Sunday, December 6, 2009

Lawak - Asal-Usul Hantu

Asal usul hantu… Ngeri tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Saturday, November 28, 2009

Lawak - Koleksi Lawak

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Citer 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Pantun Seloka - Pantun Otlomen

Pantun otlomen..


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Friday, November 20, 2009

Cerpen - Kad Baldu Warna Merah

KAD BALDU BERWARNA MERAH



Tiba-tiba sahaja Arini berasa seperti disengat lebah. Kad baldu
berwarna merah hati dipegang kemas. Tinta berwarna emas dengan
kata-kata syahdu menusuk kalbu itu bagaikan sembilu menujah hati
Arini. Kad itu memang bertanda tangan suaminya. Malahan ada kata-kata
cinta sebagai menguatkan lagi puisi kasih yang sudah sedia tertera di
kad itu. Tapi kata-kata manis dan memujuk rayu itu, memang sah bukan
untuk Arini. Ia ditulis oleh suaminya untuk wanita lain. Lily buah
hatiku! Nama itu yang terpampang cantik di dalam kad tersebut.
Arini hanya mampu memegang kepalanya yang terasa berat. Dia tidak
sangka bahawa kad yang bukan ditujukan kepadanya itu, terjatuh juga ke
tangannya secara tidak sengaja. Tuhan memang sengaja menguji keutuhan
rumah tangganya.

Kalau bukan tulisan suaminya yang sudah hafal di otak Arini terpampang
di kad tersebut, mungkin Arini akan menyangkal prasangka buruk itu.
Sangat mustahil rasanya Dani bersikap seperti itu. Dani suami
penyayang. penuh romantis, sentiasa memuja dirinya dan amat
menyintainya dan dua puteri mereka yang sedang membesar. Rania, tujuh
tahun dan Dania lima tahun.

Kedua-dua puteri itu tumbuh sebagai anak gadis yang sihat dan jelita.
Malahan Dania seperti pinang dibelah dua dengan Arini. Wajah Dania
saling tak tumpah seperti wajah Arini 25 tahun dahulu. Ketika gamabar
Dania dan Arini dalam usia yang sama digandingkan, sukar untuk mencari
perbezaan di antara kedua-duanya. Agaknya kerana itulah Dania lebih
manja dengan Dani, manakala Rania lebih banyak bergayut dengan Arini.
Wajah Rania pula dikatakan salinan wajah ayahnya.

Tidak ada sesiapa pun yang tidak cemburukan kebahagiaan yang dicipta
oleh Arini dan Dani. Biarpun sudah lebih sepuluh tahun berumahtangga
namun rumahtangga mereka sentiasa hangat, segar dan mewangi. Malahan
di kalangan rakan-rakan ada yang secara terang-terangan mengakui
betapa irinya mereka melihat keutuhan Arini dan Dani memelihara cinta.
Arini pula dijadikan tempat merujuk jika ada rakan-rakan yang
berumahtangga menghadapi masalah.
Berbekalkan pengalaman sendiri, Arini biasanya mampu meringankan beban
orang lain dengan nasihat-nasihat atau pandangannya yang sederhana.

Tapi sekeping kad cinta berwarna merah hati di tangan Arini ini
memadam segala-galanya. Arini terpukul. Penipuan apakah yang sedang
dicipta oleh Dani? Dan sandiwara apakah yang sedang dilakonkan oleh
suaminya dalam rumahtangga mereka? Itulah yang membuatkan kepala Arini
semakin berdenyut.

Daging, ikan dan sayur yang baru dibawa dari pasar masih terletak di
atas meja. Arini sudah tidak berselera memilih menu kesukaan Dani.
Berpesan kepada Mak Tijah agar memasak apa saja dan jangan mengganggu
dirinya. Arini masuk ke bilik dan mengunci diri. Dia mahu berkurung di situ. Dia
mahu mencari kekuatan diri. Dia juga mahu merangkai kata-kata yang
munasabah bagi berdepan dengan Dani sepulangnya dari pejabat nanti.
Malahan dia akan bertanya terus-terang siapa Lily di hatinya sekarang.
Arini mahu mengumpul segala kekuatan itu.

Kenangan tentang Lily kembali melayang di kotak fikiran Arini. Dia kenal
gadis yang hampir sebayanya itu ketika mereka masih remaja. Mereka
kerap bertemu kerana pejabat masing-masing agak berdekatan. Lily memang
cantik.
Wajahnya jadi idaman ramai lelaki malahan redup matanya turut memukau
Dani. Arini sedar betapa kagumnya Dani pada Lily ketika itu malahan
kedua-duanya sempat menjalin kasih untuk beberapa ketika. Entah kerana
apa, kasih itu terputus begitu sahaja.

Arini tiba-tiba jatuh ke pelukan Dani. Cinta tumbuh secara perlahan
dan tanpa sengaja. Namun ketika menyedari Dani menyukai Lily, Arini
tidak berkutik. Dia membiarkan Dani membuat pilihan. Tidak ada desakan
atau paksaan apabila Dani akhirnya memilih Arini dan melupakan Lily.
Kisah kasih itu tamat apabila Dani secara sah menyarungkan cincin ke
jari Arini dan mengakui bahawa di hatinya tidak ada gadis lain selain Arini.

Kata Dani, senyuman Arini lebih ikhlas, pandangan mata Arini yang
bulat, penuh dengan cahaya cinta dan raut wajah Arini begitu sejuk
untuk dia menaung kasih. Jangan sebut lagi nama Lily atau gadis-gadis
lain, semuanya sudah lenyap apabila dia pilih Arini.

Tapi kenapa hari ini ada kad cinta untuk Lily? Itulah yang membuatkan
Arini hampir pitam. Apa muslihat Dani. Sedangkan dia amat pasti, Lily
sudah ada suami dan anak-anak. Dari kata-kata yang tertulis indah di situ,
Arini tahu bahawa kad cinta itu sudah kerap mendapat balasan. Arini
nekad. Dia tidak akan berlengah. Dia pasti akan bertanya pada Dani, apakah dia
juga kerap mendapat kad cinta dari Lily.

Hati Arini berserabut ketika dia mendengar deru enjin kereta Dani
petang itu. Namun sebagai wanita intelek, Arini akan bersikap
profesional. Dia ke bilik air menyegarkan wajah dan menyambut
kepulangan Dani seperti biasa.
Air limau sejuk kegemaran suaminya tetap dihidang tanpa kurang rasanya.
Senyuman Dani tetap dibalas. Malahan cium di dahi yang diberikan oleh
Dani, dibalas dengan mencium tangan suaminya itu seperti hari-hari
semalam.
Sedikitpun tidak ada perbuatannya yang luak, biarpun hatinya kini amat
rabak.

