Ya Allah. Sesungguhnya setiap recanaMu adalah yang terhebat dari mana-mana rencana di dunia ini.
Mungkin kehidupan tak seindah kisah cinta kami. Tapi kehidupan juga tak sedasyat yang kita bayangi. Kerana itulah ia di gelar kehidupan.

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh
saudari Siti Rahmah.

P/s: Kredit untuk penulis asal cerpen ni..

Wednesday, March 4, 2009

Lagu : Kopratasa - Masihkah Kau Ingat

video

Kopratasa - Masihkah Kau Ingat

Masihkah kau ingat,
pada waktu itu
sekuntum bunga mekar,
kuselit ke rambutmu

masihkah kau ingat,
ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
kita berlari-lari,
di kaki langit,
mencari pelangi,
lalu hujan turun kita basah bersama
masihkah kau ingat?
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
sekuntum bunga itu,
di tapak tangan ini,
ia menjadi layu,
lalu ku genggam ia menjadi debu
masihkah kau ingat?
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
kita berlari-lari,
di kaki langit mencari pelangi,
lalu hujan turun kita basah bersama,
masihkah kau ingat?
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
sekuntum bunga itu,
di tapak tangan ini,
ia menjadi layu,
lalu ku genggam,
ia menjadi debu,
masihkah kau ingat?

Lawak - Antara Ha'ah, Benar Dan Betul

Antara Ha'ah, Benar Dan Betul

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya.
Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan
Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan
Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya
'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"
tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

From
Azalea Kamarudin
3F Resources Sdn Bhd

Tuesday, March 3, 2009

Seloka - Kalau Dan Jika

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ..
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
ALLAH YANG ESA...

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan demi menjaga keaslian karya.

Monday, March 2, 2009

Luahan - Warkah Seorang Gadis

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak. Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu… Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar.
Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam…. Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tau apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang… Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaansendiri? Awak… Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan… Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap. Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…

Awak…
Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya… ‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’ Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu…. Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’

Awak…
Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang… Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…

Awak…
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik. Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak. Awak… Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…

P/s: Kredit untuk penulis asal..

Lagu : Permata Untuk Isteri

video

PERMATA UNTUK ISTERI
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Sunday, March 1, 2009

Mutiara Kata - Memang Allah Sengaja

MEMANG ALLAH SENGAJA

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan dari segi tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya..