Thursday, February 26, 2009

Lawak - Kalau Pompuan Kata Kat Kita (Lelaki)

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lainkali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan
ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,I bz la sekarang ni...nanti I free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm u..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

ahakss!!

P/s: Kredit kepada penulis asal. Segala kesalan penggunaan bahasa dari segi hukum penulisan sengaja tidak diubah demi menjaga keaslian karya. Terima kasih.

Cerpen - Demi Cintamu Husnil Khatimah

CERITA ana ini mungkin ada pada sesiapa termasuk anta juga. Ana tidak terkejut jika anta tidak mahu percaya, meski ia cerita benar. Terpulang kepada anta. Dan ana tidak memaksa sesiapa untuk percaya apalagi menjanjikan apa-apa. Namun untuk lebih meyakinkan anta, ana telah menyediakan saksi kepada kebenaran fakta cerita ini.Ringkasnya, ana nyatakan: Nil mencintai ana sejak di bangku sekolah. Kami sama-sama terpaut hati dan menjadikan cinta pemangkin semangat untuk meraih kecemerlangan dalam SPM. Guru-guru merestui dan kawan-kawan menganggap kami pasangan yang paling ideal.

Memang cukup menggembirakan juga apabila sama-sama berjaya membuktikan keunggulan dalam peperiksaan. Dan sebuah cinta sejati mesti tahan diuji masa dan tempat. Kami terpaksa berpisah sementara - demi cita-cita - ana ke utara mengaji perakaunan, dan Nil ke matrikulasi undang-undang sebuah universiti di ibu negara.Nil gadis baik. Lembut dan cantik. Sopan dan menawan. Sebagai siswi yang terdidik dengan agama sejak kecil, semestinya Nil bertudung dan taat menjaga syariat. Haram sekali belum pernah kami keluar dating seperti pasangan lain. Padanya memang terlengkap ciri-ciri penyejuk mata yang ana cari. Lalu kala usia sementah itu, ana sudah memasak tekad ke teras hati: biarlah Nil yang pertama, juga yang terakhir.Dan tidak lupa, tanpa pengetahuan Nil, ana tinggalkan seorang teman yang boleh dipercayai dan kebetulan sekuliah dengannya sebagai pemerhati.

Namanya Jai - saksi utama cerita ini yang ana janjikan tadi. Tengok-tengokkan saja, pesan ana; kalau ada apa-apa, lapor segera!Entah kerana apa, setahun selepas itu, hubungan yang masuk tahun ketiga itu terhenti sekerat jalan. Barangkali dihambat rutin kesibukan seorang siswa - senantiasa berkejar dengan kuliah, tutorial, assignment, peperiksaan, dan persatuan. Barangkali bosan diejek oleh kejemuan tinggal berjauhan. Barangkali juga akibat keegoan masing-masing. Ana tidak arif asbab setepatnya, dan tidak juga mahu mempertikaikan: siapa di antara kami yang memulakan tidak menghantar khabar berita. Yang pasti, kami terputus hubungan selama dua tahun. Cinta 'monyet' zaman persekolahan itu ternoktah di situ.Ana kesal juga. Rasa kasih itu masih ada. Rindu menghimpit juga kadangkala. Namun ego tinggi lelaki membunuh niat awal untuk memujuk. Biarlah masa yang jadi penentu siapa yang akan mengalah.Ditambah apabila ana bertemu pula dengan Kay, Nil hampir dilupakan terus.

Kelembutan dan kebaikan Kay - seperti Nil - mengisi sepi dan kekosongan hati ana. Kami bertemu dalam program bakti siswa dan begitu jelas sealiran minat dan bidang. Hari demi hari, kebersamaan dalam berpersatuan menambah keintiman. Menjelang semester terakhir, bimbang kasih terungkai lagi, kami muwafik mengikat tali pertunangan. Bahagia di hati ana sekejap cuma. Siapa sangka, tragedi yang juga dianggap klise dalam kisah-kisah sebegini, turut meronai kami. Takdir kadangkala hampir serupa. Kay terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas menduduki imtihan terakhirnya. Kesedihan tidak terucap namun air mata tidak pula keluar. Lantas ana meninggalkan utara Semenanjung sebaik tamat pengajian demi memadam memori duka. Beginikah pedihnya ditinggalkan orang tersayang?Belum sempat menganggur, ana lekas disapa jawatan akauntan di sebuah firma.

Beberapa bulan di Kuala Lumpur, ana tersua Jai yang hampir ana lupakan. Kau pacar paling tak guna! Ana terpinga-pinga. Jai memarahi ana dan mengungkit janji ana pada dirinya beberapa tahun lalu, pada Nil terutamanya. Spontan cerita silam itu bangkit semula. Pertama dan terakhir konon! Dasar pantang tengok dahi licin! Memang dia rupanya amat kesal dengan apa yang terjadi ke atas ana dan Nil sebelum ini. Telah berikhtiar menolong, berusaha menyambung kembali kasih yang terlerai; tetapi gagal setelah kehadiran Kay.

Ana terkelu dihukum menelan paku buah keras yang dipulangkan. Di mana Nil sekarang? Jangan kesal, Fal. Kau datang agak lewat. Ana terkesima. Keluhan Jai itu mulai mengundang rasa bersalah.Lantas bertalu-talu mendesak Jai memerihalkan situasi sebenar. Bagaimana dengan Nil sepeninggalan aku? Salahkan dirimu Fal, bila mendengar ceritaku ini. Usah terperanjat. Nil sekarang bukan Nil yang dulu lagi. Hidupnya hampir hancur. Hancur? Kau meninggalkannya begitu saja. Tanpa kata, tanpa pesan. Kau bukan kekasih setia. Kasihan. Dia sungguh kecewa. Ah, cinta kadang-kadang membahagiakan dan merosakkan manusia. Jai mencari kekuatan bercerita. Ana tunduk patuh. Bagai pesalah yang menghadapi algojo lagaknya.Pelajarann ya hampir tersungkur.

Mujurlah ada kawan-kawan yang simpati, dan dia bangkit semula. Biarpun lukanya akibat perbuatan kejammu belum sembuh benar-benar. Dia masih mengharapkanmu. Ana hanya mampu menadah telinga dalam debar. Aku cuba menghubungimu kala itu. Tapi gagal. Ya, khabarnya kau bertemu yang baru. Hampir setahun yang lalu, Nil berkenalan dengan seorang pemuda kacukan. Ben nama timangannya. Pemuda ini kelihatan baik, terpelajar, berada, dan boleh dipercayai tetapi latar belakangnya yang sebenar tidak diketahui. Hubungan mereka intim ditambah simpati Ben terhadap dirinya. Ramai juga teman yang meraguinya melarang, namun Ben dengan karismanya yang memikat, tetap berjaya memenangi hati Nil yang kosong. Ana menggigit bibir.

Lagipun, Ben ketara begitu ikhlas dan berminat untuk kembali kepada pengamalan Islam yang sebenarnya. Nil rasa terpanggil untuk berdakwah. Kononnya, kata Ben, keluarganya jauh dari agama. Solat, puasa, zakat entah ke mana. Hanyut kebaratan. Dia mahu Nil membentuknya ke jalan lurus kembali. Dan seterusnya, mahu menikahi Nil.Fal, kau tahu kesudahannya? Ana sekadar menggeleng. Nil terpedaya. Mereka terlanjur... . Ya Allah! Ana terkesiap amat. Menekup muka dengan tangan. Telinga ini tersalah dengar?Ya. Kisah Natrah barangkali telah dilupa. Tapi usaha memesongkan akidah gadis Melayu masih berterusan. Ben guna pil khayal. Nil kini hamil lima bulan. Pengajian terpaksa ditangguhkan. Mereka belum menikah. Dan sekarang, khabarnya Ben sedang berusaha menggoyahkan sisa-sisa keimanannya.

Ah, kau tentu faham tindakan mereka selanjutnya. Rasa berdosa serta-merta mendera. Ana sudah lama mendengar episod cerita begini. Tetapi, payah mahu percaya, ia menimpa gadis sebaiknya yang pernah ana kenali. Akukah punca semua ini?Selamatkan dia, Fal. Bisik Jai. Engkaulah orang yang paling tepat! Akulah yang bersalah membiarkannya! Rasa kasih dan kasihan deras meluap-luap. Apa yang harus aku lakukan? Lantas kami segera menjejak Nil. Memang malang. Dia telah diusir keluarganya dan terpaksa menebalkan muka, menumpang di rumah Rai, antara sahabatnya yang bersimpati. Namun Ben terus-terusan memomokkannya dari sehari ke sehari, Rai memberitahu.

Nil diugut. Ben tidak mahu bertanggungjawab dan akan memalukannya sekiranya enggan menukar agama! Alangkah malangnya nasibmu!Kekesalan yang sukar dibendung mendorong ana bertekad mahu menyelamatkannya, walau apa harganya sekalipun yang harus dibayar. Biarlah ana berkorban demi cinta murni yang pernah terjalin. Demi rasa kemanusiaan. Demi akidah sucinya!Kami dipertemukan juga setelah sekian lama terpisah. Nil berwajah lesi, terkejut dan terselingar. Pura-pura tidak mengenali ana lagi bila disapa.

Dia menangis. Rai dan Jai hanya melihat dari jauh. Membiarkan sahaja. Nil dah tak kenal Fal lagi? Fal dah tak ada dalam kamus hidup Nil lagi. Fal minta maaf. Fal sangat bersalah padamu. Maaf? Pergilah dengan cita-cita, Fal. Nil dah rosak. Percayalah! Walau apa pun, Fal masih sayangkan Nil.