Malam itu selepas makan malam dan menjenguk kerja sekolah anak-anak,
Arini berbaring manja di dada Dani. Lelaki tampan itu seperti selalu
akan mengusap-usap lembut rambut wangi Arini. Wajah mulus Arini
ditatap ligat dan sebuah ciuman cinta diberikan seperti biasa. Tidak
sedikitpun ada yang berubah. Kalau bukan kerana kad merah itu, sampai
mati pun Arini tidak tahu, bahawa selain dirinya, Lily juga sedang
bergayut di hati Dani.

Arini mencari peluang untuk mendapatkan penjelasan. Tapi ia tidak mahu
dianggap cemburu buta. Kerana itu, Arini sengaja membawa
kenangan-kenangan lama dalam perbualan mereka, sehingga terkeluar
cerita tentang Lily. Namun bila nama itu disebut oleh Arini, wajah Dani
tidak berubah sedikitpun.
Seolah-olah tiada yang ganjil pada nama itu.

"Abang saya terjumpa sekeping kad untuk Lily. Apakah abang yang
menulis kad itu?"

Dani berhenti dari mengelus rambut Arini. Dia menatap wajah isterinya
tanpa kedip. "Kad untuk Lily. Bagaimana ada di tangan Rini?"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Arini kerana soalannya juga tidak
dijawab oleh Dani. "Abang, kita adalah orang-orang yang sudah dewasa.
Tak usah bohong, berterus-teranglah, kenapa abang menulis kad itu untuk Lily?'

Dani terdiam. Mungkin mencari kata-kata yang tepat untuk menjawab
pertanyaan Arini. Lama dia membisu. Arini tidak mendesak tetapi terus
menanti. Selepas mengeluh beberapa kali akhirnya Dani memberi kata
pasti.
"Memang kad itu untuk Lily dan abanglah penulisnya. Usah ditanya sebab
kenapa kad itu ditujukan untuk Lily, kerana abang memang tidak ada
jawapannya. Abang sendiri tidak tahu kenapa abang kembali menjalin
cinta bersamanya. Lily ada suami dan anak-anak. Abang juga milik Arini
dan dua anak kita. Namun percayalah, cinta kasih dan sayang abang
untuk Rini tak pernah luak malahan makin melimpah."

Arini ketawa mendengar penjelasan Dani. Dia bukan mentertawakan
kata-kata Dani tetapi mentertawakan dirinya. Betapa mudahnya Dani
membuat kenyataan.
Dia tidak tahu kenapa dia kembali bermain cinta dengan isteri orang.
Dan dia juga berani bertaruh bahawa hatinya tidak berubah walau seinci
pun untuk Arini, Rania dan Dania. Benarkah? Arini tahu semua itu
bohong belaka tetapi pengakuan Dani tentang cintanya adalah benar.

"Esok saya mahu berjumpa Lily." Begitu selamba Arini menyuarakan
hasratnya. Arini menarik selimut dan memejamkan mata. Dia sudah
bertanya dan
sudahpun mendapatkan jawapannya. Esok dia mahukan satu lagi kepastian.

Seawal pagi Arini sudah bangun. Selepas menyiapkan anak-anak untuk ke
sekolah dan menaikkan mereka ke dalam bas, Arini bersiap-siap. Di meja
makan, dia melayan Dani seperti biasa. Menuangkan kopi pekat kesukaan
Dani dan menyapukan roti bakar dengan mentega, sambil menanti telur
separuh masak siap untuk dikacau.

Dani hanya memandang Arini tanpa suara. Dia melihat ada kesungguhan
pada Arini terhadap kata-katanya semalam. Malahan Arini tidak
menunjukkanbahawa dia akan membatalkan hajatnya itu.

"Betul awak nak jumpa Lily hari ini."

Arini yang sedang sibuk mengadun telur separuh masak itu, berhenti
Sebentar dan memandang suaminya. "Apakah abang fikir saya sedang
main-main. Tidak!
Saya tidak main-main. Saya sedang mempertahankan rumah tangga saya dan
suami saya. Kalau abang mahu bersama-sama mempertahankannya, marilah
kita pergi bersama."

Dani terdiam tetapi dia juga tidak ada upaya untuk membantah. Dia
membisu sepanjang perjalanan menuju ke pejabat Lily. Lily pasti
terkejut kerana yang datang bukan Dani seorang tetapi bersama Arini.

Dari jauh Arini sudah dapat mengenali Lily. Biarpun sudah sedikit
berubah tetapi kecantikan Lily masih terserlah. Mungkin kerana duduk
di dalam kereta, Lily tidak sedar kehadiran Arini. Sebaliknya dia
sibuk menggenggam tangan Dani. Ketika Dani menunjukkan Arini, Lily
seperti terpempan, terkejut dan agak malu. Arini mendekati mereka
tanpa emosi. Tangan dihulur pada Lily dan disambut perlahan oleh
wanita itu. Sebelah tangan lagi, Arini
memegang kejap tangan suaminya. Dia seolah-olah memberitahu Lily, ini
suamiku. Hanya aku yang berhak memegangnya.

"Lily apa khabar. Tak sangka kita berjumpa lagi. Tapi berterus-terang
aku tidak suka pada pertemuan seperti ini. Dan kerana kita sudah
berjumpa, aku mahu perkenalkan padamu bahawa ini suamiku, Dani. Dia
milikku dan milik anak-anakku. Jangan ambil suamiku dan lupakan masa
silam kalian. Pusingkan kepalamu. Di rumahmu ada suami dan anak-anak
yang menanti teduh kasihmu.
Jangan mencari sinar pelangi, habis petang hilanglah ia. Sama ada Dani
atau Rafli suamimu, sama sahaja. Kedua-duanya lelaki yang boleh
memberikan cinta jika kau sendiri memberikan kasih seikhlas hatimu. Kenapa mencari
kebahagiaan di tempat lain sedangkan di rumah sendiri kau boleh
mencipta syurga jika kau mahu."

Lily diam terpaku. Dani memegang erat tangan Arini. Mungkin dia
sendiri tersedar di sebalik kata-kata yang ditujukan untuk Lily, ia
juga tersirat untuk dirinya.

"Pulanglah Lily... Jangan menganyam kasih di bumbung orang lain
sedangkan di bumbung rumahmu sendiri ada yang kesepian. Jika bumbung
kita bocor, sama-samalah kita baiki. Jangan tumpang teduh di tempat
lain."

"Lily aku tidak datang sebagai musuhmu, tapi aku datang untuk
Memberitahumu bahawa kau sudah tersalah jalan. Bahawa kau sudah
tersalah memimpin tangan suamiku. Sedangkan suami dan anak-anakmu terkapai-kapai mencari
di manakah tangan lembutmu. Sekarang jangan lagi pimpin tangan
suamiku. Dia sudah ada aku, Rania dan Dania. Tangan kami sudah penuh
di genggamannya. Kalau Selama ini dia keliru kerana memimpin tangannya, aku maafkan dia. Aku
juga maafkan kamu."

