Thursday, July 10, 2008

Sanggar Maya & Nyata, Abadi & Fana

Dalam keliru sebenarnya saya buka laman blog ini. Keliru kerana saya tidak ada tujuan untuk berblog dan tanpa alasan yang kukuh kenapa saya mesti wujudkan satu laman blog. Terus-terang laman ini saya buka sekadar mengikut arus. Maksudnya bila orang mumbuka blog, saya ikut serta membuka blog. Kalau dalam bahasa ilmiahnya, saya 'taklid'. Ikut membuta tuli tanpa tahu kenapa saya lakukan sesuatu. Tetapi saya harap, taklid saya kali ini mampu membuahkan sesuatu yang lebih baik suatu masa nanti. Setelah saya halusi satu persatu tujuan yang saya fikir sesuai, saya kira sejajar dengan nama yang saya pateri di sini, seeloknya blog ini memperjuangkan sastera dan penulisan. Segala hasil penulisan yang saya bakal paparkan di sini bukan sepenuhnya penulisan saya sendiri. Sebahagian besarnya saya kutip dari e-mel dan internet. Terima kasih kepada pengkarya2 yang tidak jemu-jemu mencoretkan pemikiran sehingga jelas kelihatan dan mampu dikongsi bersama khalayak. Di akhir kata, "Selamat datang ke Cerana Kalam : Sanggar Maya & Nyata, Abadi & Fana".