Hati Fal masih macam dulu. Lupakanlah cerita silam. Kita bina kehidupan baru.Carilah gadis yang lebih suci. Nil tertawa seperti dirasuk hantu. Nil bukan gadis lagi. Fal mau terima Nil dengan perut yang boyot ini?Angguk.Fal terlalu berdosa meninggalkanmu. Fal ingin menebus dosa itu. Tawanya pupus serta-merta. Tidak percaya? Ana tidak berganjak dengan keputusan itu. Dan ana tahu, hatinya masih ada ruang untuk ana lagi. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Dengan bantuan Jai dan Rai, Nil berjaya kami tiup keyakinan dan semangatnya semula. Tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan selain Jai dan Rai, kami menikah minggu itu juga dengan berwali hakim di pejabat agama. Menakjubkan sungguh. Macam mimpi. Ana sendiri kadangkala rasa kurang percaya. Tetapi inilah amanah Allah. Inilah cinta sebenarnya barangkali.

Ya, cinta sejati memang menagih pengorbanan. Dan Nil kadang-kadang sengaja menduga: Mengapa abang masih pilih Nil? Sebab cinta abang hanya pada Nil saja. Bukan kerana kasihan? Geleng. Bukankah sejak sekolah lagi abang cintakan Nil?Pengorbanan abang terlalu besar! Bagaimanakah Nil dapat membalasnya? Cinta sejati mesti ada ujian. Mesti ada pengorbanan. Abang pilih Nil kerana abang kasihkan Nil. Sayangkan akidah Nil. Cinta lama itu hangat semula. Auranya kembali menyelimuti kami. Bezanya kini kami di alam perkahwinan. Bahagia meronai jiwa. Berdekatan dengannya terasa jauh lebih tenteram.Namun ada cabaran lebih akbar di depan.

Bagaimana mahu menghadapi keluarga? Ya, bonda memang sudah lama merungut mahu ana cepat beristeri. Mahukan cucu katanya. Lantas, kepada bonda, ana khabarkan sudah bertemu pengganti arwah Kay, dan akan segera berkahwin pada masa yang sesuai. Justeru, kami berdua merancang sejurus Nil melahirkan bayinya nanti mahu disatukan secara beradat. Anak dalam kandungan Nil kian membesar. Bimbang diganggu oleh Ben dan khuatir terserempak dengan kaum kerabat ana atau sahabat terdekat, kami berpindah ke rumah sewa baru. Hanya Jai dan Rai sahaja yang tahu. Jiran sekeliling yang kurang mengambil peduli tidak menjadi kerisauan. Untuk beberapa bulan, ana terpaksa mengelak daripada diziarahi sesiapa demi menjaga kerahsiaan ini.

Demi kemaslahatan Nil. Kandungan Nil masuk ke bulan terakhir. Bagaimana dengan nasib anaknya nanti? Itulah yang kerap bermain-main di fikiran dan mengganggu tidur. Tentang latar belakang Nil, ana tidak bimbang. Jika ditanya kelak, jawapannya sudah ana fikirkan. Kepada keluarga, akan ana katakan, Nil anak yatim piatu. Tiada saudara-mara lagi. Kononnya ana terpesona dengannya semasa menziarahi seorang teman di rumah anak-anak yatim. Cinta selayang pandang. Jai dan Rai juga pasti dapat membantu. Sekurang-kurangnya menjadi saksi penguat cerita. Tetapi soal identiti anak di dalam kandungannya ini yang memeningkan kepala. Kelak mahu dibinkan apa? Dan masakan terlalu lekas pula kami mahu mengambil anak angkat selepas berkahwin! Apa pula kata mereka nanti? Bagaimana dengan anak ini? Tanya Nil lagi.

Anak Nil, anak abang juga. Ia tidak berdosa. Ia amanah Allah pada kita. Ana menghembuskan keyakinan ke wajah Nil yang mulai ceria.Abang terlalu baik! Demi cintamu, Nil!Ana hanya pasrah pada takdir. Tawakal. Ana yakin, selagi perbuatan ana tidak menyalahi agama, rahmat Allah sentiasa bersama. Pasti ada reda-Nya. Salahkah tindakan ana selama ini? Bukankah ini pengorbanan demi cinta sejati?Suatu malam, Nil mengadu sakit perut. Nafasnya nampak lelah. Kainnya juga sudah lencun basah. Lalu kami berkejar ke hospital. Barangkali masa kelahirannya sudah karib. Didorong cinta yang makin kental, ana cuba menyelit masuk bersama, tetapi ketegasan doktor menghalang.

Hanya pandangan sayu terakhir Nil yang sedang berkerut menahan sakit menjadi bekal ana kala menunggu. Ana gelisah di luar dalam pada Nil di dalam sedang bertarung dengan maut. Tuhan sahaja yang Mahu Tahu hati ana waktu itu. Menanti legaran waktu, dalam debaran yang tidak menentu, alangkah sengsara! Doktor yang menghalang ana tadi keluar semula. Ana lekas menerpa.Bagaimana isteri saya, doktor? Err, diharap encik dapat bertenang. Nil yang menghidapi asma dikatakan menghadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Bayinya yang songsang pula lemas.

Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan kami. Kedua-duanya gagal diselamatkan. Alangkah lekasnya pertemuan semula, kini perpisahan pula menjelma? Lutut terasa longgar. Air mata tidak dapat ana bendung lagi sewaktu menatap jenazahnya yang damai. Menangis semahu-mahunya! Demikian Nil pergi. Syahid di akhirat bersama puterinya yang ana namakan seperti namanya - Husnil Khatimah. Kehilangannya begitu terasa berbanding kepergian Kay dulu. Namun ana reda, sekurang-kurangnya ana telah melaksanakan sebuah amanah Tuhan.Ia tamat di situ. Ya, memang ini bukan sekadar cerita cinta tetapi memori sedih. Pelik bukan? Cinta bukan sahaja hadir tiba-tiba malah kadang-kadang lahir dari rasa kasihan. Dan seringnya pengorbanan akan ditagih cinta sejati, yang cuma satu dalam seribu. Apakah anta percaya?

P/s: Kredit untuk penulis asal cerpen ni..

Kisah Benar - Wasiat Buat Isteriku

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG... ..

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband

P/s: Kredit untuk penulis asal

Lawak - Kenali Peribadi Melalui Kentut

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit" .

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk ".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi....


-> jadi di mana anda?

From
Azalea Kamarudin
3F Resources Sdn Bhd

P/s: Kredit untuk penulis asal..

Wednesday, February 25, 2009

Luahan - Ati Kata Tak Ape

ATi KATE TAKPE


Bila kita syg org tu
Kita terima je apa yg org tu kata
Tp bila dia kata kita?
Ati kata takpe semua manusia tak sempurna...

Bila kita syg org tu
Kita tunggu dia lama pun x per
Tp bile dia tunggu kita??? Dia marah2
Ati kata ala...adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..

Bila kita syg org tu
Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan Ada dia layan kita???
Ati kata x pe dia busy kot..

Bila kita syg org tu
Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia
Ati kate x pe, dia tension tuu....

Bila kita syg org tu
Kita call nak cakap dgn dia
Tp dia gayut dgn org lain.. Bila jd camtu,
Ati kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia...

Bila kita syg org tu
Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita.. Kita dgr, sepatah2 kita ingat
Ati kata x pe syg katakan..

Bila kita syg org tu
Kita n dia lapar
Tp kita bg semua roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalah hati dia, sian dia...

Bila kita syg org tu
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bsn.. Adil ke?
Ati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita syg org tu
Kita jadi macam org gila dgr dia sakit,
Tp bila kita sakit, Dia siap bole kuar ngan kwn2 dia
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...

Bila kita syg org tu
Kita x penah pentingkan diri sendiri
Tp dia hpokrit tahap cipan gaban
Ati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima..

Bila kita syg org tu
Nmpk lalat kat makanan dia, kita halaukan
Tp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je
Ati kata, takpelah, takkan dia asik nk buat semua benda utk kita..

Bila kita syg org tu
Kita x sanggup tgk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita,
Ati kata, tau x betapa kita syg kan dia?

Bila kita syg org tu
Kita sanggup tinggalkn dia selama2nya utk dia bahagia
Tp adakah dia tahu pengorbanan kita??
Ati kata, x pe, janji dia bahagia...

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala penggunaan singkatan dan kesalahan dalam skema penulisan sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya penulis..

Tuesday, February 24, 2009

Lawak - Mee Bandung

Mee Bandung


Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil eputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...
Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ..

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada
telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"



-HAAHAHAHAHAHA-

P/s: Kredit untuk penulis asal..

Cerpen - I Love You

Dear Diary,

Gembiranya aku hari ini.. hehehe…tadi aku pegi umah makngah, nak tahu tak?? Prince charming aku tue dapat 10A1!! hebat kan??.. bangga pula rasanya.. hua3.. tapi yang x bestnya, si dia x de la.. dia ikot pakngah pegi mana ntah.. ala, time aku pegi, time tu la dia xde! xpe2, next week boleh jumpa! yahuuuuu!!!! hik2..Leganya rasa akhirnya dah abes final! hihi.. x lama lagi tau result! ini yang x sabar nie.. boleh ler aku tuntut kat jat! keekekek…alah, aku yakin gila nie add math aku sure tinggi dari dia tau! yela, aku tgk dia x stady pon! asyik baca komik ,men bola la.. bukan macam aku ajen.. muahahhaha…padahal nak menang punya pasai, sanggup aku x tido malam stady! heheheh.. xpe, demi putera idaman, aku sanggup! Ouh faizul!!! nges3..
'Woi! !' Aizat menyergah Aneesa dari belakang. Terpelanting pen yang dipegangnya dek kerana terkejut. Aneesa menyumpah-nyumpah Aizat di dalam hati. Mangkuk betul la!! Aku baru tengah 'feel' tau!! Aizat tidak dapat menahan tawa melihat Aneesa yang kelam kabut menutup diarinya. Dia sempat mencuri-curi pandang tadi, dia hanya sempat melihat perkataan faizul.. faizul?? erkk, bukan ke tu sepupu Nis?.. kenapa ada nama dia pula? Hah! biar betul, Nis suka Zul?'Ah, sibukla kau Jat! Suka-suka ja ceroboh bilik orang!' Aneesa menempelak Aizat yang langsung tidak peduli. Malah dengan selambanya dia duduk di atas meja Aneesa.'Alah Nis, macam la tak biasa. Kau tu pun sama, suka-suka ja ambil komik aku, tup-tup hilang! Hah, mana komik aku tu, aku tak baca lagi tau!' Aneesa tersengih. Alahai, camna dia boleh sedar pula komik dia hilang.'Ala, pinjam jela! Kedekut! Nah ambil balik!' Aneesa pura-pura merajuk. Aizat tergelak kecil. Seronok dia dapat mengusik Aneesa. Hidup dia akan rasa kekurangan kalau tidak dapat melihat muncung Aneesa setiap kali diusik. Baginya, Aneesa adalah segala-segalanya. Dia suka melihat Aneesa merajuk, ketawa. Tetapi dia tidak sanggup melihat Aneesa bersedih, sebab itulah dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Aneesa. Di sekolah, dia sudah dicop sebagai 'bodyguard' Aneesa. Sebab dia, tiada pelajar lelaki yang berani mengusik Aneesa.'Eh, kau tulis pa tadi? Buat puisi pasal kembar kau yang 'handsome' ni ekk?? Oh Jat, wajahmu bersinar bak mentari..' Kata-katanya terputus kerana tidak dapat menahan tawa. Aneesa yang tadi muncung mengikut ketawa bersama.'Eee, perasannya!! Tak ingin la! Habiskan dakwat pen aku ja tau!' Aneesa menjelir lidah. Perasan betul! Aku tulis tentang putera idaman la! hehe..'Ah kau! Kau ni zaman batu ke pa! Sekarang tak main la diari, orang buat blog la,' Seraya itu tangannya menepuk perlahan kepala Aneesa, tak sempat Aneesa menepis.'Ah malas la blog. Takde 'privacy' tau !''Ala, kau nak segan pe, setakat tulis sajak pasal kekacakan aku, aku tak kisahla.. hahahaha.. ni, ma suruh turun. Makan.''Em, malas la, dah kenyang,''Bagus! Boleh aku habiskan ayam kau!' Aizat sudah tersengih lebar. Ciss, bukannya nak pujuk aku makan! Gumam Aneesa di dalam hati.'Oit, tutup pintu!' Aneesa menjerit kecil.'Tak nak!' Jerit Aizat kembali. Dia berlari-lari anak menuruti tangga.Ah, dasar! Jatuh tangga padan muka! Boleh aku buat kenduri 4 hari 4 malam! Hihi.. Ah, biar senakal mana pun Jat, aku tahu dia sayang aku. Nasib baikla da Jat, kalau tak, sunyi la hidup aku. Aneesa tersenyum sendiri.
****
Dear diary,