Arini memandang Dani. Perlahan dia bersuara. "Abang saya sudahpun
melakukan apa yang sepatutnya saya buat. Kalau abang rasa saya tersilap,
bimbinglah saya tapi jika abang rasa, abang mahu menyerahkan kad merah
ini pada Lily, saya akan pulang sendiri dan abang tidak mungkin dapat
memimpin tangan saya lagi."

Dani teleku. Kad merah yang dikeluarkan oleh Arini dari sampul merah
hati itu dipandangnya.

"Arini musnahkanlah kad itu. Abang tidak mahu
melihatnya lagi. Memandangnya, seperti abang memandang kekeliruan
sendiri. Pun begitu, kad merah inilah sebenarnya yang menyedarkan
abang bahawa abang sudah ada cinta sejati. Abang sudah ada Arini. Jika Arini tidak bertemu kad
itu, sudah pasti abang terus meniti jalan keliru ini."

Dani memimpin Arini ke kereta mereka. Sebelum itu dia menoleh pada
Lily.


"Maafkan aku kerana menyambut salammu dulu. Namun terima kasih kerana
sudi memberi ruang padaku untuk menikmati masa-masa silamku. Aku
terlupa masa itu sudah berlalu."

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Monday, October 19, 2009

Kisah Benar - Maafkan Cikgu

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya.
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul> kamu?”
“Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Friday, September 4, 2009

Lawak - A Mother at 65

A 65 year old blonde has a baby.
All her relatives come to visit and meet the newest member of their family.

When they ask to see the baby, the 65 year old mother says “not yet.”

A little later they ask to see the baby again.

Again the mother says “not yet.”

Finally they say, “When can we see the baby?”

And the mother says, “When the baby cries.”

And they ask, “Why do we have to wait until the baby cries?”

The new mother says, “because I forgot where I put it.”


P/s: Credit to the writer.

Lawak - Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut dan bersujud di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Thursday, September 3, 2009

Lawak - Nak Pergi Syurga Atau Neraka

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..
siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..

"bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..
bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

..Jawab murid itu..

"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..
bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..
jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"... .

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Wednesday, September 2, 2009

Puasa Si Miskin

PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

P/s: Kredit untuk penulis.

Saturday, August 29, 2009

Lawak Malam: Cucu Dan Atuk

Cucu & Atok
"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?.. .?...?... ?"

P/s: Kredit untuk penulis asal.

LAWAK SAHUR : Bang... bangun bang

Ada sepasang suami isteri, baru je berkahwin, kali pertama menjalani ibadah puasa bersama. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh entah pasal apa.

Si suami pun dengan merajuknya bagi bersikap dingin kat si isteri dengan tidak mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya dia pun menulis nota untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur."
Kuang kuang kuang~

P/s: Kredit untuk penulis asal. Ada sedikit pembetulan pada perkataan yang digunakan untuk memudahkan pemahaman.

Tuesday, August 25, 2009

Muhasabah Diri

Muhasabah Diri

Kita adalah kejadian yg sempurna,
Tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
Kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....
Bila dahi bertemu sejadah
Akan terasa kebesaran Allah S.W.T

"Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad"
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah
Apabila dihitung-hitung tetapi
Akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."
(Imam Malik)

Kalau kita berada di alam tabii yg indah,
Kita tidak terasa keindahannya,
Bukan ertinya alam ini tidak indah,
Tapi jiwa kitalah yang tidak indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah.
Mengingatinya kembali
Mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka
Hidup tetap menilainya semula dengan mata hati
Berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM,
Tanpa ilmu manusia akan terseleweng
Mengikut kehendak akal dan hawa nafsu
Sehingga akhirnya....
Agama dijadikan mainan

Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat.
Kerana orang yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan. .
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu
Sebenarnya terkandung seribu kemanisan... .....

"People wil forget what you said,
People will forget you did,
But.....
People will never forget how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan. ..

Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

" Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".
Hidupkan Rasa Bertuhan...
Suburkan Rasa Kehambaan...
Mudah-mudahan kita bukan tergolong dalam golongan yang lupa diri...
Amin....

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Monday, August 24, 2009

Info - Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. . Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabk an atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu.

Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis..

Berkait isu Palestin

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabk an bagi sekalian umat Islam.

Sebab utamanya, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.

Adalah diharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Saturday, August 22, 2009

Lawak - Chinese Call Center

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?

Operator: Yes, you can speak to me..

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: Yes I understand you want to speak to anyone. You can speak to
me.. Who is this?

Caller: I'm Sam Wan .. And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone ! But
what's this urgent matter
about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan
was involved in an accident.
Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital.
Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the
hospital, then the accident isn't
an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for
this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Ree ..

Caller: Yes! You should be sorry . Now give me your name!!

Operator: That's what I said. I'm Saw Ree ..

Caller: Oh .....God.... ...

From --
Good Wan!


P/s: Credit to the writer.

Monday, August 17, 2009

Tuesday, August 11, 2009

What Your Birth Month Means

JANUARY
* Ambitious and serious
* Loves to teach and be taught
* Always looking at people's flaws and weaknesses
* Likes to criticize
* Hardworking and productive
* Smart, neat and organized
* Sensitive and has deep thoughts
* Knows how to make others happy
* Quiet unless excited or tensed
* Rather reserved
* Highly attentive
* Resistant to illnesses but prone to colds
* Romantic but has difficulties expressing love
* Loves children
* Homely person
* Loyal
* Needs to improve social abilities
* Easily jealous

FEBRUARY
* Abstract thoughts
* Loves reality and abstract
* Intelligent and clever
* Changing personality
* Temperamental
* Quiet, shy and humble
* Low self esteem
* Honest and loyal
* Determined to reach goals
* Loves freedom
* Rebellious when restricted
* Loves aggressiveness
* Too sensitive and easily hurt
* Showing anger easily
* Dislike unnecessary things
* Loves making friends but rarely shows it
* Daring and stubborn
* Ambitious
* Realizing dreams and hopes
* Sharp
* Loves entertainment and leisure
* Romantic on the inside not outside
* Superstitious and ludicrous
* Spendthrift
* Learns to show emotions

MARCH
* Attractive personality
* Affectionate
* Shy and reserved
* Secretive
* Naturally honest, generous and sympathetic
* Loves peace and serenity
* Sensitive to others
* Loves to serve others
* Not easily angered
* Trustworthy
* Appreciative and returns kindness
* Observant and assess others
* Revengeful
* Loves to dream and fantasize
* Loves traveling
* Loves attention
* Loves home decors
* Musically talented
* Loves special things
* Moody

APRIL
* Active and dynamic
* Decisive and hasteful but tends to regret
* Attractive and affectionate to oneself
* Strong mentality
* Loves attention
* Diplomatic
* Consoling
* Friendly and solves people's problems
* Brave and fearless
* Adventurous
* Loving and caring
* Suave and generous
* Emotional
* Revengeful
* Aggressive
* Hasty
* Good memory
* Moving
* Motivate oneself and the others
* Sickness usually of the head and chest
* Easily get too jealous