Bestnya! !! Hari ini aku dapat tahu result add math! hahah.. seperti yang dijangka! aku menang! means marks aku tinggi la dari Jat. Tapi lebih 3 markah je.. huk3.. aku pelik la, pandai juga Jat tu, tengok macam x belajar ja.. agaknya dia stady sambil tidur kot??Ah, x kisahlah! Yang penting sekarang ni aku boleh minta Jat tunaikan permintaan aku.. hihi.. Esok adalah harinya! Yeahuuuuuuu! !!!Aneesa menutup diarinya yang sebenarnya dihadiahkan Jat. Itupun sebenarnya atas permintaannya. Dia pun tidak sedar sejak bila mereka bermula bertaruh. Bagi yang kalah, kenalah turuti satu permintaan yang menang. Selalunya mereka akan berlawan dalam peperiksaan dan seringkali pemenangnya mestilah Aneesa. Aizat pernah menang sekali, itupun dalam mata pelajaran kemahiran hidup masa PMR dahulu. Akibatnya Aneesa terpaksa mengeluarkan duit belanjanya selama seminggu untuk menuruti permintaan Aizat. Apa lagi kalau bukan komik. Aizat memang hantu komik, Aneesa pula lebih gemar membaca majalah seperti remaja, hiburan. Aneesa juga kuat berangan, seperti kebanyakan gadis, dia suka menghabiskan masa membaca novel-novel cinta. Dan dia akan membayangkan Faizul ,sepupunya yang dua tahun lebih tua darinya sebagai hero novel dan dia pula heroinnya. 'Wah, seronok nampak!' Aneesa yang sedang asyik membalas sms Faizul tersenyum malu.'Mestila! ''Zul la tu? Nasib ada aku kan? Kalau tak, takde Zul tu nak layan budak songeh macam kau ni! hahahah..' Aneesa mencebik geram. Suka sungguh mengutuk aku. Tahu lah aku ni perangai macam budak-budak. Hello, I'm only sixteen ok!'Yela! Tima kasih bebanyak ye! Ala, tapi kan, ni semua atas usaha aku gak! Dah aku menang, kau kenala buat apa yang aku suruh!' Aizat mencebik.'Bagusla kau 'happy'. Aku pun 'happy'.' Balas Aizat perlahan. Namun Aneesa masih dapat mendengar. Aik, kenapa pula dengan Jat. Dia tak suka ke aku kawan dengan Faizul? Sebelum ni Aneesa tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki kecuali Aizat. Di sekolah, dia lebih selesa bersama rakan-rakan perempuannya tetapi dia tahu Aizat sentiasa menjaganya semasa di sekolah. Pelajar lelaki memang tidak berani mengusiknya. Entah kenapa, dia tidak berasa terkongkong, malah berasa selamat.'Jat, kau tak suka Faizul ke?''Eh, takdela! Orang macam Faizul tu memang sesuai dengan kau. Dia kan pandai. Bakal doktor pula tu. Seronok la kau. Tercapai juga impian kau nak kahwin doktor!' Aneesa tersenyum kecil. Tak sangka pula Jat masih ingat impiannya semasa kecil dahulu. Haha, lawak pula bila dikenang. Kecil-kecil dah berangan nak kahwin!'Eh, weekend ni jom tgk movie!' Aizat menepuk perlahan bahu Aneesa.'Hah! ' Aneesa terjerit kecil. Terbang kenangan dia dengan Aizat semasa kecil dahulu.'Ish kau ni! Berangan ja keja! Taula tengah angau dengan Zul!'Usik Aizat.'Ah, mana da! Apa kau cakap tadi? Tengok movie?' Aizat mengangguk laju.'Alamak, emm.. Faizul..''Oh, takpe.. Dia dah ajak keluar ek? Bagusla, lagipun korang tak pernah lagi kan date!' potong Aizat. Aneesa tersenyum malu. Jat, kau ni, tahu-tahu aja! You are the best!'Ok, have fun! Tapi kalau dia buat apa-apa, 'call' aku cepat-cepat tau!' Gurau Aizat. Dia tahu Faizul baik orangnya, mustahil Faizul hendak mempermainkan Aneesa. Sebab itulah dia membenarkan Aneesa keluar bersama Faizul. Kalau orang lain, nak dekati Aneesa pun dia tak benarkan tau!'Thank Jat. Lain kali aku temankan kau ye. Jat, emmm mama..''Ala, aku tahu.. nanti mama tanya, pandai-pandailah aku cover!''Yes! ! Thanks ye!' Aneesa tersenyum gembira. Aizat turut senyum. Demi kau, aku sanggup buat apa sahaja, asalkan kau gembira. Tapi adakah aku gembira? Kenapa hatiku rasa sakit dan kenapa aku rasa makin jauh dengan Nis? Aizat mengeluh.'Kenapa Jat?' tegur Aneesa, menyedari Aizat yang berubah wajah, tidak seceria tadi.'Takde la. Aku tengah fikir nak ajak date dengan awek mana weekend ni,' Sengaja Aizat menipu. Padahal dia langsung tidak minat dengan mana-mana perempuan di sekolahnya. Bukannya tak ada yang meminatinya, tapi entahla, dia lebih selesa sendiri dan meluangkan masa bersama Aneesa.'Ee, perasannya! Mentang-mentang la banyak peminat ! Aha, lupa pula aku nak bagitahu. Ingat tak Amira?''Budak baru tu? Eh mestila ingat !Awek cun tu!' Aneesa mencebik. Ah, lelaki! Yang cun 'sure' ingat!'Bagusla macam tu. Sebab aku rasa kan dia macam minat kat kau. Dia selalu tanya pasal kau.''Oh yake.. Dah tu kenapa?' Tanya Aizat buat-buat tidak mengerti.'Ish, lembap betullah! Ngorat la dia, cuba kau tegur-tegur dia. Mana tau, boleh buat awek, so nanti aku tak payah temankan kau tengok movie. Amacam, mantap tak idea aku?' Aneesa tersengih bangga.'Boleh pakai juga otak kembar aku ni!' Sambil itu dia menepuk kepala Aneesa. Aneesa terjerit kecil.
******
**Aneesa berasa gembira dapat meluangkan masa bersama Faizul. Pertama kali dalam hidupnya keluar dengan lelaki selain Aizat. Impiannya untuk mengenali Faizul sudah tercapai. Banyak dia tahu tentang Faizul sekarang. Aneesa mula berubah, sejak kenal Faizul, dia lebih suka memerap di dalam bilik. Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku penyiasatan dan pembunuhan kerana Faizul minat buku-buku sebegitu. Tetapi kegembiraan itu tidak lama, entah kenapa dia terasa sesuatu yang hilang. Aneesa teringatkan Jat, mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia dapat rasakan Jat makin jauh darinya. Jat tidak lagi mengusiknya seperti dahulu, malah susah sekali mahu berjumpa dengan Jat walaupun mereka tinggal sebumbung. Jat selalu sahaja keluar rumah dan balik lewat malam sehinggakan papa dan mama menegurnya. Mama ada memintanya bertanya Aizat kalau-kalau dia ada masalah kerana mama tahu mereka memang rapat sejak kecil dan tak pernah berahsia. Dia cuba bercakap dengan Jat tetapi Aizat bersikap dingin terhadapnya. Alasannya dia letih main bola dan mahu tidur. Bunyi sms mengejutkan Aneesa. Dilihatnya di skrin, sms daripada Faizul. Untuk pertama kalinya dia tidak membalas sms Faizul. Entah kenapa dia rasa dia bukan dirinya sejak rapat dengan Faizul. Faizul seorang lelaki yang baik, terlalu sempurna dan amat bercita-cita besar. Dia bukan seperti Aizat, yang tidak sopan, keras kepala, perangai gila-gila dan amat gilakan komik. Aizat juga suka mengusik dan mengutuknya, berbeza sekali dengan Faizul yang sopan dan melayannya dengan baik. Bersama Aizat aku dapat jadi diriku, aku tak perlu berpura-pura berlagak seperti gadis yang matang. Aku boleh gelak sekuat hati aku, aku boleh menangis tanpa segan, aku boleh jadi aku! Aneesa tersentak. Kenapa baru sekarang dia tersedar yang selama ini dia tak pernah sukakan Faizul. Bila bersama Faizul, dia selalu membandingkan Faizul dengan Aizat. Selama ini, perbualan mereka pun banyak berkisar tentang Aizat. Dia ingat lagi semasa mereka ke MPH, aku beriya-iya bercerita tentang Aizat apabila ternampak komik kesukaan Aizat. Tapi mustahil aku sukakan Jat??!! Dia kan kembar aku! Dia juga abang aku! Tidak, dia bukan kembarku, apatah lagi saudaraku! Kami langsung tiada pertalian darah! Aneesa berperang dengan perasaannya sendiri sehinggalah dia tertidur keletihan.**
**Aneesa mendengus marah. Sakit hatinya melihat kemesraan Amira dan Aizat. Mengertilah dia kini mengapa Aizat tidak mahu melayannya lagi. Yela, dia sudah ada Amira! Amira boleh temankan dia pergi tengok movie! Boleh temankan dia pergi membeli komik! Aneesa menghempas geram buku di atas meja. Aizat yang sedang asyik berbual dengan Amira menoleh. Dia hairan dengan sikap Aneesa sejak akhir-akhir ini. Selalu bermasam muka, agaknya bergaduh dengan Zul kot, yela orang tengah bercinta kan. Tak mengapalah, balik rumah ni, aku tanya, mana tahu dapat tolong. Aku tak sanggup melihat Aneesa sedih begini.Sampai sahaja di rumah, Aizat terus memanjat tangga menuju ke bilik Aneesa. Sudah sebulan mereka tidak pulang bersama, sengaja dia mengelak balik bersama Aneesa kerana dia mahu menjauhkan diri dari Aneesa. Lagipun, Aneesa sudah tidak perlukan dia, dia tak perlu lagi menjadi peneman Aneesa. Tanpa mengetuk pintu, dia mendapatkan Aneesa yang sedang asyik menulis sesuatu di meja. Tidak seperti dahulu, dia pasti akan menyergah Aneesa yang sedang leka menulis. Dia mencuit bahu Aneesa lembut. Aneesa tidak menoleh. Sebenarnya dia sedar kehadiran Aizat. Namun, Aneesa tidak berani bersemuka dengan Aizat. Dia geram dengan Aizat dan dirinya! Dia geram kerana amat sukakan Aizat. Dia tahu dia tak sepatutnya menyukai Aizat, dia pasti Aizat hanya menganggapnya seperti adik selama ini. Tidak mungkin dia dapat bersama Aizat dan tak mungkin mereka dapat mesra seperti dahulu. Apa patut aku buat untuk hilangkan perasaan ini? Yang peliknya, perasaan yang dipendam selama ini kepada Faizul mula pudar setelah mengenalinya. Ah, benci betul! Dah gila agaknya aku ni!'Nis..' tutur Aizat lembut. Aneesa yang sudah lama rindukan panggilan itu hampir menangis mendengarnya. Aizat akan memanggilnya Nis apabila dia dalam kesedihan. Aizat akan berubah watak apabila melihat dia sedih. Dia akan memujuk Aneesa dengan lembut dan mendengar rintihannya biarpun selalunya hanya sekadar masalah kecil.'Nis, cerita kat Jat. Apa Zul dah buat? Nanti Jat belasah dia!' Sengaja Aizat menyebut nama Faizul. Mana tahu memang Faizul menjadi punca kesedihan Aneesa.'Tak ada kaitan dengan dia! Leave me alone!' Jerit Aneesa. Aizat kaget. Tidak pernah Aneesa marah sebegini. Nasib baik mama dan papa keluar, kalau tak mesti diorang ingat kami bergaduh.'Nis. . jangan la macam ini. Mana Nis dahulu yang ceria? Jangan la sebab lelaki tu, Nis jadi macam ini ! Nis ni comel tau, banyak lagi lelaki lain gilakan Nis tau !' Aizat masih cuba memujuk Aneesa.'Ah sibuklah !Kau pergilah layan Amira ! Tak payah nak care pasal aku! Tahu la aku nak handle!' Aizat tersentak. Kenapa nak kaitkan dengan Amira pula ini. Dia juga yang suruh aku keluar dengan Amira dulu. Aizat cuba bersabar melayan kerenah Aneesa. Dia mesti tahu punca Aneesa jadi begini.'Nis, kenapa ni? Dah tak nak cerita dengan Jat? Dulu, Nis tak pernah berahsia dengan Jat,' Aneesa mendengus geram. Sebab kau la bodoh! Sebab aku suka kau! Dan aku tak dapat terima hakikat kau boleh mesra dengan orang lain selain aku! Ya, aku tahu aku amat pentingkan diri. Tapi makin hari, perasaan ini makin kuat. Aku mahu belajar untuk tidak bergantung dengan kau lagi. Namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati.'Nis, please.. cite kat Jat. Jat tak sanggup tengok Nis sedih,''Can you stop acting like you are my brother!!' Jerit Aneesa. Entah kenapa dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Aizat tidak dapat bersabar lagi dengan kerenah Aneesa. Dia berasa amat terluka dengan kata-kata Aneesa.'Fine! Kalau itu yang kau nak!' Aneesa terkedu. Pertama kali dia mendengar nada keras dari Aizat. Selama ini, jika mereka bergaduh seteruk manapun, Aizat akan beralah dan tidak akan meninggikan suara sebegitu. Adakah Aizat membencinya kini?Sebelum keluar dari bilik Aneesa, Aizat menoleh melihat Aneesa yang langsung tidak memandangnya. 'Jat minta maaf sebab selama ini jadi abang Nis. But remember this, I have never asked to be here, I have never asked to live with you! Tapi Nis jangan risau, nanti Jat akan keluar juga dari rumah ini, buat masa sekarang, Nis terpaksa lihat muka Jat,'Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya menitis juga. Tahula Aneesa Aizat tidak membencinya tetapi dia sudah terluka. Terluka sebab aku yang bodoh! Aku tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang sebegitu kejam! Aizat sudah salah faham, aku tak maksudkan begitu. Apa yang aku maksudkan, aku mahu dia lebih dari seorang abang! Aku tak mahu terus menjadi adiknya. Tapi Aizat tak akan faham. Ya Allah, apa aku sudah buat. Aneesa membiarkan air matanya terus mengalir. Bunyi telefonnya mematikan lamunannya. Dilihatnya di skrin, 'Jat's day'. Jat's day! Hari ini hari Jat! Hari di mana aku akan gembirakan Jat kerana hari ini hari kematian ibu bapa Jat. Pada hari tersebut, dia tak akan bergaduh dengan Jat, dia akan buat Jat gembira, luangkan masa bersama Jat sebab dia tak mahu Jat rasa keseorangan. Dia mahu Jat rasa dia ada ahli keluarga, dia ada teman yang akan sentiasa bersamanya di saat dia sedih. Tahun lepas, Aneesa belanja Aizat ais krim di mall, mungkin kedengaran biasa, tetapi baginya itu sahaja caranya untuk membuat Aizat rasa gembira dan membuatnya lupa hari yang menyedihkan itu. Aneesa terkaku. Dia berasa amat bersalah kerana kata-katanya sudah pasti mengguris hati Jat dan mengingatkannya tentang ibu bapanya yang telah pergi sepuluh tahun yang lalu. Semuanya gara-gara kemalangan. Nasibnya baik kerana ibu bapanya yang turut berada dalam kereta yang sama terselamat. Tetapi tidak Jat, Jat telah kehilangan kedua ibu bapanya semenjak usianya baru mencecah enam tahun. Sejak itu, mereka tinggal bersama memandangkan saudara Jat yang lain tidak mahu menjaga Jat malah mahu menghantarnya ke rumah anak yatim. Nasib baik papa mengambil Jat menjadi anak angkatnya, tambahan pula papa memang sudah lama inginkan anak lelaki. Itulah yang dijelaskan mama semasa dia bertanya perihal Jat dahulu.Aku mesti minta maaf dan jelaskan padanya yang aku tak maksudkan macam tu! Namun kaki Aneesa terhenti. Dia tidak punya keberanian untuk berhadapan dengan Aizat. Sebab selama ini, Aizat lah yang selalu memujuknya apabila dia sedih. Dia tak pernah melihat Aizat sedih tetapi malam ini dia dapat merasa kesedihan Aizat. Aneesa memutuskan untuk menghantar sms sahaja kepada Aizat.Jat, Nis minta maaf. When I said stop acting like u r my bro, what I really meant is different from what u understand. I'm so sorry that I hurt you! Please forgive your stupid little sis!=(Aneesa tidak perlu menunggu lama. Setelah beberapa saat, sms nya dibalas.Masukla, kenapa berdiri kat luar.Aneesa tersenyum kecil. Alamak malunya! Macam mana dia tahu aku depan bilik dia ni. Aneesa membuka pintu, entah kenapa terasa berdebar-debar. Oh, tenanglah wahai hati. Getus hati kecilnya. Dilihatnya Aizat berada di atas lantai, bersandar di tepi katil, dia sedang memegang sekeping gambar. Aneesa teragak-agak mendekati Aizat.'I miss them,' Aneesa tersentak. Pertama kali dalam hidupnya, Aizat meluahkan kerinduannya. Selama ini, Aizat sentiasa gembira, tak pernah pun dia berbicara tentang ibu dan ayahnya. Aneesa berasa sedih dan bersalah. Ini semua salah aku! Buat Aizat teringat kemalangan tu!'Jat, sorry,'akhirnya Aneesa mendapat kekuatan untuk bersuara. Dia memberanikan diri mendekati Jat.'No, it's not your fault. Ada benarnya juga kata kau. Selama ini, aku lupa yang aku sebenarnya bukanlah abang kau, apatah lagi kembar kau. Keluarga kau jaga aku dengan baik sampai aku lupa diri aku.''Jangan cakap macam tu! Kau lah keluarga aku! Kalau kau tak ada, rumah ini memang tak meriah. Kaulah penyeri tau. Sebab kau, aku rasa bahagia sangat.' Aneesa menunduk. Entah kenapa tiba-tiba terasa darah menyerbu ke wajahnya. Pasti wajahnya sudah merah menahan malu. Aizat menoleh melihat Aneesa yang kini sudah berada di sebelahnya.' Terima kasih. Aku memang nak kau bahagia selalu. Jangan sedih-sedih lagi tau!' Aneesa mengangguk. La terbalik pula, sepatutnya aku yang pujuk dia! Aneesa tersenyum kecil.'Eh, apa maksud kau tadi?''Maksud apa?' Aneesa mengangkat mukanya memandang Aizat kehairanan.' sms tu!' Aneesa kaget. Alamak! Mati aku, takkan la aku nak beritahu aku tak nak dia jadi abang aku sebab aku suka dia!'Cepatlah! Tell me, what did you really mean?''Emm, what I meant..' Aneesa segera bangun, dia mesti larikan diri! Takkanlah aku nak malukan diri pula! Namun tangannya ditarik Aizat pantas. Terkejut Aneesa, debaran yang dirasakan sedari tadi bertambah hebat.'I won't let you go unless you tell me what u meant!' Nada Aizat yang keras membuatkan Aneesa terkedu.'Esok lah aku bagitahu,' Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Aizat tetapi Aizat mencengkamnya kuat.'I won't accept your apology,'Sengaja Aizat mahu mendera Aneesa. Sudah lama dia tidak mengusik Aneesa dan dia amat rindukan Aneesa yang akan merajuk diusiknya.Aneesa tidak dapat mencari alasan lagi. Dia terpaksa berterus terang.'I don't want you to be my brother because,''Because? 'Potong Aizat laju. Ee, geramnya aku! Cuba la bawa bersabar! Ingat senang-senang ke aku nak luah perasaan! Aneesa mendengus geram.'I love you!'Jerit Aneesa. Dia sendiri terkejut kerana punya keberanian meluahkan tiga perkataan itu. Aizat terkejut mendengarnya. Aku sedang mimpi ke ni?'Puas hati? Tapi kau jangan risau, aku tahu kau anggap aku macam adik je. Anggaplah kau tak pernah dengar,' Serentak itu Aneesa berlari keluar dari bilik Aizat. Aizat yang masih terkejut, hanya membiarkan Aneesa pergi.****
'Jat, jat nak ambil kursus apa nanti?' Aizat yang sedang asyik menghirup milo ais kegemarannya mendongak memandang Aneesa.'Jat nak jadi kartunis! Nak ada komik sendiri,' Aneesa tersenyum kecil. Dia tak sangka itu jawapan Aizat. Nampaknya Aizat betul-betul gilakan komik!'Nis pula nak jadi novelist!''Tak tanya pun!' Usik Aizat. Aizat ketawa melihat Aneesa yang sudah menarik muka.'Biarlah, Nis nak bagitau juga!' Jat ni, suka buli aku! Dah couple pun still nak buli! Tak romantik betul! Tapi aku tetap sayang dia, pelik kan? Dia masih ingat lagi, selepas kejadian malam yang bersejarah itu, disangkanya Aizat memang tidak sukakan dia kerana membiarkan dia pergi. Rupa-rupanya telahannya silap, Aizat mengheretnya keluar dari biliknya dan meminta penjelasannya tentang hubungannya dengan Faizul. Dan malam itu juga dia tahu punca Aizat menjauhkan diri darinya, semuanya kerana dia mula sedar dia sukakan aku, Aneesa Mohd Hanif. Dan Amira pula menjadi tempatnya untuk cuba melupakan aku. Nasib baik Amira tak berjaya buat Jat aku lupakan aku! Jat, love you always.