MAY
* Stubborn and hard-hearted
* Strong-willed and highly motivated
* Sharp thoughts
* Easily angered
* Attracts others and loves attention
* Deep feelings
* Beautiful physically and mentally
* Firm standpoint
* Easily influenced
* Needs no motivation
* Easily consoled
* Systematic (left brain)
* Loves to dream
* Strong clairvoyance
* Understanding
* Sickness usually in the ear and neck
* Good imagination
* Good debating skills
* Good physical
* Weak breathing
* Loves literature and the arts
* Loves traveling
* Dislike being at home
* Restless
* Hardworking
* High spirited
* Spendthrift

JUNE
* Thinks far with vision
* Easily influenced by kindness
* Polite and soft-spoken
* Having lots of ideas
* Sensitive
* Active mind
* Hesitating
* Tends to delay
* Choosy and always wants the best
* Temperamental
* Funny and humorous
* Loves to joke
* Good debating skills
* Talkative
* Daydreamer
* Friendly
* Knows how to make friends
* Abiding
* Able to show character
* Easily hurt
* Prone to getting colds
* Loves to dress up
* Easily bored
* Fussy
* Seldom show emotions
* Takes time to recover when hurt
* Brand conscious
* Executive
* Stubborn
* Those who loves me are enemies
* Those who hates me are friends

JULY
* Fun to be with
* Secretive
* Difficult to fathom and to be understood
* Quiet unless excited or tensed
* Takes pride in oneself
* Has reputation
* Easily consoled
* Honest
* Concern about people's feelings
* Tactful
* Friendly
* Approachable
* Very emotional
* Temperamental and unpredictable
* Moody and easily hurt
* Witty and sarky
* Sentimental
* Not revengeful
* Forgiving but never forgets
* Dislike nonsensical and unnecessary things
* Guides others physically and mentally
* Sensitive and forms impressions carefully
* Caring and loving
* Treats others equally
* Strong sense of sympathy
* Wary and sharp
* Judge people through observations
* Hardworking
* No difficulties

AUGUST
* Loves to joke
* Attractive
* Suave and caring
* Brave and fearless
* Firm and has leadership qualities
* Knows how to console others
* Too generous and egoistic
* Takes high pride of oneself
* Thirsty for praises
* Extraordinary spirit
* Easily angered
* Angry when provoked
* Easily jealous
* Observant
* Careful and cautious
* Thinks quickly
* Independent thoughts
* Loves to lead and to be led
* Loves to dream
* Talented in the arts, music and defense
* Sensitive but not petty
* Poor resistance against illnesses
* Learns to relax
* Hasty and rushy
* Romantic
* Loving and caring
* Loves to make friends

SEPTEMBER
* Suave and compromising
* Careful, cautious and organized
* Likes to point out people's mistakes
* Likes to criticize
* Quiet but able to talk well
* Calm and cool
* Kind and sympathetic
* Concerned and detailed
* Trustworthy, loyal and honest
* Does work well
* Sensitive
* Thinking
* Good memory
* Clever and knowledgeable
* Loves to look for information
* Must control oneself when criticizing
* Able to motivate oneself
* Understanding
* Secretive
* Loves sports, leisure and traveling
* Hardly shows emotions
* Tends to bottle up feelings
* Choosy especially in relationships
* Loves wide things
* Systematic

OCTOBER
* Loves to chat
* Loves those who loves him
* Loves to takes things at the centre
* Attractive and suave
* Inner and physical beauty
* Does not lie or pretend
* Sympathetic
* Treats friends importantly
* Always making friends
* Easily hurt but recovers easily
* Bad tempered
* Selfish
* Seldom helps unless asked
* Daydreamer
* Very opinionated
* Does not care of what others think
* Emotional
* Decisive
* Strong clairvoyance
* Loves to travel, the arts and literature
* Soft-spoken, loving and caring
* Romantic
* Touchy and easily jealous
* Concerned
* Loves outdoors
* Just and fair
* Spendthrift and easily influenced
* Easily lose confidence

NOVEMBER
* Has a lot of ideas
* Difficult to fathom
* Thinks forward
* Unique and brilliant
* Extraordinary ideas
* Sharp thinking
* Fine and strong clairvoyance
* Can become good doctors
* Careful and cautious
* Dynamic in personality
* Secretive
* Inquisitive
* Knows how to dig secrets
* Always thinking
* Less talkative but amiable
* Brave and generous
* Patient
* Stubborn and hard-hearted
* If there is a will, there is a way
* Determined
* Never give up
* Hardly become angry unless provoked
* Loves to be alone
* Thinks differently from others
* Sharp-minded
* Motivates oneself
* Does not appreciates praises
* High-spirited
* Well-built and tough
* Deep love

DECEMBER
* Loyal and generous
* Patriotic
* Active in games and interactions
* Impatient and hasty
* Ambitious
* Influential in organizations
* Fun to be with
* Loves to socialize
* Loves praises
* Loves attention
* Loves to be loved
* Honest and trustworthy
* Not pretending
* Short tempered
* Changing personality
* Not egoistic
* Takes high pride in oneself
* Hates restrictions
* Loves to joke
* Good sense of humor
* Logical

Saturday, August 8, 2009

Friday, August 7, 2009

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…......

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

***

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

Tuesday, August 4, 2009

ALAMAK! Tak Faham Lagi

Assalamu'alaikum wrt wbt

Apa khabar? Sihat? Semoga anda semua sihat dan senantiasa berada dalam naungan keampunan dan kerahmatan ALLAH SWT.

Saya ni kalau bercuti pun bukan boleh berehat sangat. Ada 'ultragirl' yang akan 'menyerang hendap' saya dengan 'bola apinya'. Maka terkejutlah saya dari mimpi2 yang bercampur baur. Bila saya di rumah, jadual 'tidur' anak2 turut terganggu. Anak2 dalam 'standby mode', kalau2 saya tertidur. Bila dah tidur takde orang layan, apa lagi buat perangailah masing2.

Siapa susah ? Isteri sayalah. Semua kerja boleh tergendala. Bukan sekadar kerja saya di pejabat, kerja2 di rumah pun boleh tergendala. Tapi kadang2 tu saya buat tak reti aje. Kita yang bekerja ni, kalau bercuti tu pastinya ada sesuatu yang perlu diuruskan. Kalau tidak, elok ke pejabat.

Semalam dalam perjalanan pulang ke rumah saya singgah di gerai burger. Teringin pulak nak makan 'Egg Banjo'.

Sampai di hadapan gerai burger , saya disapa oleh seorang pemuda yang biasa saya jumpa di stesen Petronas. Dia bekerja kat stesen tu sebagai kasyer. Dari gaya percakapannya dan mengutarakan hujah, saya kira pemuda ini mungkin pernah belajar di IPT ataupun jenis yang suka membaca atapun yang suka menonton rancangan 'Hujah'.