Penulis : Anakira

P/s: Kredit untuk penulis..

Info - Jutawan Bangkit Dari Bankrap Dengan Menjual Sandwich

Kebimbangan: Jutawan Bankrap Bangkit Semula Dengan Menjual Sandwich di Jalanan
Tidak semua orang boleh dan mampu menghadapi kenyataan. Inikan pula pernah bergelar jutawan dan jatuh bankrap. Selepas kejatuhan, si kaya mencari-cari apakah yang patut dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Adakah bekas jutawan harus ke pejabat Kebajikan Masyarakat menagih simpati untuk sesuap nasi? Ataupun, pergi ke jalanan meminta-minta dari orang ramai?

Bagaimana pula jika mereka memulakan kehidupan baru dengan berniaga semula? Meminjam dari bank untuk memulakan usaha baru. Boleh ke? Jika telah disenaraikan sebagai bankrap, tiada sebuah bank pun yang ingin melayannya. Mampukah bekas jutawan memulakan sesuatu yang kecil-kecilan di jalanan seperti menjual sandwich? Saya percaya, tidak ramai bekas jutawan atau jutawan sedia ada yang mampu menjual di jalanan. Malu... segan... apa pula pandangan orang dan pelbagai alasan lagi.

Tahukah anda bahawa seorang tycoon 'multi millionnaire' di Thailand yang berkecimpung di dalam bidang broker saham dan meningkat naik menjadi pemaju hartanah mewah telah jatuh bankrap semasa Krisis Ekonomi Asia 1997/1998. Sirivat Voravetvuthikun bangkit semula dengan menjual sandwich di jalanan dengan menyandang sebuah kotak sandwich seberat 12 kilogram di bahu.

Latarbelakang
Sirivat dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan mendapat pendidikan tinggi di dalam bidang pengkhususan kewangan dari University Texas at Austin, US. Beliau bergraduat dari universiti tersebut dalam tahun 1973 pada usia 26 tahun. Setelah bergraduat, beliau memulakan kariernya sebagai broker saham di firma broker terbesar di Thailand. Di usia muda, Sirivat menetapkan sasaran dan impian untuk menjadi jutawan pada usia 26 tahun, tetapi hanya mengecapinya pada usia 35 tahun.

Sirivat adalah seorang yang gigih dan berusaha keras untuk mencapai apa yang diimpikannya. Dengan kecerdikan dan usaha gigihnya, beliau telah dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengarah urusan. Usahanya telah membuahkan pulangan yang besar kepada syarikat dan pelanggan-pelanggannya. Tidak puas dengan apa yang diperolehi, Sirivat menjadi pengurus dana persendirian. Dalam masa yang pendek, beliau menjadi ahli perniagaan yang kaya raya dan menubuhkan syarikat pemaju hartanah yang dikenali sebagai Tong Gween yang membangunkan kondominium.

Nasib Tidak Menyebelahinya
Sirivat memulakan projek meganya dalam tahun 1993 dengan membina kondominium mewah yang berharga 9 juta dollar di Bangkok. Namun, beliau menghadapi masalah besar apabila kegawatan ekonomi melanda Thailand dalam tahun 1996. Pada ketika ini, komplek kondominiumnya masih di dalam pembinaan. Keruntuhan ekonomi, peningkatan kadar faedah (hingga 21%) dan kelemahan nilai matawang Bhat telah menyumbang kepada kegagalan syarikatnya. Tambahan pula, hanya sebahagian kecil unit-unit kondominiumnya yang telah terjual pada masa itu.