"Kerja kat mana bang?" sapanya setelah mempelawa saya duduk di kerusi yang masih kosong.

"kat KL, kat PPZ" balas saya.

"Apa PPZ tu bang?" dia mahukan kepastian.

"Pusat Pungutan Zakat" jelas saya.

"Oooo...Selangor?" dia cuba mengagak.

"Bukan, Wilayah" jelas saya ringkas.

Dia menganggukkan kepala.

"Kira Selangor dengan Wilayah ni banyaklah ya kutipan zakatnya?" sambungnya.

"Ya" kata saya ringkas.

"Saya nak tanya abanglah, semua duit zakat ni disalurkan pada tempat yang betul ke?" soalnya dengan soalan yang berbelas tahun kita jumpa tapi masih sedikit relevan bagi mereka yang baru mengenali ibadat zakat.

"InsyaALLAH." lagi sekali saya menjawab dengan ringkas.

"Tapi saya dengar ada jugak zakat yang tak sampai pada sanad yang sepatutnya?" dia menambah sambil tersenyum sinis.

Saya tidak membetulkan kesilapan istilah sanad yang saya yakin dimaksudkan dengan asnaf. Saya kira perbincangan ini tidak akan tamat dengan segera.

Saya jelaskan padanya tentang perkara tersebut setakat pengetahuan, pengalaman dan skrip yang ada dalam kepala saya. Saya yakin dia jelas dengan penjelasan saya, namun ibarat si buta dengan gajah, ianya terus berlanjutan ke peringkat yang lebih tinggi 'makam'nya.

"Biasanya persoalan tentang sampai atau tidak zakat kepada sasarannya dibangkitkan oleh orang yang tak bayar zakat pun" tambah saya.

Saya cuba memendekkan cerita. Brader yang membuat burger juga kelihatan tidak selesa dengan cara sahabatnya menerima penjelasan saya.

"Ekau dongarlah dulu. Ini orang tak abih cakap laie ekau dah nyampuk." pintasnya sambil tersengih.

"Dah bayar zakat?" tanya saya menjalankan tugas hakiki sebagai pegawai zakat.

"Memang saya selalu bayar, tak pernah miss" balasnya dengan yakin.

"Bayar kat mana?" tanya saya lagi.

"Kat mana sempatlah bang, kadang2 kat pasar raya, kadang2 kat pasar malam" jelasnya.

"Oooo itu zakat fitrah. Maksud abang zakat pendapatan. Dah bayar?" saya menjelaskan pertanyaan.

"Saya tak layak" katanya.

"Dah kira?" sambung saya.

"Saya yakin saya tak layak tapi tak payahlah saya cerita kat orang kenapa saya tak layak" terangnya sambil tersenyum.

"Bukan apa, membayar zakat daripada harta kita termasuk pendapatan adalah wajib. harta kita boleh dibersihkan, hati kita boleh dibersihkan." saya menjelaskan.

"Bersihkan harta daripada apa sebenarnya bang?" soalnya dalam gaya nak menduga.

"Dari hak orang lain yang telah diperuntukkan ALLAH" jelas saya ringkas.

"Lagipun ianya tanda kesyukuran kita kepada ALLAH SWT" tambah saya.

"Ada orang bang, tanda dia bersyukur kepada ALLAH lain, adakalanya lebih ekstrim daripada mengeluarkan zakat." dia cuba menjelaskan.

"Macamana tu ya?" saya pohon penjelasan.

"Yalah, dia lebih banyak bersedekah dan sedekahnya banyak" jelasnya.

Saya kurang pasti apakah dia maksudkan dirinya. Dari riak wajahnya macam dia nak kata, saya banyak bersedekah.

"Ertinya tak laksanakan yang wajib hanya kerana dah banyak amalan yang sunat?" tanya saya mudah.

Dia diam.

"Saya nak tanya abang, kenapa ALLAH suruh kita berzakat untuk membersihkan harta kita daripada hak orang lain?" dia mengubah tajuk.

Saya mengerling 'Banjo' yang dah pun siap.Jam di tangan dah pun menunjukkan pukul 6.45 ptg.

"Tunggulah sat, dakwah ni" bisik hati saya.

"Power soalan ni" kata saya berseloroh. Dia turut tertawa kecil.

"Macam nilah, peruntukkan 'hak orang lain' dalam harta yang kita zakatkan tu adalah peruntukkan yang ditetapkan oleh ALLAH SWT bagi menjaga keharmonian institusi sosial dan ekonomi umat Islam." saya cuba meringkaskan jawapan dengan cara yang saya fikir tepat dan padat.

"Bukan macam tu bang" balasnya sambil membetulkan duduknya.

"Sebenarnya dalam kita menjalankan tugas harian kita ni, berniaga ke, makan gaji ke, apa sajalah, kita secara sedar ataupun tidak, telah mengambil hak orang lain." sambungnya.

"Jadi zakat itu sebenarnya satu perintah untuk kita memulangkan hak tadi" jelasnya lagi.

Saya mengangguk dan tersenyum.

"Macam ni, kalau kita dah ambil hak orang kita kena pulangkan semula hak pada tuannya." saya cuba menjelaskan.

"Saya rasa abang tak faham ni. Pasal abang masih dalam bulatan. Kalau abang keluar dari bulatan ni, saya rasa abang akan faham apa yang saya cakapkan." dia bertegas dengan pandangannya.

"Ibaratnya macam nilah bang, kita kat taman ni hah, paling jauh kita boleh nampak pun hujung jalan tu." katanya sambil menuding ke arah jalan yang penuh dengan kenderaan.

"Lebih daripada tu kita tak boleh nampak. Tapi kalau kita naik ke atas, kita akan nampak taman ni secara keseluruhan" jelasnya untuk menunjuk ajar saya.

"Jangan fikir jauh sampai macam tu, zakat ni mudah. Dalam buku2 dan kitab2 zakat pun tidak dibicarakan tentang apa yang awak cakapkan ni. Lagipun kalau kita dah ambil hak orang, wajib kita pulangkan kepada tuannya bukan main 'halal' macam tu aje."

"Abang ni tak fahamlah" katanya lagi.

Belum sempat saya kasih 'buah pukul', rakannya yang dari tadi sedang asyik mendengar dan memasak burger untuk beberapa pembeli yang turut memasang telinga, menyampuk.

"Ekau tu yang tak paham" katanya

"Dah tahu terambik hak orang apasal lak tak bayar zakat?" tambahnya.

Beberapa orang pembeli yang ada tertawa kecil dan mengangguk.

Dia terdiam.

"Okaylah abang nak balik, dah nak maghrib ni. saya faham apa yang awak nak cakapkan tu, cuma saya nak fahamkan awak bahawa berzakat itu wajib. awak sendiri memegang kunci kepada hujah kenapa wajibnya kita mengeluarkan zakat, walaupun saya tak bersetuju dengan hujah tu" kata saya menamatkan 'live' rancangan Hujah dari gerai burger.

"Abang tak fahamlah maksud saya" dia cuba menambah.

"Ekau tu yang tak paham, abang ni paham, aku pun paham" kata temannya lagi memotong bicara.

"Assalamu'alaikum" saya tamatkan pertemuan sambil bersalam dengan mereka yang ada.

Rupa-rupanya hujah yang diberikan pemuda tersebut ibarat "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" jugak.

Dah tahu dah faham tapi masih tidak berzakat. Itu maknanya faham?

Saya tak kata saya betul dalam hal ini. Cuma satu diskusi dakwah.

Ada juga ilmu yang boleh saya bawa balik dan hadamkan.

Persoalan membersihkan hak orang lain yang kita dah terambil tanpa sengaja atau sengaja ambil dengan berzakat ni pernah diutarakan sahabat2 saya.

Kata mereka, ada ketikanya dalam kita bekerja kita datang lewat, tercuri tulang, tahan hak orang dan sebagainya maka boleh dibersihkan dengan berzakat.

Saya kata mana boleh macam tu. Hak orang lain perlu dikembalikan. Perlu mohon maaf. Perlu taubat. Jika tidak, nantikan sahaja azabnya dari ALLAH SWT.

Zakat satu ketetapan. Satu anugerah. Satu ujian.

Siapa yang layak menerima zakat telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Jika tidak ditentukan maka harta kekayaan tadi hanya akan berlegar di sekitar orang tertentu sahaja.

Adakalanya iblis membisikkan rasa malas dan rimas di hati kita untuk melayan kerenah 'Prof Madya' yang tak bertauliah ni.

Tapi itulah ujian dan amanah yang kita pikul. Tugas sebagai pegawai zakat bukan sekadar terhenti setakat 5.15 sahaja tapi adakalanya boleh dianggap sepanjang masa.

Ke hadrat ALLAH SWT jualah kita pohonkan kekuatan dan kebaikan.

Kalau ada ilmu dalam edisi kali ini, ambil, kalau ada mudarat buang dan tolong beritahu saya.

Okaylah nanti kita jumpa lagi.

Wassalam.

~abu uzma~

P/s: Kredit untuk penulis asal. Segala kesalahan tatabahasa sengaja tidak diperbetulkan untuk menjaga keaslian karya.

ALAMAK! H1N1

Assalamu'alaikum wrt wbt

Apa khabar ? Semoga anda semua sentiasa sihat dan berada dalam keampunan serta kerahmatan ALLAH SWT.

Sekarang ni musim demam. Kena pulak mereka yang pantang jumpa dengan durian ni maka bertambahlah risiko untuk demamnya. Mungkin petua orang dulu2 bagi meredakan kepanasan setelah memakan durian boleh diamalkan.

Caranya mudah tapi perlu berhati-hati. Minumlah air dari pangsa durian. Tuang air (biasanya air kosong, tak pernah lak saya dengar orang tuang air kopi atau sirap) dalam pangsa durian, hiruplah hingga selesai. Saya tak tahulah pulak kesahihan teori ini dari sudut saintifik. Tapi itulah yang diberitahu oleh orang tua dulu2 kepada kita.

Demam pada masa sekarng ni, dah tak macam demam pada masa dahulu. Risiko untuk diserang virus lain cukup tinggi. Kena pulak sekarang ni ada virus selesema babi yang kian merebak ke seluruh dunia.

Negara kita pula menjadi antara 3 negara tertinggi yang mencatat kes-kes baru. Terkejut saya bila perkara tersebut diumumkan di berita radio.

Kita sendiri tak tahu bila masanya kita pulak akan menjadi mangsa virus ini. Pesan saya, berhati-hatilah dalam menjalani urusan harian kita.

Secara peribadi saya cuba sedaya upaya mengelak daripada berkunjung ke tempat yang ramai dikunjungi oleh pemakan babi. Saya tak nak sebut bangsanya. Nanti orang kata saya racist (perkauman) lak. Ini pandangan peribadi saya.

Kita semua tahu dari mana datangnya virus selsema babi. Ada yang tak tahu ke?

Ingat tak kes selesema burung dulu? Habis ayam orang kampung (walaupun tak semualah)dibunuh. Walaupun kajian yang dibuat puncanya dari babi. Yang kena bunuh ayam.

Bila datang kes selesema babi, takdelah pulak kita dengar penghapusan besar-besaran etnik babi ini. Mulia benor babi.

Teringat saya kes sebuah parti politik nun di utara sana yang mengugut untuk keluar dari sebuah pakatan parti2 politik semata-mata kerana mempertahankan babi ni.

adakalanya hujah yang kita pertahankan hanyalah berkisar kepada 'kepentingan tekak dan perut semata-mata'. Kes di utara nilah contoh yang terbaik kot.

Secara umumnya kita sebagai orang Islam tak kisah pun kalau bangsa pemakan babi ini nak makan babi ni bertan-tan. Tetapi kenapa lak kita yang jijik dengannya dan rasa mual dengan bau busuknya pulak yang terpaksa menanggung azab dan sengsara.

Yang kita marah apabila ada segelintir golongan pemakan babi ini yang begitu taksub dengan babi ini, meletakkan bahagian2 tertentu daripada anggota badan babi ini dalam makanan, bahan2 perasa, pakaian dan sebagainya.

Lepas tu dikategorikan pulak bahan2 ini dalam bentuk2 kod yang kita orang Islam tak tahu apa kebendanya tu. E471 lah, E470 lah. EA Formlah. Macam2 lagilah.

Berhati-hatilah. Memang kalau kita perhatikan di kedai2 bangsa asing yang bukan beragama Islam pun diorang ni, ada digantung atau dilekatkan logo halal. Itu digantung halal tuan, dia tak tanggung rasanya.

Tetapi kita sebagai orang Islam yang mahu ibadatnya, doanya diterima, ALLAH SWT harus berhati-hati. Nabi SAW pesan, benda2 syubhat ni jauhkanlah.

Susu yang sepatutnya baik untuk kesihatan juga kebelakangan ini tak berapa nak sihat kalau diminum. Kalau nak minum sangat susu, carilah ke ladang ternak lembu. Fresh. Tak bahan pengawet. Rasanya boleh gak kenal pulak siapa lembu susuan kita on the spot.

Bila ada sahabat yang bertanya pada saya susu apa yang diberikan pada anak2, saya tanya balik, nak buat apa bagi susu. pelik soalan tu ya tak. Saya tambah dengan satu fakta mudah. Macam2 khasiat yang pengeluar susu ni sebut tentang susu keluaran diorang.

Perlindunganlah, kekuatanlah, kebijakkanlah tapi kita yang hantar anak ke nurseri sebagai contoh tak nampak pun ianya melindungi dan menyihatkan. Time gaji aje, anak demam. Meleleh hingus. Batuk sini batuk sana. Kita jugaklah yang susah.