Pada masa ekonomi melonjak, pelbagai bank mengetuk pintunya untuk memberikan pinjaman dan wang pendahuluan. Seperti biasa, apabila masalah melanda dan ekonomi tidak baik, bank akan segera menutup pintu dan yang lebih buruk lagi bank akan mendesak peminjam-peminjam berisiko untuk membayar semula pinjaman. Ini adalah perkara biasa di dalam dunia perbankan.

Masalah ini telah menggugat yakin diri beliau. Sirivat terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Bukan sahaja dibebani hutang yang berjumlah lebih USD30 juta, Sirivat terpaksa berhadapan dengan 40 orang kakitangan yang bernaung di bawah pentadbiran beliau. Bagaimana ingin memberitahu mereka bahawa zaman kegemilangan telah berakhir? Bagaimana untuk memberitahu mereka dua pilihan yang terpaksa dibuat iaitu sama ada terus berkhidmat di bawah pentadbirannya tetapi di dalam arena lain, atau berhenti bekerja? Sirivat dilanda kebimbangan yang hebat. Beliau terpaksa berperang dengan yakin diri yang telah merosot ekoran masalah-masalah yang dihadapinya. Namun, kehidupan harus diteruskan. Wang harus disalurkan kepada 3 anaknya yang belajar di England dan New Zealand. Lantas, beliau, atas sokongan padu isterinya, Vilailuck, membuat keputusan untuk menjual sandwich di jalanan.

Memulakan Hidup Baru
Bak kata pepatah "Teman ketawa ramai dan senang dicari, teman menangis susah dicari", begitulah juga dengan 40 orang kakitangannya. Hanya 20 orang sahaja yang sanggup untuk mengharungi zaman sukar bersama-sama Sirivat. Beliau berhadapan dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan. Sirivat, mahupun isterinya bukan tukang masak yang mahir dan juga tiada modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan yang baru ini. Namun, atas desakan hidup, keluarga baru ini membuat keputusan untuk mengharungi segala onak duri bersama. Dengan azam dan tekad di hati setiap ahli, Sirivat mengepalai perusahaan sandwich jalanan di tengah-tengah kota Bangkok.

Isterinya bersama pekerja-pekerja wanita menyediakan sandwich sehingga lewat malam dan Sirivat bersama pekerja-pekerja lelaki menjaja di jalanan dari satu kawasan ke kawasan lain. Sirivat berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana pada ketika itu menjual di jalanan memerlukan lesen khas. Pada hari pertama, perniagaan belia hanya mampu meraih 14 dollar (6 kotak sandwich).

Seperkara yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua peniaga di Malaysia dan serata dunia, baik perniagaan kecil mahupun perniagaan besar, iaitu etika berniaga yang menjadi pegangan Sirivat. Beliau mahukan pelanggannya mendapat yang terbaik. Segala lebihan perniagaan hari pertama tidak di 'recycle' untuk menjadi barang jualan hari kedua. Sebaliknya, lebihan barang niaga pada sesuatu hari akan di makan atau diberikan kepada pusat-pusat kebajikan. Maka, makanan segar dihidangkan setiap hari yang dapat menjadi tarikan kepada pelanggan untuk kembali membeli sandwichnya. Janganlah disebabkan takut kerugian, peniaga akan menjual semula makanan yang tidak laku pada hari sebelumnya. Ini akan menyebabkan pelanggan tidak membuat belian ulangan. Pelanggan pada masa kini adalah bijak dan tidak mudah ditipu dengan sewenang-wenangnya.

Perniagaan Sirivat meningkat saban hari dan pada masa ini beliau mengembangkan perniagaannya dengan menambah barisan produk yang termasuk sushi. Beliau juga memiliki beberapa restoran, perkhidmatan katering, buku dan ceramah motivasi dan penghantaran produk-produk jualannya.

Kata-Kata Semangat
Sirivat pernah berkata "My father was rich but I was richer until I failed at 48". Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang sanggup mengakui kelemahan dan kegagalan. Bukan mudah untuk mengakui kelemahan dan kegagalan terutamanya di khalayak ramai. Menurut beliau "If a person accepts failure and uses that as a lesson instead of wallowing in depression and self pity, he may fail again but not the third or fourth time."

Sirivat berkata "Many times I felt like giving up but my wife kept me going with her support and motivation".

Beliau sering memberi semangat kepada anak buahnya dengan bersama-sama berniaga di jalanan dan berkata "Never, never give in. Never look down on small businesses." Beliau yakin dengan berpendirian dan inovatif, setiap insan dapat meraih kejayaan peribadi. Nasihat Sirivat kepada anak muda, pelajar-pelajar ialah 'jangan menunggu kerja untuk datang kepada mereka, sebaliknya carilah peluang dan bersedia untuk berusaha keras'.

Tough times don't last, tough people do.

Rujukan: [1] Ramoo, N. (2002), "I was born to be a millionnaire", Akauntan Nasional: A Journal of the Malaysian Institute of Accountants, pp. 26-28. [2] pelbagai websites.

ZMS
Posted by Prof Madya Dr. Zulkarnain Muhamad Sori at 7:30 PM

Lawak - Resume

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

From
Azalea Kamarudin
3F Resources Sdn Bhd

p/s: Kredit untuk penulis asal karya ini..

Saturday, February 21, 2009

Cerpen - Suatu Penyesalan

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah. ...sakitnya. ..isk...isk. ..isk...isk. .. aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamduli llah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah? ?.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

“Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.” Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal.... "YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.”
“Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya. “ kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
BAHAGIAN KEDUA
Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...
"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya... .
Assalamualaikum.

Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang....... Mohammad Fikri dan Farhana.
Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....
Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya. ..sejuk perut Ani mengandungkan mereka.
Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.... ...menyesal. ......
"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.
Ya Allah...
Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. .kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...
Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...
Ya Allah?.
Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....
Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya. ....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......

__._,_.___

P/s: Kredit untuk penulis asal cerpen ni..

Luahan - Tangan Yang Indah

Tangan Yang Indah
(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.... .......
Seringlah berdoa untuk mereka, ingati setiap jerih
perit mereka dlm membesarkan anak-anak bg
menjadi insan yang soleh dan solehah, berjaya
dunia akhirat..kerana doa anak yang soleh akan
dimakbulkan oleh Allah walaupun dia telah tiada..

P/s: Kredit untuk penulis asal karya ini..

Friday, February 20, 2009

Info - Ciuman Suami...

Jom kita bercerita tentang sesuatu yang romantis. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumahtangga. Bagi yang belum berumahtangga, ketahuilah - kahwin memang best! Hehehe tapi nak kahwin tu, pilihlah jalan yang baik, yang mudah, dan paling penting diberkati Allah.

Hari ni saya nak berkongsi sikit tentang rahsia ciuman. Sumber ni saya dapat daripada bahan bacaan d internet, oleh Imam Khalid. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman ni memberi tanda kepada seseorang tentang tingkah lakunya. Bagi para isteri, ketahuilah suami anda dengan ciumannya. Selamat menilai sendiri!

* Suka cium dahi isteri - suami yang romantis.
* Suka cium pipi isteri - suami yang penyayang.
* Suka cium mulut isteri - suami yang gelojoh.
* Suka cium tengkuk isteri - suami yang mata keranjang.
* Suka cium telinga isteri - suami yang sensitif.
* Suka cium leher isteri - suami yang penyabar.
* Suka cium buah dada isteri - suami yang suka bermanja.
* Suka cium tangan isteri - suami yang hipokrit.
* Suka cium ketiak isteri - suami yang menerima isterinya seadanya.
* Suka cium punggung isteri - suami yang suka bergurau.
* Suka cium kaki isteri - suami yang terlalu menghormat isteri.
* Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri - suami yang mementingkan diri.
* Suka cium seluruh bahagian badan isteri - suami yang baru balik dari outstation.

Kuang kuang kuang!

Cerpen - Burung Kenek-Kenek Warna Merah Hati

BURUNG KENEK-KENEK, WARNA MERAH HATI...
Setiap kali inilah persoalan yang timbul. Betul ke aku ini cucu nenek? Kalau ya, kenapa aku dilayan seperti penumpang kelas tiga di rumah besar ini. Dulu aku sedikit pun tidak kisah dengan layanan nenek. Dulu kami tinggal di rumah yang berasingan, di bandar yang berasingan pula. Bagaimanapun sejak ayah meninggal, kami terpaksa berpindah ke rumah besar nenek.

Rumah ini sungguh unik. Usianya melebihi 150 tahun dan dibuat daripada kayu cengal dan meranti. Halaman rumah ini juga luas, seluas padang bola di sekolah baru aku. Bilik-bilik pun banyak dan begitu juga dengan jendelanya. Kebanyakan jendelanya ada ukiran kayu yang cantik-cantik. Malah kadang-kadang aku terfikir, nenek sungguh berani tinggal berdua sahaja dengan pembantunya yang setia, Mak Leha, di rumah yang menggerunkan ini. Bagiku, rumah yang tidak bercat ini sungguh menyeramkan.

Dulu semasa ayah masih ada, kami akan menziarahi nenek pada setiap hari Raya sahaja. Nenek tidak menyukai kami. Walaupun ibu merupakan satu-satunya anak perempuan nenek tetapi nenek tidak menyukainya. Nenek lebih menyayangi Pak Long, anak sulungnya. Aku selalu gementar apabila ke rumah nenek. Nenek bukan sahaja cerewet tetapi sangat garang. Tetapi nenek sebenarnya cuma garang dengan aku dan Kak Lida, tidak dengan anak-anak Pak Long.

Aku dapat rasa perbezaan sikap nenek terhadap kami, berbanding kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi untuk anak-anak Pak Long. Nenek ada nama timang-timangan yang khas untuk mereka. Kak Nina dipanggil Sayang. Kak Zura pula digelar Intan dan Laila pula sebagai Manja. Rumah Pak Long berdekatan sahaja dengan rumah nenek.

Jadi sejak dulu lagi rumah nenek menjadi markas untuk anak-anak Pak Long bebas bermain. Sedangkan kalau dengan kami nenek akan berleter, rumah ni bukannya tempat untuk berlari-lari. Sedari awal lagi aku tidak menyukai nenek. Entah kenapa ada dendam yang tidak dapat aku luahkan. Mungkin kerana nenek tidak suka pada ayah dan ibu menyebabkan aku jadi berdendam pada nenek.

Sejak aku mula menjadi penghuni tetap rumah besar nenek, jiwa ku tidak tenang. Nenek adalah anak orang kaya pada zamannya. Dia biasa dilayan seperti anak-anak raja. Kini aku pula menjadi seperti salah seorang dayang-dayang nenek sahaja. Semua kata-kata nenek merupakan 'titah perintah' nenek. Tiada siapa yang berani ingkar. Aku hairan melihat ibu begitu taat pada nenek walaupun nenek sering memarahinya. Ibu tidak pernah melawan perintah nenek.

Ibu selalu berkata, "Macam mana pun nenek tetap emak ibu. Dialah yang melahirkan ibu, Husna."

Aku kagum melihat sikap ibu yang begitu sabar. Sedangkan aku sendiri dapat rasakan tidak lama lagi pasti akan meletus perang besar antara aku dan nenek. Cuma hari, tarikh dan masanya belum ditentukan lagi ….

* * * * *

Pagi Sabtu itu datang seperti selalu. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Di rumah ini tiada siapa pun yang bangun lewat.
"Bangun awal murah rezeki," kata ibu selalu.
Pesanan nenek kepada ibu kini diserapkan kepada aku dan Kak Lida pula. Ibu telah mula bekerja sebagai penolong pengurus di ladang kepunyaan nenek. Mak Leha pembantu rumah nenek sibuk dengan kerja-kerja dapur sejak pagi tadi. Aku sudah bersarapan dan bercadang untuk membantu Mak Leha mengemas.

Cuaca pagi itu indah sekali. Burung-burung berterbangan di dada langit yang biru. Sang Burung bersiul dan berkicau tanpa henti. Cuaca yang ceria di luar sedikit pun tidak menggembirakan aku. Aku terkenang kepada ayah yang telah pergi. Ayah … Husna tidak suka tinggal di sini, bisikku dalam hati. Tetapi inilah wasiat ayah, kami mesti kembali tinggal dengan nenek apabila ayah meninggal. Alangkah bertuahnya Kak Lida kerana dia tinggal di asrama. Kak Lida boleh bebas dari cengkaman nenek. Sedangkan aku ….

Aku teringat peristiwa semalam yang masih menghantui aku. Pak Long sekeluarga makan malam di sini. Selepas makan, kami berkumpul di ruang tamu. Nenek mengeluarkan kotak kayu berukiran dari biliknya. Aku duduk bersimpuh dekat ibu, sambil memerhati nenek membuka kotak barang kemas itu. Alangkah cantiknya barang-barang pusaka itu.

Nenek mula membahagi barang-barang kemasnya. Kak Nina mendapat rantai labuh dengan loket batu delima yang cantik. Kak Zura pula mendapat dua bentuk gelang antik dari emas padu. Malah Laila yang sebaya dengan aku pun mendapat subang berlian. Aku sendiri terliur melihat kerongsang tiga serangkai nenek. Kerongsang untuk disemat kepada kebaya itu, cantik buatannya.

Nenek langsung tidak memandangku. Kerongsang indah itu diserahkan kepada Kak Nina. Gadis berusia 15 tahun itu, mencium nenek. 'Berilah padaku, aku juga cucu nenek.'- Jerit hatiku.

"Sayang kongsi dengan Intan dan Manja," kata nenek.
Nenek seolah-olah cuba menyakiti hatiku. Walaupun aku baru berusia 12 tahun, tapi aku juga ada baju kebaya. Kerongsang itu memang padan betul dengan kebaya merahku. Kebaya yang arwah ayah beli itu, baru sekali aku cuba. Aku baru bercadang-cadang untuk menyuruh ibu belikan aku kerongsang tiga serangkai.

"Asma, mak tak bagi apa-apa lagi untuk kau anak beranak. Yang dulu mak bagi masa kau kahwin pun, ayah budak-budak ni gadai sampai lelap." Kata nenek sebelum menyimpan kotak kayu dalam biliknya semula.
Aku lihat muka ibu berubah. (Aku tahu juga tentang itu, ibu sudah bergadai-bergolok untuk membiayai perubatan ayah sejak bertahun-tahun. ) Kasihan ibu dimalukan begitu depan keluarga Pak Long.

Ibu yang menjadi anak perempuan nenek selama 33 tahun pun tidak dapat apa, inikan pula aku. Tetapi melihat Mak Long mendapat bahagiannya, aku jadi cemburu semula. Tak adil betul, ibu kan anak nenek. Mak Long tu kan sekadar menantu nenek. Aku menyimpan dendam lagi.

* * * * *

Sejak nenek sakit ni, hatiku berbelah bagi. Ada rasa senang kerana tidak dileteri. Tetapi timbul juga rasa simpati. Suara nenek pun tidak sekuat dulu lagi. Jika tidak setiap petang:
Husna, jendela sudah tutup?
Husna, jemuran sudah diangkat?
Husna, kelambu sudah digantung?
Husna, ayam sudah di reban?
Husna, pagar sudah dikunci?
Husna, pokok bunga sudah disiram?
Husna INI. Husna ITU. Semua Husna.

Kalau hendak menyuruh semua Husna. Kalau hendak disayangi tentulah anak-anak perempuan Pak Long, rungut hatiku.

Sebenarnya tidak perlu diulang-ulang pun aku sudah tahu tanggung jawabku. Sejak berpindah tinggal bersama nenek di sini, itulah tugas tambahan aku. Selepas makan nasi, akulah yang mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk. Sebahagian tugas-tugas Mak Leha, tanggung jawab aku juga. Kalau tidak nenek akan menyalahkan ibu, tidak pandai mengajar anak perempuan, konon.

Nenek masih di katil. Sudah dua hari nenek demam. Aku tidak berani mendekatinya. Dia akan marah kalau aku ke biliknya. Macamlah aku hendak mencuri kotak barang kemasnya. Dari anjung depan aku dengar nenek batuk-batuk sahaja. Mak Leha, pembantu rumah nenek masih di luar agaknya. Mungkin menyapu daun-daun pokok jambu di belakang rumah. Semalam hujan lebat, tentu banyak daun dan buah jambu yang gugur. Aku cuba membaca buku cerita. Tetapi batuk-batuk nenek makin kuat dan menggangguku. Hatiku berbahagi dua.

Ada suara menyuruh aku menjenguk nenek.
Ada suara menyuruh aku mengabaikan nenek.

Dalam berperang dengan diriku. Aku dengar ada benda jatuh. Aku cepat-cepat ke bilik nenek.

"Hei, ambil aku air suam." Kata Nenek, sambil memandangku.
Nenek lebih suka membahasakan dirinya sebagai 'aku' kalau dengan kami. Kami bukan sahaja tiada nama timangan macam anak-anak perempuan Pak Long malah kadang-kadang dipanggil 'Hei' atau 'Hoi'.
Aku cepat-cepat ke dapur. Mencari termos air suam. Kemudian membawanya kepada nenek. Tanpa mengucapkan terima kasih, nenek meneruskan tidurnya.

Aku hairan dengan sikap nenek. Kalau dengan Kak Nina, Kak Zura dan Laila nenek boleh bermanis muka. Menunjukkan mesra. Memuji mereka berulang kali. Tetapi dengan kami sebaliknya, nenek akan masam mencuka apabila terpandang wajah aku atau Kak Lida.

Walaupun dia membenci kami, dia tetap nenek kami.
Walaupun sebesar mana marahnya kami kepada nenek, dia tetap nenek kami.
Itulah pesan ibu selalu. Inilah yang membuat aku rasa serba salah, antara dendam kepada nenek. Dengan rasa tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibu untuk aku.

* * * * *

Nenek batuk dan kadang-kadang mengerang kesakitan. Aku bergilir-gilir menjaga nenek dengan Mak Leha dan ibu. Sebelah malam pun begitu, kami berganti-ganti tidur dengan nenek. Semenjak nenek sakit, balik saja dari sekolah, akulah yang ditugaskan menemani nenek. Tentu sahaja mula-mula tugas itu menjadi beban ke padaku …. Cucu-cucu kesayangan nenek yang bertiga itu sudah lama tidak kelihatan. Bayang-bayang mereka pun tidak nampak.

Aku memandang jam. Sudah sampai masanya nenek makan ubat.
"Nenek makan lah bubur ni. Sudah sampai masanya nenek makan ubat." Kataku perlahan. Tentu sahaja tidak mesra.
Nenek membuka matanya. Aku jadi simpati melihat matanya yang sayu. Mukanya cengkung sehingga kelihatan kedut-kedut kasar di wajah nenek. Rambut nenek juga kusut kerana banyak dibawa tidur. Sudah dua minggu nenek terlantar.