Berilah anak kita minum susu. Sememangnya bagus tetapi janganlah terpengaruh dengan iklan kat tv tu. Susu ibu adalah yang paling baik. Beri anak kita minum susu ibu. Ayah2 jangan kacau. Sibuk berbaris tunggu turn. Tak payah. Itu susu, anak enta yang punya.Sebok.

Bagi yang bekerja, cari ikhtiar. Perah susu tu (jangan dibiarkan jadi cheese) atau cari ibu susuan. Anak2 yang menyusu susu ibu biasanya lebih cerdas dan cergas. Demam, demam jugak tapi tak macam anak yang minum susu berformula ni.

Kita mohon ke hadrat ALLAH SWT agar kita sekeluarga dijauhkan daripada penyakit2 yang teruk2 ni. Kita sendiri pun tak tahu bila masanya ianya akan berjangkit kepada kita. Yang kita boleh buat jaga kebersihan diri dan persekitaran kita.

Kalau ada yang terasa macam tak sedap badan tu dan ada tanda2 selesema babi (sibuk nak guna Influenza H1N1) pi segera jumpa doktor. Itu ikhtiar. Yang menyembuhkan ALLAH SWT.


Agaknya singkatan saintifik bagi B.A.B.I ni H1N1kot. Lepas ni mungkin kita akan dengar orang mencarut guna, "Oi H1N1!!"

Okay ketemu lagi. Wassalam.

~sahibul keman~
monaco

P/s: Kredit untuk penulis.

Friday, July 31, 2009

Info - Bina Peribadi Waktu Makan

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua


"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita.. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."


2. Baca bismalah dan guna tangan kanan


"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu


"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain.. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."


4. Kawal suapan


"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Thursday, July 30, 2009

Abah

Abah...
Hari berganjak lagi…
Kesedihan dulu tetap menapak dihati ini..
Abah..mengapa mesti adik lalui semua ini..
Adik sedih sangat tanpa abah disisi…
Adik tahu adik bukan lagi budak2 yang merengek2 apabila inginkan sesuatu
Tapi adik tidak menyangka yang abah pergi terlalu awal dalam keluarga kita….
Abah jarang sakit..
Adik nak dengar abah mengadu sakit pun jarang2 sekali…
Abah tabah dalam menempuh hidup demi membesarkan kami sekeluarga…
Adik memang respek dengan abah….
Abah tak penah ada cuti…
Hari cuti abah hanyala hari raya pertama saja..
Hari raya kedua abah dah terbongkok2 dekat bengkel…
Adik kesian sangat kat abah..
Menitik air mata adik bila mengenangkan itu semua..


Abah..
Petang kejadian abah jatuh di bilik air rumah kita ,adik tak ada kat rumah…
Adik ada kat rumah sewa adik..
Adik tengah jalani praktikal..
Adik masih ingat lagi waktu tu..
Adik tengah solat maghrib,tiba2 adik terdengar deringan lagu dilemma di telefon adik..
Lagu dilemma adik setkan untuk semua keluarga kita…
Adik teruskan jugak solat adik hingga salam yang terakhir…
Tanpa sepatah doa,adik bingkas bangun menuju ke arah talipon adik..
Adik lihat tertera nama 'abah' di skrin..
Hairan jugak adik kenapa abah talipon…
Yang adik tahu abah akan talipon adik untuk tanya duit adaka tak dak jer…
Tapi adik baru datang rumah sewa 2 hari..mestila duit ada lagikan…
Adik miscall abah…hehe..adik ja berani miscall abahkan….
Kalau abang2 misscall abah,mesti abah marah depa sebab kedekut duit kata abah…
Tapi dengan adik abah tak pa plak….
Adik tunggu seketika..
Deringan lagu dilemma kembali berbunyi…
Adik pintas mengangkat..
Tapi kenapa bukan abah ditalian?
Hanya suara abang ngah dihujung talian…
Laju adik bertanya,kenapa ni…
'Abah jatuh bilik air'…
hanya itu yang adik dengar dr abang ngah…
adik kaget seketika…
abang ngah seolah2 cuba menenangkan adik…
dia kata abah jatuh sikit ja…
sekarang ada kat hospital..hospital Y…
HOSPITAL???
Kata sikit..kalau sikit,tak kan sampai ke hospital…
Setelah talian diputuskan,adik terdiam sejenak…
Beberapa titis air mata mengalir tanpa adik pinta…
Adik lansung tak menyangka ini berlaku…

Abah..
Selang bebarapa hari abang lang pulak menghantar mesej kat adik..
Katanya abah ditukarkan ke hospital besar A..
Eh..kenapa ke hospital besar plak ni..
Adik berfikir sendirian…
Adik kat sini senang lenang Tapi hanya berita itu yang adik terima…
Adik rasa abah memang teruk Tapi tak dak sapa yang cerita kat adik…
Esoknya adik ambik keputusan untuk menjenguk abah lepas abih waktu keja..
Petang tu lepas abih waktu keja,abang long dengan mak datang jemput adik di tempat praktikal..
Waktu tu abang long dengan mak diam ja..
Adik pun tak tau nak tanya apa…
Adik diam ja melayan perasaan…

Abah…
Tat kala adik melangkah kaki memasuki wad yang abah duduki,
Adik tercari2 tempat abah ditempatkan…
Adik tak nampak abah pun…mana abah ni...
Adik ikut ja kat belakang abang long dengan mak…
tiba2 abang long dengan mak berenti kat depan katil no 2….
Eh..abah ka ni…
Abah…menitik air mata adik kala itu..
Ntah ada yang perasan adik tak taula…
Abah terbaring kaku di katil itu…
Adik tak menyangka keadaan abah sampai tahap ni…
Adik pun masih tak tau yang abah rupa2nya stroke..
Adik ingat abah cuma luka sebab abang2 kata abah jatuh..
Adik memang rasa pilu sangat…
Mak suruh adik lapkan kepala abah dengan air…
Adik buat dengan titisan air mata masih lagi bersisa dimata ini…

Abah..
3-4 hari jugak abah ditempatkan di wad itu..
kesian abah…tak bergerak lansung…
adik tak sanggup lihat abah dalam keadaan yang macam ini…
kami bergilir2 tunggu abah di wad..
hari khamis abah dipindahkan ke wad yang lain..
wad biasa..
doctor dah tak bleh nak buat apa dah…
esoknya kami ambik keputusan bawak balik abah…
kami ambik keputusan nak cuba mengubati abah di klinik swasta terkemuka pula…
duit tak kisahla…kami akan usahakan juga…
adik teman abah kat dalam ambulan..
mak duduk di depan…
adik perati abah seerat2nya….
Adik masih tak menyangka ini adalah abah adik yang dulu…
Rasa gembira pula bila abah bleh duduk di rumah…
Bukan apa,masa untuk kami tengok abah lebih lama dan mudah..
Kalau dikatil hospital semuanya seakan2 terkawal..
Ramai kenalan abah dan sedara mara kita datang jengok abah…
Seharian adik jaga abah sebab harini 1 mei (cuti hari pekerja)…
Malamnya adik mintak abang teh antar adik ke rumah sewa..
tak pa,esok lusa adik balik lagi…
Adik pun segan jugak ambik cuti lama2…
Abah…adik tak menyangka yang malam itu malam terakhir adik dapat jumpa abah…
Tapi adik masih ingat lagi sebelum adik berangkat,adik angkat tangan lembik abah lantas adik cium…
Adik cium jugak pp abah…
Mata abah dah tak bergerak…mata abah dah lain..Tapi adik lansung tak syak apa2…
Adik salam dengan mak,lantas adik melangkah pergi jua…
Adik terus berdoa untuk kesihatan abah…
Adik nak abah sihat saja..adik tak kisah andai abah tak dapat berjalan pun..
Adik tak sanggup kehilangan abah..

Abah..
Esoknya adik pergi kerja mcm selalu…
Adik masih ingatkan abah…
Adik harap abah makin sihat sebab ramai yang dapat jaga abah kat rumah…
Tapi….Ianya berlaku juga…
Adik sungguh tak sangka panggilan dr abang teh petang tu adalah panggilan yang amat menyedihkan adik…
abang teh memang tak beritahu secara terus terang Tapi adik dapat merasakannya…
Dia cuma suruh adik balik tengok abah….
Adik memang dapat merasakannya….
Adik menangis semahunya di tandas pejabat....
Petang tu adik dijemput abang long yang baru balik dr klinik swasta yang akan kami bawa abah…
abang long pergi menempah nombor giliran…
Adik masih ingat lagi nombor itu…nombor 14…
Adik diam ja dalam kereta…
Adik lemparkan pandangan ke luar kereta..
Adik memang tak tahan Tapi adik cuba sabarkan diri adik…
Setiba kami di perkarangan rumah,adik tengok ada beberapa sedara terdekat di depan rumah..
Adik lantas turun dan menuju ke dalam rumah dan yang pasti tempat abah ditempatkan…
Pabila adik masuk,adik lihat kain tirai dibuat menutupi tempat sakit abah…
Adik berjalan menjengok kawasan yang ditutup…
Tika itu bagaikan halilintar yang dik rasakan….
Ada sekujur tubuh kaku diselimuti kain putih…
Meraung adik kala itu..
Adik tak peduli org sekeliling lagi….adik terlalu sedih…
Adik tak sempat jumpa abah…abah…itu kata2 yang terkeluar dr mulut adik…
tiba2 mak yang tersedu di penjuru kaki abah menerpa kearah adik dan memeluk erat adik…
Kami berpelukan….makin kuat raungan adik…
memang tak patut adik buat mcmtu Tapi apakan daya..adik memang tak dapat menahan….
Makcik datang menyabarkan adik….
Adik berlalu ke bilik adik..adik lihat tok sedang tersedu2 di birai katil adik…adik peluk tok…
Tok kata sabarla…dia p dulu…nak buat mcmmana….tok cakap jua walaupun adik tahu tok turut sedih dengan pemergian abah…
Tok suruh adik ambik air sembahyang dan baca yasin di sisi abah…
Adik turuti kata2 tok..
Air mata adik memang tak tertahan tat kala adik membacakan ayat2 suci itu disisi abah…
Adik tersedu2…bacaan adik lambat2..air mata adik laju turun…

Abah dikebumikan keesokkannya memandangkan abah meninggal petang…
malamnya kami mengaji untuk abah…
Esok ramai sedara mara dan sahabat handai datang menjengok abah buat kali terakhir…
Sebelum kain kapan melitupi sekujur tubuh abah,kami dibenarkan untuk mencium abah buat kali terakhir..
Adik mencium pp abah..air mata adik tak tertahan lagi..
Adik menangis semahunya…..
Abah dikebumikan dengan sempurnanya…
Adik terasa pilu sekali…abah adik dah tak dak…
Adik sedih sangat2..
Adik mengaji dikubur abah pabila siap dikebumikan….

3 malam kenduri untuk abah kami buatkan….
Ramai org datang kerumah…
Rasa sempit juga rumah ini kala itu…
Mujur abah kalut buat rumah sebelum abah pergi…
Kalau tak..ntahla. .mesti susah jgk nak jalankan majlis ni…

Abah..
Kala ini,adik kesorangan…
Adik teringatkan abah…
Adik tak boleh lihat lelaki sebaya abah dijalanan…
Adik terlalu ingatkan abah…
Pernah adik didatangi peminta sedekah sewaktu adik nak balik kg…
Muka pakcik tu hanya dapat adik ratapi sekali kerana air mata adik tak tertahan lagi…
Adik terbayangkan abah…
Adik hulurkan not seringgit buatnya lantas adik palingkan kepala ke luar bas…
Adik takut ada yang terperasan dengan situasi adik kala itu…
Kadang2 adik rasa abah masih ada dan abah pergi hanyalah untuk sementara cuma…
Adik seakan2 menunggu kehadiran abah di muka pintu…

Abah..
Adik masih ingat kata2 abah dulu..
Abah kata abah nak tinggal dengan adik bila abah dah tua nnt…
Abah kata adik ok…adik baik..tak banyak songeh…
abang2 adik ada perangai mcm nu dan ada perangai mcmni abah kata…
Adik ternanti2 saat abah tinggal dengan adik..
Tapi….
Semuanya tak sempat kita kecapi….

Abah..
Adik dah makin dewasa sekarang….
Dah 2 tahun abah pergi meninggalkan kami disini…
Adik dah habis belajar…
Sekarang adik ada kat rumah..
Adik belum bekerja lagi…
Adik teman mak dengan tok…
Adik takut nak keja lagi memandangkan mak dan tok kurang sihat sekarang….
Adik takut kejadian adik dengan abah dulu berulang lagi…
Kalau bleh adik nak apa2 yang jadi biarlah di depan mata adik…
Tapi,yerla.. sampai bila kan …
Cuma sekarang adik masih tak punya semangat untuk meninggal mereka berdua lagi…
Biarlah adik layan masa2 sekarang dengan keinginan adik terlebih dahulu….

Abah…
Adik sentiasa doakan kesejahteraan abah disana….
Adik doakan juga semoga kita semua dapat bertemu disana….
Abah…adik terlalu rindukan abah….
Satu hari nnt adik dan semua disini akan menjengah abah disana….
Sejahteralah abah disana….

P/s: Kredit untuk penulis asal.

Kisah Benar - Anak Derhaka kerana Isteri tercinta

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...

Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong si kit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah si kit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedi kit demi sedi kit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak? " soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedi kit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sa kit , namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan i bad ah-i bad ah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya," kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sa kit terus-menerus. Penya kit nya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sa kit selama 10 tahun.

"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa ' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."


P/s: Kredit untuk penulis asal.