"Sayang ke?"
Hatiku jadi cemburu. Biar macam mana pun, Kak Nina yang langsung tidak menjenguknya itulah yang diingat selalu.
"Husna, nenek." Tegasku.
"Intan dan Anja mana?" Tanya nenek lagi.
Mahu sahaja aku menjerit di telinga wanita itu. – "Sejak nenek sakit, mereka tidak pernah datang." –

Aku melihat perubahan pada wajah nenek. Mungkin tidak suka memandangku. Hatiku tersentuh. Walaupun aku belum cukup dewasa, aku tahu juga pedihnya apabila kecil hati. Mujurlah ibu seorang yang penyayang dan adil. Aku dan Kak Lida tidak pernah merasa tersisih atau merasakan salah seorang dilebihkan.

Mahu sahaja aku meninggalkan nenek seorang diri. Membiarkan dia sakit tanpa ditemani. Baru padan muka. Nenek memang tidak pernah adil pada aku. Aku ada banyak alasan untuk tidak menjaga nenek. Misalnya, nenek pernah marah padaku berhari-hari lamanya walaupun hanya sebiji cawannya pecah, sedangkan dalam almari ada berpuluh cawan lagi. Nenek akan berleter panjang kalau aku berani masuk ke biliknya. Sedangkan anak-anak Pak Long bukan setakat bebas masuk ke bilik itu, malah dapat main berlari-lari pula. Nenek tidak adil.

Untuk menggembirakan hati kami yang sakit, aku dan Kak Lida mencipta pantun-pantun lucu untuk mengejek nenek secara diam-diam. Tentu sahaja tanpa pengetahuan ibu ….

Burung Kenek-kenek, ada warna merah,
Masuk bilik nenek, nenek jadi marah.

Burung Kenek-kenek, ada warna kuning,
Masuk bilik nenek, tengok nenek pening.

Burung kenek-kenek, ada warna kelabu,
Masuk bilik nenek, nenek terus serbu.

Burung kenek-kenek, ada warna putih
Masuk bilik nenek, jenguk nenek letih.

Burung kenek-kenek, warna merah hati,
Masuk bilik nenek, lihat nenek MATI.

Kerana pantun itukah nenek sakit tidak kebah-kebah. Aduh, aku sekadar bergurau-gurau sahaja. Sekadar melepaskan rasa marah. Malah aku tidak pernah tahu pun adanya burung kenek-kenek. Kalau lagu 'Kenek-kenek Udang' adalah. Itu pun aku tak tahu apa maksudnya.

Husna memandang nenek. Mereka saling bertukar pandang. Husna mendekatkan sudu kecil berisi ubat di mulut nenek. Husna menyuap ubat berwarna oren itu ke mulut nenek. Husna sudah lupa dia benci dan dendam kepada nenek tua yang terlantar di depannya.

"Oh,Tuhan, kau sembuhkanlah nenek." pinta Husna sungguh-sungguh.
"Kalau nenek sembuh, aku janji tidak akan nyanyi lagi lagu Burung Kenek-kenek, Warna Merah Hati …"

* * * * *

Nenek telah sembuh dari sakitnya setelah lebih dua bulan terlantar di tempat tidur. Nenek tidak perlu dirawat di hospital kerana sakitnya tidak serius. Sakit orang tua sahaja, kata Doktor Rashed. "Sakit nak bermanja, dengan Husna," bisik doktor tua itu separuh mengusik. Hati jadi berbunga.
Bagaimanapun sejak nenek sembuh aku jadi janggal. Tiba-tiba aku dibebaskan dari tugas menemani nenek. Aku sudah tidak diperlukan lagi. Aku bukan lagi 'jururawat peribadi' nenek. Juga bukan dayangnya lagi. Nenek sudah tidak memanggilku lagi….

Anak-anak Pak Long mula menghampiri nenek semula. Dengan senyum manis dan manjanya mereka mengelilingi nenek. Memicit-micit lutut yang sudah sembuh. Menyisir rambut yang sudah sedia rapi. Mengupas buah seperti tangan nenek sudah lumpuh. Semasa nenek sakit dan rindukan mereka pelbagai alasan diberi. Nina ada ujian, nenek. Zura banyak homework, nenek. Laila kena berlatih koir, nenek. Mereka ada-ada sahaja alasan untuk mengelak daripada menjaga nenek.

Aku jadi rindu pada arahan-arahan nenek.
Husna, picit kaki nenek!
Husna, kupaskan buah untuk nenek!
Husna, suapkan ubat nenek!
Husna, nenek nak buang air!
Husna, sisir rambut nenek!
Husna, pimpin nenek ke anjung
Husna ITU. Husna INI. Semua Husna.

Husna jadi seronok bersama nenek. Husna mula berkongsi cerita dengan nenek. Nenek pula mula berkongsi pengalaman dengan Husna. Mereka telah berkongsi resipi-resipi lazat keluarga. Tetapi semuanya tidak kekal lama, baru sahaja dia hendak rapat dengan nenek … nenek sembuh semula. Bukankah dia yang mendoakan nenek cepat sembuh?

Husna mula rindukan bau minyak angin nenek. Husna teringin lagi untuk menyisir rambut nenek yang panjang dan beruban. Apalagi memicit kaki dan lengan nenek. Menyuapkan bubur ke mulut tua itu. Juga menemani nenek ke bilik air.
Cakaplah siapa yang bersihkan najis dulu? Tentu bukan Sayang, bukan Intan dan bukan Anja. Namun hari ini lihatlah nenek duduk bermesra dengan si Sayang, si Intan dan si Anja …. Husna rasa tersisih dan tersinggung. Nenek masih tidak berubah. Kasih sayangnya hanya untuk anak-anak Pak Long!

Perlahan-lahan Husna berjalan ke anjung rumah. Dia ingin lihat matahari terbenam. Dulu … sebulan yang lalu (apabila nenek sudah mampu bangun dari tidur) dia selalu menemani nenek melihat matahari terbenam. Sinar tembaganya sungguh cantik. Mereka suka melihat burung-burung pulang ke sarang. Indahnya saat itu.

Husna teringat janji nenek semasa dia masih sakit. Nenek akan menemani Husna melihat bulan mengambang apabila nenek betul-betul sembuh nanti. Bukankah lusa 13 hari bulan dan bulan akan mula mengambang? Masihkah nenek ingat pada janjinya?

* * * * *

Husna duduk keseorangan di anjung rumah. Membuka jendela dan membiarkan cahaya bulan menerobos masuk sebebas-bebasnya. Sewaktu kecil dulu, Husna selalu menyangka di bulan tinggalnya tuan puteri. Budak perempuan yang baik akan menjadi puteri. Husna teringin menjadi tuan puteri.

Husna rasa sunyi dan sepi. Kak Lida tidak pulang minggu ini. Ibu pula sekarang ini sibuk dengan urusan ladang. Mak Leha masih bercuti. Sedangkan nenek masih berkurung di biliknya.

Husna asyik menatap indahnya bulan ciptaan Tuhan tanpa sedar nenek berdiri di belakangnya.
"Husna."
Husna beralih ke belakang. Dia tidak mudah terkejut. Rumah ini tidak lagi menggerunkannya lagi. Melihat wajah nenek, Husna jadi gembira.
"Puas nenek mencari Husna. Kenapa Husna tidak ke bilik nenek lagi? Nenek jadi rindu." Kata nenek perlahan, tetapi menusuk lembut ke hati Husna.
"Maaf, nenek lupa janji kita di sini. Bukankah belum 15 hari bulan." Kata nenek lagi.
"Walaupun baru 13 hari bulan, bulan sudah mengambang penuh, nenek." Balas Husna.

Nenek memandang Husna. Hati Husna selembut hati ibunya. Nenek bangga memiliki cucu sepertinya. Husna baik hati, rajin dan sabar melayan segala karenah nenek. Marah nenek kepada ibu Husna telah berakhir. Dulu nenek sekadar berkecil hati kerana Asma meninggalkannya dan berkahwin dengan Hakem dalam usia muda. Sekarang nenek mula sayang kepada mereka. Kasihan sungguh, tidak semena-mena anak-anak Asma dan arwah Hakem menjadi mangsa kemarahannya selama ini, keluh nenek.

Betapa luhurnya budi dan kasih sayang Asma dan Husna kepadanya. Semasa dia terlantar sakit merekalah yang merawatnya. Husnalah yang bersengkang mata menemaninya saban malam. Husnalah yang tahan dengan cerewetnya. Sedangkan cucu-cucu kesayangannya; Nina, Zura dan Laila jarang menjengah. Husna ikhlas, walaupun dia tidak pernah hadiahkan apa-apa kepada Husna. Husnalah cucu sejati. Nenek jadi terharu mengingati kebaikan Husna.

"Terima kasih Husna, nenek sangat sayang pada Husna." Kata nenek sambil memeluk erat Husna.
Air matanya mengalir deras, membasahi bahu pijama Husna.
"Kaulah jantung hati nenek!"
Husna jadi girang. Betullah dia bukan Sayang, Intan atau Manja nenek tetapi dialah 'Jantung Hati' nenek. Tempat yang penting dalam jasad nenek. Husna rasa sungguh bahagia dan terharu.

Husna tidak kecil hati lagi kalau dia tidak memiliki kerongsang tiga serangkai nenek. Yang penting, sahlah dia sudah berdamai dengan nenek. Malam ini juga dia akan menulis pada Kak Lida.

(Kak Lida, ingat tak pantun kita? Kini cuma satu rangkap yang tinggal. Tetapi bait pantun itu sudah Husna baiki. Dengar ya kak…)
Burung kenek-kenek, warna merah hati,
Masuk bilik nenek, lihat si jantung hati!

T A M A T

Kredit untuk penulis cerpen ini. Terima Kasih.